Thursday, October 30, 2008

Munajat dan Tazkirah Jumaat


Sempena pecutan terakhir lambaian imtihan nisfi,aku menggagahkan diri dan menghimpunkan kekuatan bangkit bermunajat ke hadrat illahi.Pada dinihari di penghulu segala hari,aku menghimpunkan bala tentera bersama satu saf untuk memohon keberkatan dan ketenangan dari illahi sempena imtihan nisfi dan kehidupan ini.Perancanganku di malam hari,menghantar utusan untuk memaklumkan niat di hati ekoran kepayahan dan kemalasan mata untuk melabuhkan diri.Fikirku semua mampu bangkit tanpa diri ini menghadirkan diri dengan bantuan Illahi,namun ianya meleset dan tersadai dalam lembah diri.Namun aku tetap bersyukur pada Illahi,dengan bantuan dan restu illahi,maka berlakulah apa yang dirancang oleh fikrah sunni.Hanya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.Selepas tirai Fajar melabuhkan diri,fikirku untuk berpesan sesama mukmin bagi menyampaikan fikrah sunni ini.Aku menggagahkan diri menyambung tugas para nabi,walaupun diri ini jauh lebih kerdil dari memenuhi kehendak Illahi.Terfikir diri fikrah sunni,pentingnya "Syariah" dalam hidup ini,lantas menyusun kata di bibir pembirian illahi mengingatkan tentang kepentingan "Syariah" illahi.

P/s:Terima kasih kepada yang telah memberi komitmen khususnya kepada Tuan Imam Syafiq,Mat wali Penang,Hazimin,Wak,Umar,Fazaref dll.


Salam Perjuangan

Setiap orang berhak mempunyai fikrahnya yang tersendiri.Namun setiap fikrah yang dimiliki harus didasari dan dipagari dengan syariah Allah.Setiap orang bebas untuk berfikir dan memajukan pemikirannya dalam kehidupan,namun fikrah tanpa kawalan syariah akan membakar diri.Menyahut seruan dakwah illahi,minda sunni tampil membawa diri.Bantuan dipohon dan bimbingan dicari untuk memimpin diri,kerana diri ini baru bertatih dalam gerbang ini.Selamat berkenalan ......