Sunday, May 31, 2009

MENUNGGU ALAMAT DARI MANEK URAI

Akhirnya,Penanti telah memilih wakilnya Dr. Mansor setelah lama menanti disebalik suka dan duka perjuangan hidup ini.Beralih pula angin pemilihan rakyat ini dari negeri Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai panduannya ke sebuah negeri yang berketuakan Sheikh Nik Abdul Aziz sebagai Nakhodanya.Usah dipertikaikan kebolehan dan keupayaan dalam mentadbir walau kopiah dan serban sebagai rutin harian pakaiannya.Dari negeri Perlis hinggalah ke Sabah tunduk akur dan mendabik dada akan kebolehan pemimpin ini walaupun ideologi yang berlainan menjadi pakaian diri.Seorang pimpinan tertinggi dari negeri terbesar di Timur ini pernah berkata :
"Selagi YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz memimpin negeri,UMNO amat sukar untuk memenangi hati rakyat negeri ini".
Hanya orang yang pekak tidak mahu mendengar kalimah dan nasihat yang indah yang dituturkan oleh insan ini.Hanya mereka yang buta tidak mampu melihat keindahan akhlak dan keagungan peribadi pemimpin agung ini.Dalam keadaan insan lain yang sibuk mengatur strategi untuk mencapai kedudukan yang tertinggi,namun sifat tawadhu' tetap menjadi perhiasan diri.Usah diperkatakan kepadatan masa yang dihadapi oleh insan ini,namun rakyat tetap menjadi perhatian dan ukuran diri.Tergelak sejenak hati kecilku ini ketika membelek sebuah akhbar kecil yang baru bangkit meletakkan diri sebaris dengan rakan arus perdana yang lain.Katanya beliau seorang rakan sekolah Bentara ulamak negeri ini.Kecewa di hati terselit pada serban yang membaluti diri apabila Bentara Ulamak ini "gagal" mentadbir dan mengurus negeri ini.Mungkin beliau menjadikan KL ini sebagai ukuran dengan Manek Urai,teratak yang kecil di penghujung negeri ini..
Ramai cendiakawan dijemput untuk menyampaikan idea diri sendiri dalam tajaan kerajaan UMNO yang menunggu untuk jatuh rebah menimpa bumi.Pimpinan atasan diterbangkan dalam hawa dingin untuk bersama rakyat yang hanya berpanas hujan di negeri ini.Mereka datang untuk mengaku diri bahawa insan yang selalu memperjuangkan nasib rakyat di negeri ini.Segala janji kesenangan dan kebahagiaan dalam gelita kegelapan ditabur untuk rakyat yang menagih kebahagiaan di akhirat daripada pemimpin mereka ini.Namun harus diingat bahawa harta dan kedudukan ini mampu mengangkat serban yang melilit kepala ini kerana fitnah dunia mula menguasai diri.Ayuh bersama menyusun strategi untuk menepis idea lapuk dari mereka yang berkepentingan sempit ini.......
Manek Urai pasti akan mengukir sejarahnya tersendiri dalam melakar pelan mentadbir negara dan negeri ini.Daripada sebuah kampung yang tidak popular ini akan bertukar menjadi sebuah pekan pesta yang menjadi perhatiaan negara ini.Yang pasti,mereka juga tidak berupaya menolak janji dan harapan daripada pimpinan KL yang datang bertukar ganti,kerana manusia itu diperdaya dalam memilih intan atau kaca sebagai perhiasan diri.Namun,segunung harapan dipanjatkan kepada Illahi agar kerajaan Tok Guru tetap tersemat di hati rakyat negeri ini kerna kehidupan yang kekal abadi hanyalah di negeri akhirat tempat perhitungan diri.....Akhir kalam,Selamat mengundi untuk rakyat Manek Urai dan anda mampu untuk meneruskan angin pilihan rakyat negara ini.

Saturday, May 23, 2009

SELAMAT DATANG WIRA WIRAWATI USIM

Ahlan Wasahlan ke USIM buat semua penuntut ilmu.Kedatangan anda menguntum seribu makna dan membuahkan sejuta hasil buat semua warga USIM.Tatkala segelintir masyarakat luar memandang enteng kebolehan kami,namun tuhan menghantar anda utuk memperkasakan lagi satu-satunya IPTA Islam di Malaysia yang sedang giat melebarkan wilayah diri.Anta tetap mahu meredah arus dan melakar sejarah apabila menjadikan USIM sebagai tempat pengajian bagi bersama melakar sejarah untuk menggapai impian buat semua.Apakah anda meyakini akan menggemparkan USIM kembali yang natijahnya terbeliak mata sang pemerhati akan kehebatan USIM?Ku menyeru kepada pelakar dan pengukir kejayaan tatkala di bumi Maahad,SMA,SMKA,Kolej Islam agar tidak mendiamkan diri mengikut alunan dodoi sang penguasa di USIM.Anda perlu bangkit di sini dan carilah tapak kembali untuk menguatkan binaan yang telah tersergam indah ini.Namun,sebuah rumah akan hancur merebah bumi apabila anai-anai menguasai diri.Sudah tercatat takdir ketentuan bahawa andalah pejuang dan penerus legasi kepemimpinan pesuruh Illahi.Ayuh bANGKIT!!!!!!!!!Tapi diingatkan agar pandai memilih kapal untuk dinaiki.Jangan tersilap langkah untuk dikemudi dek kerana kapal yang ingin dinaiki akan karam dilambung ombak yang tinggi menggila diri.Jika anda pekerja tarbiyah di era ini,carilah sahabat-sahabat di sini dengan menggunakan mata hati tapi bukan mata dunia tipuan helah duniawi.Usah dikenang kegemilangan dahulu yang telah berlalu pergi,tapi fikirkan apa yang bakal menerjah hidup ini.Berdirilah untuk menggapai bintang di langit dengan cahaya tarbiyah Rabbani dan Sinar Nabi Muhammad yang agung ketinggian makamnya di sisi Illahi.Jangan berlengah lagi dan susunkan diri bersama saff kepimpinan tarbiyah di sini.

Selamat menjamu selera tarbiyah di USIM disebalik juadah intan dan kilauan kaca di USIM.Anda boleh menggapai bintang di langit dengan berpijak di dunia realiti......

Saturday, May 9, 2009

KEMBARA MINDA

Final Exam

Tahmid kesyukuran kuunjurkan kepada yang maha pencipta.Selesai akhirnya aku menduduki ujian akhir dan kini bemulalah lembaran buku baru di usim.Kini aku mampu mengukir senyuman kerana aku mampu mencongak bilangan hari bergelar mahasiswa matang usim.Namun,teka-teki mula bermain di mindaku.Adakah aku mampu mengekalkan kembali rekod dahulu ketika usahaku yang hanya sekumit ini.Aku tetap bersyukur kerana Allah tetap bersamaku.Aku meyakini bahawa semalam yang pergi tidak akan kembali kerana esok pasti akan menerjah kelambu mimpiku....

Pesta Buku KL 2009

Tarikh keramat 22 April akhirnya berlalu pergi.Akhirnya aku mampu menempatkan tubuh kecilku di dalam jemaah manusia yang berpusu-pusu dahagakan ilmu untuk santapan hati.Namun aku masih tertanya-tanta,di manakah pergi pertiwa pertiwi yang lain kerana kajian jujur telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysian tidak gemar membaca.Dikesempatan yang ada,aku menatap buku-buku yang ada dan akhirnya terpikat dengan bahasa buku yang dimiliki oleh "Bidadari dari Timur, Kemilau peribadi Nik Abdul Aziz dan Obama 'Harapan dan Impian'".

Rumah Sewa

Kini aku bukan lagi bergelar penghuni Sutera Indah.Nama dikatakan 'gah' menyambut ketibaan pertamaku bergelar mahasiwa USIM yang akhirnya tinggal sesepi-sepinya.Biarlah ia rahsia seperti bait-bait yang dinukilkan ratu lagu negara.Dalam keadaan kekalutan dan kekelaman menduduki exam,aku dikurniakan pondok lama di Desa Anggerik yang padanya akan mengukir seribu satu kisah suka dan duka dalam diari hidupku.Mengimbau kembali zaman rumah sewaku di Maahad yang meletup akhirnya berkubur mati.Semua membawa arah masing-masing setelah dilamar oleh 'isteri-isteri' baru.Apa agaknya cerita dengan Pak Aji?

Sidang Dun Perak

Bumiku sekali lagi dikejutkan kembali dengan suara demokrasi yang akan berkubur mati.Satu persatu usaha dijalankan semata-mata untuk mematikan demokrasi dek kerana mahu memenuhi nafsu serakah jiwa yang berkepentingan hina.Kemuliaan perlembagaan dicabul,kuasa Speaker ditelanjangkan, hak ADUN dinafikan.Dimanakah suara mereka yang mengaku pejuang negara??Jangan kerana kepentingan sempit kita ini,negara digadai dan akhirnya bakal mencetus revolusi baru.Fikir-fikirkan duhai jiwa yang terkulai mati....

Debat Integriti

Selang beberapa hari lagi,aku akan berangkat ke medan juang yang baru.Medan yang menguji ketajaman fikiranku dan kemantapan hujahku dalam melontarkan idea selaku insan yang baru dalam dunia ini.Adakah kali ini semua pendebat mampu berdebat secara matang atau akan berlaku kembali momokan keji dalam lontaran minda yang kosong.Bagi team aku,kami masih mengharapkan kejayaan yang diperoleh ketika Debat Kemerdekaan yang lalu akan dilakar kembali.Jika difikirkan dunia debat ini kejam dan hina namun aku meyakini bahawa dunia ini ibarat putaran roda yang pastinya kejayaan mampu digenggam buat semua.Selamat berdebat buat semua perwakilan!!!!!