Skip to main content

Posts

Showing posts from 2009

SEKILAS PANDANG

Bajet 2010 telah dibentangkan oleh YAB DS Najib, Perdana Menteri Malaysia di dalam parlimen,lambang demokrasi negara.Pelbagai tafsiran diberikan,lantaran terbitlah sejuta sokongan dan kritikan untuknya.Disebutkan Bajet 1 Malaysia untuk semua lapisan tanpa mengira kedudukan bangsa dan agama dengan tema 1malaysia,kemakmuran bersama.Nikmat kemanisan telah dicurah untuk semua dengan sempadan ideologi politik bukan batasannya.Sekalung tahniah buat DS Najib,Perdana Menteri Rakyat kita semua.Tatkala timbul persoalan dibenak fikiran kecil ini maka sedikit analisis ingin dibuat demi kebajikan kita semua kerana Bajet 1 Malaysia,kemakmuran kita bersa ma.Sejauh manakah kebajikan para pelajar menjadi sandarannya dek kerana diskaun 50% perjalanan kereta api jarak jauh bukanlah buktinya apabila tiada penglibatan semua pelajar boleh menikmatinya.Lagipun,sebelum bajet 2010 dibentangkan,memang pelajar sudah menikmati diskaunnya.Persoalah mudah untuk kita semua.Benarkah wujud landasan kereta api menuju S

BAHASA JIWA BANGSA

Kadang-kadang aku sedih memikirkan ketuanan Bahasa Melayuku di tanah air sendiri dibaikan begitu sahaja.Bahasa Melayu hanyalah sekadar termaktub dalam Perlembagaan sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi zahirnya ia hanya ditelanjangkan begitu sahaja.Ada pihak konon-kononnya bersuara tapi lantas diam membisu begitu sahaja.Asakan-asakan yang dibuat untuk menuntut ke tuanan bahasa hanya sekadar bermusim dan semangat kenakalan budak-budak jalanan sahaja.Apabila disergah,pejuang-pejuang itu lari bertempiaran tanpa ada yang mahu bersuara menuntut maruh kita bersama.Di mana bumi dipijak,disitulah langit dijunjung.Orang berbudi,kita berbahasa.Tapi semua itu hanya ungkapan dusta semata-mata apabila ia tidak dibuktikan oleh kita sang penuturnya.Hari demi hari bahasa meninggalkan kita.Ada yang malu menuturkan Bahasa Melayu kerana ia tidak bersifat universal katanya.Kalau dulu Bahasa Melayu diangkat dimana-mana sahaja,tapi kini Melayu yang berkereta besar,diselimuti hawa dingin gemar berBahasa Inggeris

KENAIKAN GAJI WAKIL RAKYAT SATU KEWAJARAN??

Baru-baru ini,kita dikejutkan dengan cadangan SPRM agar kerajaan menaikkan gaji wakil rayat di Malaysia.Menurut SPRM,kenaikan gaji wakil rakyat ini perlu bagi mengelakkan wakil rakyat menerima rasuah.Timbul tanda tanya,adakah wakil rakyat kita menerima rasuah?Satu kajian telah diadakan oleh badan bebas tentang indeks penerimaan rasuah dikalangan ahli profesional atau berjawatan tinggi.Wakil rakyat mengungguli dalam 10 ranking utama mereka yang menerima rasuah.Adakah ini berpunca daripada kurangnya jumlah gaji y dangiterima??Adakah SPRM boleh memberikan jaminan bahawa dengan kenaikan gaji ini dapat menghalang wakil rakyat daripada terus makan suap??Kita mengetahui bahawa gaji wakil rayat berserta elaun yang diperolehi kini melebihi RM10 ribu ringgit.Ini tidak termasuk kemudahan percuma yang dinikmati oleh mereka.Mungkin mereka boleh berkata bahawa gaji mereka ini perlu disalurkan untuk kebajikan rakyat di parlimen mereka.Namun,benarkah wang itu akan disalurkan untuk kebajikan rakyat ata

SEBUAH PENGORBANAN

Salam kerinduan .Te rlebih dahulu,fikrah mahu mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha buat semua.Rasanya telah lama tidak menjamah kekunci ilmu ini.Lantas keinginan membara membaluti diri kerana cinta yang menggunung buat semua.Dihembus nafas kalimah syukur terhadap Illahi atas nikmat yang tidak terperi .Lega memikirkan seminggu bergelumang dengan gelombang peperiksaan baru-baru ini.Jika difikirkan,itu hanya imtihan dunia,belum lagi akhirat sana.Untuk makluman semua,ketika kalam ini diterbangkan ,kaki ini sedang mencicah air banjir yang melimpah dari asasnya.Mungkin tahun ini,terpaksa lagi beraya di sebuah pulau yang cantik,indah memikat jiwa.Bukan ini kali pertama berkorban sebegini rupa,mungkin dua,tiga atau sudah lima jika difikirkan seketika.Tapi,tahun ini tidak lama aku beraya bersama keluarga tercinta, terpaksa lagi meninggalkan teratak ini dek kerana panggilan korban lagi di sana.Inilah hari raya Aidil Adha.Hari raya korban untuk semua. Sudah menjadi lukisan alam akan tercatan

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR SEM III

SUBJEK KOD TARIKH/ JAM CATATAN TARIKH AL-MAZAHIB WA AL-FATAWA LCA2023 02/11/2009 02:30 PM FIQH AL-MUAMALAT LBA2013 03/11/2009 09:00 AM ULUM AL-QURAN QAA1012 03/11/2009 02:30 PM ULUM AL-HADITH QAA1022 04/11/2009 02:30 PM MABAHITH AL-HUKM LCA2013 06/11/2009 09:00 AM SIRAH RASUL QAA1042 09/11/2009 02:30 PM

SEKADAR PANDANGAN

Kini,mahasiswa di seluruh negara bakal memilih pimpinan mereka kembali.Pelbagai isu yang akan dimainkan calon-calon yang akan bertanding dar ipada sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.Bermula isu bersifat dalam kelambu mahasiswa hinggalah memerintah negara.Yang pasti,pelbagai slogan,janji dan manifesto akan ditabur demi menakluki pemikiran mahasiswa dan menguasai kampus.Isu yang pastinya hangat di seluruh kampus ialah kebajikan mahasiswa yang kurang terbela.Namun,sejauh manakah analisis yang telah dibuat?? PROM dan As pirasi pastinya mempunyai matlamat dan sasaran tersendiri yang ingin dicapai pada PRK kali ini.HEP juga semestinya telah mengatur jentera dan perancangan bagi memenangkan calon pilihan mereka.Harus diingat bahawa pilihan raya kali ini bukan sahaja hendak memenangi kerusi-kerusi yang ditawarkan tapi juga mahu mengekalkan kampus yang telah dimenangi.Bimbang hati ini memikirkan keadaan persiapan dan suasana kampus yang tidak menentu hari ini.Adakah kita bena

KEBENARAN MEDIA MASSA

Sejauh manakah kebebasan media massa di Malaysia.Adakah media kita benar-benar bebas atau hanya mengikut telunjuk pemerintah semata-mata.Beban perbincangan kita ini tertumpu kepada peranan media massa yang terdiri daripada media cetak dan media elektronik dalam melestarikan pemikiran masyarakat ke arah mewujudkan negara bertamadun.Benarkah media massa kita pada hari ini telah dicantas dan dipancung daripada berkembang biak dalam mencambahkan pemikiran demokrasi di Malaysia.Tepik dada dan tanyalah kemahuan anda.Kebenaran sudah terang lagi tersuluh... Sejauh manakah kemahuan Malaysia dalam meratifikasi keputusan Hari Kebebasan Media Dunia.Hari ini negara dilambakkan dengan pelbagai Akta yang merencatkan lagi pertumbuhan media di Malaysia.Daripada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan,Akta Rahsia Rasmi sehinggalah Akta Keselamatan Dalam Negeri telah merimaskan para pengamal media bagi melaporkan isu-isu terkini dan panas dalam negara.Seharusnya pihak kerajaan maklum denga n status globalisasi d

1 MALAYSIA : BUKAN ILLUSI???

Kalau dulu,aku pernah dilahirkan di zaman Wawasan 2020 yang menjadi mercu tanda harapan,namun ia hanya tinggal kenangan apabila Imam Islam Hadhari dilantik sebagai Pengumudi Negara ini.Kini,rakyat Malaysia mula menuturkan di bibir,kalimah 1 Malaysia menjadi perbualan impian diri.Rakyat didahulukan,prestasi diutamakan, Kerajaan Rakyat, Kabinet Rakyat adakah ia hanya sekadar 1 Illusi??Tepuklah dada dan tanya selera.....Aku bukan dilahirkan di dalam sebuah negara kayangan.Aku bukan juga membesar di dalam intan dan permata menjadi perhiasan diri.Apatah lagi aku bukan berjalan di atas karpe t merah menjadi laluan diri.Yang pasti, aku bukan juga manusia yang hanya mahu meratapi kekurangan dan kekurangan diri.Namun,akulah insan yang sedia menunggu perubahan di masa hadapan untuk pelengkap diri. Tidak kurangnya fitnah dilemparkan kepada PM yang menggelarkan diri sebagai kabinet rakyat mula menghantui negara ini.Kalau dulu aku bermotokan Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang,namun kini hanya Hant

JUALAN KOPIAH

Salam.Sesiapa yang berminat untuk memiliki kopiah yang meletup....,sila dapatkan dengan ana dengan harga yang berpatutan.Jualan ini untuk mengumpulkan dana bagi membantu bekas pelajar Maahad dan DQ yang ingin menyambungkan pelajaran ke Indon.....Pasaran hanya sekitar USIM..Harga boleh dirunding lagi........

ADUHAI PEMIMPINKU

Sengaja dilakarkan tulisan ini selepas bersidangnya muktamar baru-baru ini.Niat dihati untuk tidak mempengaruhi pengundian daripada perwakilan dan tidak mahu mewujudkan sentimen tidak baik dalam parti yang sedang mengatur jalan bagi menyusun strategi ke Putrajaya,pusat pentadbiran negara ini.Kumulai dengan salam PERPADUAN buat semua insan yang berjiwa tenang dan hati yang aman .Teringat aku tatkala bergelar pemimpin pelajar di Maahad dahulu yang memberikan aku 1001 peluang bersama dengan pimpinan atasan. negeri yang kucintai iniPelbagai gelagat aku temui yang menguji kebenaran kalam yang petah berkata-kata dihadapan rakyat jelata lantaran terbentanglah kebatilan dalam kesenian pengucapan mereka.Benar apa yang dikata bahawa dunia ini ibarat pentas lakonan dan kitalah pelakonnya.Skrip memang telah diatur oleh pengarahnya namun segala penentuan akan diputuskan oleh kita sebagai peneraju utamanya. Aduhai pemimpinku..... Bumi Maahad pernah mengukirkan sejarahnya tersendiri apabila Masjid Is

MENUNGGU ALAMAT DARI MANEK URAI

Akhirnya,Penanti telah memilih wakilnya Dr. Mansor setelah lama menanti disebalik suka dan duka perjuangan hidup ini.Beralih pula angin pemilihan rakyat ini dari negeri Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai panduannya ke sebuah negeri yang berketuakan Sheikh Nik Abdul Aziz sebagai Nakhodanya.Usah dipertikaikan kebolehan dan keupayaan dalam mentadbir walau kopiah dan serban sebagai rutin harian pakaiannya.Dari negeri Perlis hinggalah ke Sabah tunduk akur dan mendabik dada akan kebolehan pemimpin ini walaupun ideologi yang berlainan menjadi pakaian diri.Seorang pimpinan tertinggi dari negeri terbesar di Timur ini pernah berkata : "Selagi YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz memimpin negeri,UMNO amat sukar untuk memenangi hati rakyat negeri ini". Hanya orang yang pekak tidak mahu mendengar kalimah dan nasihat yang indah yang dituturkan oleh insan ini.Hanya mereka yang buta tidak mampu melihat keindahan akhlak dan keagungan peribadi pemimpin agung ini.Dalam keadaan insan lain yang sibuk menga

SELAMAT DATANG WIRA WIRAWATI USIM

Ahlan Wasahlan ke USIM buat semua penuntut ilmu.Kedatangan anda menguntum seribu makna dan membuahkan sejuta hasil buat semua warga USIM.Tatkala segelintir masyarakat luar memandang enteng kebolehan kami,namun tuhan menghantar anda utuk memperkasakan lagi satu-satunya IPTA Islam di Malaysia yang sedang giat melebarkan wilayah diri.Anta tetap mahu meredah arus dan melakar sejarah apabila menjadikan USIM sebagai temp at pengajian bagi bersama melakar sejarah untuk menggapai impian buat semua.Apakah anda meyakini akan menggemparkan USIM kembali yang natijahnya terbeliak mata sang pemerhati akan kehebatan USIM?Ku menyeru kepada pelakar dan pengukir kejayaan tatkala di bumi Maahad,SMA,SMKA,Kolej Islam agar tidak mendiamkan diri mengikut alunan dodoi sang penguasa di USIM.Anda perlu bangkit di sini dan carilah tapak kembali untuk menguatkan binaan yang telah tersergam indah ini.Namun,sebuah rumah akan hancur merebah bumi apabila anai-anai menguasai diri.Sudah tercatat takdir ketentuan bahawa

KEMBARA MINDA

Final Exam Tahmid kesyukuran kuunjurkan kepada yang maha pencipta.Selesai akhirnya aku menduduki ujian akhir dan kini bemulalah lembaran buku baru di usim.Kini aku mampu mengukir senyuman kerana aku mampu mencongak bilangan hari bergelar mahasiswa matang usim.Namun,teka-teki mula bermain di mindaku.Adakah aku mampu mengekalkan kembali rekod dahulu ketika usahaku yang hanya sekumit ini.Aku tetap bersyukur kerana Allah tetap bersamaku.Aku meyakini bahawa semalam yang pergi tidak akan kembali kerana esok pasti akan menerjah kelambu mimpiku.... Pesta Buku KL 2009 Tarikh keramat 22 April akhirnya berlalu pergi.Akhirnya aku mampu menempatkan tubuh kecilku di dalam jemaah manusia yang berpusu-pusu dahagakan ilmu untuk santapan hati.Namun aku masih tertanya-tanta,di manakah pergi pertiwa pertiwi yang lain kerana kajian jujur telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysian tidak gemar membaca.Dikesempatan yang ada,aku menatap buku-buku yang ada dan akhirnya terpikat dengan bahasa buku yang dimiliki o

IMTIHAN ITU IBARAT CUBAAN

Salam kejayaan buat anda pencinta kecemerlangan semua.Kuhulurkan tangan tanda berjabat mesra,moga luruhlah segala dosa sepanjang kita bersama dan berkenalan di dunia yang fana.Teringat daku kepada dialog dalam layar "Pendekar Bujang Lapok" apabila Ramlee dan rakan-rakannya diuji untuk bergelar murid pendekar musyhtar.Ketika berkelana membawa diri di tanah perkuburan yang padanya penuh lagenda dan dongengan kehidupan,mulut terucap dengan kalimah keramat "CUBAAN............." tanda kecekalan dan wala' yang tinggi kepada bentara guru.Lantas hati ini terfikir tentang ujian yang kiranya besar dalam pelajaran ini bakal menerjah kamar mimpiku kembali.Adakah ujian ini mampu kutempuhi dengan jujur dan ikhlas diri atau hanya sekadar hangat-hangat tahi seperti dinukilkan Tan Sri P. Ramleee dalam minda filemnya itu?Bersemangat diawalnya dan hancur terkubur di pengakhirannya.Teringat kembali kepada kuliah A 'llamah Dr. Zilkifli Al-Bakri bahawa diri ini akan diklasifikas

FINAL EXAM

Salam Kecemerlangan buat sahabat semua.Sedar atau tidak,hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menduduki imtihan akhir.Resah dan gelisah mula menghantui diriku dek kerana persediaan dan persiapan yang tidak seberapa.Aku tetap memasang cita-cita yang tinggi untuk peperiksaan kali ini.Namun,pesan orang-orang tua: Nak pakai baju,ukurlah di badan sendiri....Aku sedar bahawa aku tidak sepatutnya memencilkan diri dek kerana kekerdilan diri namun dek kerana semangat yang tinggi di dalam diri,aku sepatutnya bersyukur dan membangga diri.Persoalanny....Sikap malas masih menghantui diri.Kucuba untuk menghiasi diri dengan semangat kerajinan yang tinggi lantaran akan menghadiri Kem Moti vasi anjuran Unit Kaunseling..Hanya usaha sahaja yang aku mampu lakukan dan aku serahkan kepada Allah..Kepada rakan-rakan...Percayalah,kita mampu melakukan yang lebih baik daripada apa yang dilakukan oleh orang lain..

Rumah dan Ilmu

Umum menget ahui rumah adalah institusi pendidikan yang terawal dalam pembentukan syaksiah dan peribadi mukmin. Individu yang lahir dari keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan akan menghasilkan impak yang berguna kepada agama, masyarakat dan Negara. Tidak dinafikan, bahawa ilmu pengetahuan merupakan satu alat yang paling berkesan dalam membentuk sesebuah masyarakat. Tidak ada masyarakat yang berjaya dan maju tanpa adanya ilmu pengetahuan. Islam telah meletakkan ilmu pengetahuan sebagai asas pembangunan dan menitikberatkan penganutnya sentiasa mengkaji, meneliti, menyelidik, meneroka segala ilmu dan maklumat demi manfaat kehidupan. Kecemerlangan ummah serta pembinaan tamadun sesuatu bangsa adalah bergantung kepada sejauhmana penguasaan ilmu pengetahuan yang dicapai oleh bangsa itu.Islam telah melahirkan tamadun manusia yang terunggul di dunia berteraskan ilmu pengetahuan. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina, Ibn Rushd dan Al-Khawarizmi telah menyumba ng kepada pembangu

TAHNIAH BUAT PELAJAR CEMERLANG SPM KEBANGSAAN

Sekalung kesyukurankehadrat Allah atas kejayaan adik Nik Nur Madihah Nik Mohd Nor,pelajar Maahad Muhammadi Perempuan atas kejayaan mendapat 19A1,1A2 dalam peperiksaan SPM yang lalu.Buat Nik Nur Madihah,fikrah sunni mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan saudari.Segala usaha dan keperitan yang diharungi akhirnya terbalas dengan janji dan ketentuan Allah.Ikhlas hati ini menyatakan sebak apabila membaca kisah saudari yang terpapar di dada-dada akhbar.Sungguh mulia pengorbanan yang saudari lakukan dan bukan semua manusia mampu melakukan.Sekalung ucapan tahniah diucapkan buat keluarga dan guru-guru saudari atas didikan yang dicurahkan kepada saudari.Hanya Allah yang mampu membalasnya.....

Salam Maulidur Rasul

Sudah lama diri ini tidak menggunakan wasilah elektronik ini sebagai medium pertemuan antara kita.Kucuba menjatuhkan keegoan diri ini untuk menekan kekunci ilmu, setelah lama berdiam diri.Mengambil ruh keberkatan junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.,kelahiran baginda yang amat dinanti, maka terjatuhlah kekuasaaan sembahan berhala kafir Quraisyh yang dianuti.Sinar cahaya keimanan dan kebahagian telah menyinari kota Makkah sehingga melumpuhkan istana jahiliyah Raja Arab yang membesar diri.Seluruh masyarakat arab bergembira kerana telah lahir penghulu dan penutup segala nabi, yang akan membimbing ummat manusia ke arah kebenaran dan al-haq.Ekoran tersangat gembira,ada yang merebahkan binatang sebagai korban kesyukuran sempena kedatan gan utusan agung yang dicintai.Hiduplah baginda dalam keadaan tidak beribu dan berbapa,lantaran Rabb Agung sebagai pendidik dan pembimbing.Jahiliyah Arab yang pada dasarnya menyambut kedatangan nabi dengan gembira,namun berpaling tadah menentang kerasulan nab