Sunday, January 18, 2009

KEKEJAMAN ZIONIS: DUNIA ISLAM BERTANGGUNGJAWAB

Suara tangisan rakyat Palestin sayu-sayu kedengaran di cerobong telingaku.Makin kucuba amati, suara itu berlari-lari meninggalkan diriku. Suara itu mula ditenggalami dengan bunyian roket dan bom rejim zionis yang ditaja dunia Amerika.Terdengar juga suara –suara malu yang menyeru dibelakang supaya dihormati hak asasi manusia daripada dunia Arab yang sedarah daging dengan mereka.Lantas suara malu itu dicantas dengan hanya sergahan manja rejim zionis dan sekutunya. Terdiam kaku jiwa-jiwa tadi yang kononnya meletakkan Islam sebagai agama pentadbiran mereka. Aku cuba lagi melapangkan telinga, takut-takut ada suara lain lagi yang meronta-ronta supaya penjenayah itu dikecam dan dihapuskan.Namun, suara halus yang dahagakan pertolongan juga yang bermain-main di telingaku.

Hati kecil aku mula meraung dan meronta-ronta.Tapi apakan daya,kekerdilan diri ini tidak mampu mencantas duri dan memujuk semalu tampil memberikan pertolongan.Jiran terdekat hanya mampu memberikan tahi ayam walau haruman bunga mawar yang dipinta.Bukan perkara baru untuk aku menyalahkan dunia Zionis dan Amerika atas
kekejaman ini kerana telah dirakamkan oleh Sang Pencipta dalam Kitab Al-Quran.Cuma kebodohan Dunia Arab yang mula berlegar-berlegar dalam pemikiran cuba menampilkan diri.Memang betul apa yang dijanji yakni Bangsa Arab tidak semestinya memahami apa yang terkandung dalam kitab kurniaan Illahi.

Di manakah suara pemimpin Islam yang lain?Di manakah OIC yang asal penubuhannya membela bumi suci Palestin?Dengan hanya sergahan manja sudah mampu mendiamkan diri?Apa gunanya memarahi kezaliman dek kerana diri sendiri yang menerimaserpihan dan ludahan yang menghina diri.Aku pernah terfikir jika seluruh ummat Islam bersatu, rejim Zionis mampu dilenyapkan dan ditenggelamkan dengan hanya ludahan keramat kesatuan. Bila dan di mana bukan menjadi persoalan kerana kita bertanggungjawab menyelesai dan mengemudinya.