Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2008

INGAT PESAN BONDA

Salam Maal Hijrah buat kalian yang dicintai.Disebalik tabir ungkapan keramat Maal Hijrah,marilah sama-sama kita mengingati perjuangan junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. atas pengorbanan yang dilakukan demi melihat Islam sebagi Al-Deen dan terpacak dimuka bumi ini.Selaku ummat yang mencintai baginda,sewajarnya kita menjaga amanat yang diberikan lantas melaksanakan demi melihat kesyumulan Islam diterima oleh seluruh makhluk di muka bumi ini.Geram hati ini apabila melihat kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi Laknatullah semalam yang telah membedil dari udara dan menyebabkan seramai 270 orang rakyat Palestin menemui syahid di tanah suci tercinta.Hati ini terus memuncak kemarahan apabila terpacul keluar dari Presiden Palestin yang mengutuk dan menyalahkan Hamas atas jen ayah yang dilakukan Yahudi sedangkan seluruh negara Arab dan Eropah sibuk mengutuk Yahudi atas kekejaman yang dilakukan.Persoalan ialah Siapakah sebenarnya penyokong Ummat Islam?Fatah atau negara Eropah yang lain?Tepuk dad

WARKAH UNTUK MAAHAD (2)

Kupanjatkan syukur kehadrat illahi,kerana restunya kita mampu bersua kembali.Rindu hati ini kian memuncak pabila mengingatkan sudah lama hati yang berpaut ini tidak bersama.Jari disusun dan diapit,memohon maaf daripada kalian atas pengasing an diri dari laman ini sebelum ini dek kerana kesibukkan urusan duniawi yang kupohon maghfirah dari Illahi.Terin gat diri ini selaku khatib di A idil Adha baru-baru ini,ketika mengingatkan diri dan jemaah di pagi hari suci Ummat ini, tentang kisah pengorbanan manusia agung Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Ismail atas menyahut perintah dari Illahi.Kuimbas kembali,kepad a pengorbanan yang dilakukan sepanjang hidup ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan keikhlasan pengorbanan kekasih sejati Illahi.Berbuih-buih diri ini menggelegak kerana dahagakan cinta Illahi namun semakin hari semakin hilang dek kegilaan nafsu serakah yang memusnahkan diri.Teringat daku kepada pesanan ayahanda Tok Guru kepada mereka yang bergelar khalifah di bumi ini "Semak