Friday, July 31, 2009

KEBENARAN MEDIA MASSA


Sejauh manakah kebebasan media massa di Malaysia.Adakah media kita benar-benar bebas atau hanya mengikut telunjuk pemerintah semata-mata.Beban perbincangan kita ini tertumpu kepada peranan media massa yang terdiri daripada media cetak dan media elektronik dalam melestarikan pemikiran masyarakat ke arah mewujudkan negara bertamadun.Benarkah media massa kita pada hari ini telah dicantas dan dipancung daripada berkembang biak dalam mencambahkan pemikiran demokrasi di Malaysia.Tepik dada dan tanyalah kemahuan anda.Kebenaran sudah terang lagi tersuluh...
Sejauh manakah kemahuan Malaysia dalam meratifikasi keputusan Hari Kebebasan Media Dunia.Hari ini negara dilambakkan dengan pelbagai Akta yang merencatkan lagi pertumbuhan media di Malaysia.Daripada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan,Akta Rahsia Rasmi sehinggalah Akta Keselamatan Dalam Negeri telah merimaskan para pengamal media bagi melaporkan isu-isu terkini dan panas dalam negara.Seharusnya pihak kerajaan maklum dengan status globalisasi dan maklumat tanpa sempadan. Rakyat yang merdeka memerlukan minda yang merdeka dalam berfikir dan merencanakan idea bagi membangunkan negara.
Dengan kewujudan akta-akta ini telah menjadikan pihak berkuasa rakus dalam menjaga kepentingan orang-orang tertentu.Aku tidak pernah menyalahkan pasukan kerajaan yang melaksanakan tugas dengan berhemat walaupun akta ini disalahgunakan untuk kezaliman pihak-pihak tertentu.Oleh kerana aku berfikir setiap manusia tidak pernah leka dan suci daripada kesilapan namun mereka perlu kembali bertaut kepada Illahi.Harus diingat rakyat telah cemuh dan bosan dengan media yang terlampau berat sebelah dalam melapor dan menyalurkan berita kepada mereka.Mereka memikirkan tiada guna nikmat kemerdekaan jika minda rakyat masih dibelengu disebalik penjara besi.Fikir-fikirkan.....
Aku tetap setia menyayangi kepimpinan negara yang ada walau anda melakukan kesilapan.Segala usaha dalam memperbaharui kebebasan media amat aku nanti-nantikan ke arah melahirkan 1 MALAYSIA.Kerajaan perlu mempamerkan kesediaannya mewujudkan keadaan lebih telus dan memberi lebih banyak kebebasan kepada media dengan menghapuskan undang-undang berkenaan. Malah, aku meyakini media tetap boleh dikawal selia tanpa kewujudan undang-undang ini.Hakikatnya,naluri patut mengakui media kita hanya dikuasai parti pemerintah.Ini menyebakan berita dan laporan yang diterbitkan berat sebelah dan berbaur politik kotor.
Lantaran ini,aku menyeru kepada semua pihak untuk bersatu hati dan bersatu tenaga dalam memperjuangkan kebebasan media massa di negara kita.Harapan dan impian murni PM ke arah mewujudkan 1 MALAYSIA harus disokong dan diterjemahkan dalam media massa kita agar ia tetap teguh sepanjang zaman.

Saturday, July 11, 2009

1 MALAYSIA : BUKAN ILLUSI???

Kalau dulu,aku pernah dilahirkan di zaman Wawasan 2020 yang menjadi mercu tanda harapan,namun ia hanya tinggal kenangan apabila Imam Islam Hadhari dilantik sebagai Pengumudi Negara ini.Kini,rakyat Malaysia mula menuturkan di bibir,kalimah 1 Malaysia menjadi perbualan impian diri.Rakyat didahulukan,prestasi diutamakan, Kerajaan Rakyat, Kabinet Rakyat adakah ia hanya sekadar 1 Illusi??Tepuklah dada dan tanya selera.....Aku bukan dilahirkan di dalam sebuah negara kayangan.Aku bukan juga membesar di dalam intan dan permata menjadi perhiasan diri.Apatah lagi aku bukan berjalan di atas karpet merah menjadi laluan diri.Yang pasti, aku bukan juga manusia yang hanya mahu meratapi kekurangan dan kekurangan diri.Namun,akulah insan yang sedia menunggu perubahan di masa hadapan untuk pelengkap diri.
Tidak kurangnya fitnah dilemparkan kepada PM yang menggelarkan diri sebagai kabinet rakyat mula menghantui negara ini.Kalau dulu aku bermotokan Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang,namun kini hanya Hantu Altantuya telah terbang mencari benteng pertahanan diri.Adakah ia hanya satu fitnah buat mereka yang mengimpikan Putrajaya sebagai teratak impian diri??Hanya Altantuya yang mempunyai jawapan atas kebenaran dan kebatilan ini.Aku hanya insan biasa,yang mampu berserah kepada Illahi namun usaha juga diangkat demi mencari kebenaran dan keadilan untuk hati.
Sedar ataupun tidak,sudah 100 hari kita berketuakan DS Najib sebagai PM.Pelbagai pengindahan dalam penetapan mula dilaksanakan.Adakah ia perubahan seperti apa yang dikatakan oleh mereka ini??Namun,kita juga perlu bersyukur dengan kurniaan Illahi ini ,kerana kata orang inilah pemimpin yang berasal dari keturunan bangsawan yang memperjuangkan rakyat Melayu di bumi ini.Teringat kali pertama beliau dilantik menjadi PM,kononnya segenap tempat beliau menempatkan diri bersama penduduk Kampung Kerinchi,Jalan Petaling, kediaman Vista Angkasa, Brickfields, Puduraya serta Sabah dan Sarawak dan tidak dilupakan UiTM juga dikunjungi. Pelbagai janji ditabur untuk mereka namun ia tidak hanya tinggal harapan dan kenangan setelah semalam mula meninggalkan kita ini.Persolan biasa daripada pembangkang di sini,adakah beliau hanya mahu mencari populariti disebalik kelemahan dan skandal yang menghantui diri??Hanya beliau mampu memberikan jawapan buat kita rakyat Malaysia ini..
Dari Pusat Konvenseyen KL,11 hadiah mesra rakyat ditabur buat rakyat jelata sempena hari jadi ke 100 pentadbiran kabinet rakyat ini.Menyentuh slogan kabinet rakyat ini, ia seakan-akan sama dengan Pakatan Rakyat di bawah DS Anwar Ibrahim,pemidato hebat ini.Kata orang-orang tua,kita perlu tampil dengan diri sendiri tanpa bertopengkan wajah orang lain dan berwatakkan badut sebagai penampilan diri.Aku cuba meyakinkan diri bahawa inilah inspirasi dan impian sebenar dari pimpinan tertinggi buat rakyat yang menagih perhatian dari insan ini.Aku selaku insan yang tidak berkepentingan diri,hanya mampu mengungkapkan kata-kata ini bahawa apabila anda berada di puncak monarki,jangan dilupakan tangisan keramat rakyat yang menyokong dan memilih YB.Mereka tidak harus hanya dihadiahkan ucapan terima kasih dan penghargaan sebagai penyedap hati ini,namun perlu dibuktikan kepada negara dan dunia bahawa rakyat tetap diutamakan dalam menentukan prestasi kerja ini.
Walau apapun yang berlaku,tahniah diucapkan kepada PM baru kita ini.Setiap perkara yang dilakukan pasti diganjari pahala dari Illahi jika kena dengan suruhan dan ajaran dari kitab Allah ini.Harus diingat,semakin besar jajahan takluk yang kita kuasai,semakin banyak amanah yang akan dipersoal oleh Allah di akhirat nanti...Selamat berjuang dalam menghadapi mehnah dan tribulasi di bumi Malaysia ini.

JUALAN KOPIAH


Salam.Sesiapa yang berminat untuk memiliki kopiah yang meletup....,sila dapatkan dengan ana dengan harga yang berpatutan.Jualan ini untuk mengumpulkan dana bagi membantu bekas pelajar Maahad dan DQ yang ingin menyambungkan pelajaran ke Indon.....Pasaran hanya sekitar USIM..Harga boleh dirunding lagi........