Wednesday, August 26, 2009

RAMADHAN KARIM

Salam Ramadhan buat semua.Semoga Ramadhan kali ini diberikan kelapangan untuk kita makin beribadat kepada Allah.Didoakan agar kita bersama terus dinaungi rahmat Allah.....

Thursday, August 6, 2009

SEKADAR PANDANGAN

Kini,mahasiswa di seluruh negara bakal memilih pimpinan mereka kembali.Pelbagai isu yang akan dimainkan calon-calon yang akan bertanding daripada sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.Bermula isu bersifat dalam kelambu mahasiswa hinggalah memerintah negara.Yang pasti,pelbagai slogan,janji dan manifesto akan ditabur demi menakluki pemikiran mahasiswa dan menguasai kampus.Isu yang pastinya hangat di seluruh kampus ialah kebajikan mahasiswa yang kurang terbela.Namun,sejauh manakah analisis yang telah dibuat??
PROM dan Aspirasi pastinya mempunyai matlamat dan sasaran tersendiri yang ingin dicapai pada PRK kali ini.HEP juga semestinya telah mengatur jentera dan perancangan bagi memenangkan calon pilihan mereka.Harus diingat bahawa pilihan raya kali ini bukan sahaja hendak memenangi kerusi-kerusi yang ditawarkan tapi juga mahu mengekalkan kampus yang telah dimenangi.Bimbang hati ini memikirkan keadaan persiapan dan suasana kampus yang tidak menentu hari ini.Adakah kita benar-benar bersedia menyertai PRK ini??
PROM seharusnya melakukan analisis terhadap kejayaan di UM dan UIAM sebelum ini jika ma
hu memerintah lagi.Adakah mereka benar-benar telah matang dalam mentadbir dan mengurus sepanjang memerintah di dua IPT terbesar ini?Apakah target kali ini??Sejauh mana percaturan yang telah dilakukan oleh jentera bagi ke dua-dua pihak samaada PROM dan Aspirasi?Berlaku peningkatan atau masih ditangkuk lama.....
Harus diingat bahawa di UM dan UIAM,PROM bertanding dengan status sebagai kerajaan.Mungkin ada kelebihan atau kekurangan bagi mereka dalam mengatur strategi untuk menguasai kampus ini.Maknanya,di kampus ini mereka sebagai kerajaan kini.M
emang sepatutnya digunakan kelebihan yang ada untuk menguasai sokongan dan perhatian seluruh warga kampus bermula daripada pentadbir,pelajar dan staf sokongan.PROM harus mengubah pemikiran ke arah mereka sebagai kerajaan memerintah bukannya kerajaan pembangkang di kampus ini.
Sampai bila kita mahu meletakkan diri sebagai pembangkang walaupun telah menang di UM dan UIAM??Mungkin tidak melampau jika dikatakan PROM lebih selesa sebagai pembangkang jika pemikiran ini benar-benar tidak di ubah.Mereka lebih banyak mengadakan serangan terhadap HEP daripada cuba mencari jalan untuk menghulurkan tali persahabatan.Adakah tidak boleh jika mahu bertahaluf dengan mereka atau ia dianggap keji dan kurang mulia???Rentetan perkara ini menyebabkan PROM gagal melaksanakan program kebajikan untuk mahasiswa dalam mendapatkan kerjasama dan sumbangan daripad
a pihak pentadbir dan HEP???Adakah ia bukan usaha yang merugikan??
Aku melihat untuk menang PRK kali ini,mereka perlu menjalinkan hubungan dengan mahasiswa dan seluruh warga kampus..Itupun kalau mahu menjadi kerajaan yang memerintah,bukan kerajaan pembangkang.Ini,bukan bermakna PROM terus sepi dalam memperjuangkan isu mahasiswa di kampus dan hanya bertugas mengampu HEP sahaja...Gunakan akal dalam berfikir supaya tidak seperti yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.Bimbang hati jika kali ini kita gagal mengekalkan kejayaan dek kerana kesilapan dan kelemahan dalam mencatur.Hakikatnya,kita bukan sahaja mahu menang di dua kampus ini tapi seluruh kampus yang ada..
Usaha yang ingin dilakukan ini mestilah seperti menarik rambut dalam tepung.Rambut jangan putus,dan tepung jangan berselerak.Kalau Tok Guru Nik Aziz boleh menjalinkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Pusat,kenapa tidak kita??Aku bukanlah orang yang terlibat dengan kamu semua.Dan aku tidak mahu terjerat dalam mainan politik ini..Aku hanya insan yang memerhati akan gelegat kamu semua.