Friday, December 18, 2009

Saturday, December 12, 2009

SEKILAS PANDANG


Bajet 2010 telah dibentangkan oleh YAB DS Najib, Perdana Menteri Malaysia di dalam parlimen,lambang demokrasi negara.Pelbagai tafsiran diberikan,lantaran terbitlah sejuta sokongan dan kritikan untuknya.Disebutkan Bajet 1 Malaysia untuk semua lapisan tanpa mengira kedudukan bangsa dan agama dengan tema 1malaysia,kemakmuran bersama.Nikmat kemanisan telah dicurah untuk semua dengan sempadan ideologi politik bukan batasannya.Sekalung tahniah buat DS Najib,Perdana Menteri Rakyat kita semua.Tatkala timbul persoalan dibenak fikiran kecil ini maka sedikit analisis ingin dibuat demi kebajikan kita semua kerana Bajet 1 Malaysia,kemakmuran kita bersama.Sejauh manakah kebajikan para pelajar menjadi sandarannya dek kerana diskaun 50% perjalanan kereta api jarak jauh bukanlah buktinya apabila tiada penglibatan semua pelajar boleh menikmatinya.Lagipun,sebelum bajet 2010 dibentangkan,memang pelajar sudah menikmati diskaunnya.Persoalah mudah untuk kita semua.Benarkah wujud landasan kereta api menuju Sabah dan Serawak,bumi borneo nun jauh di seberang laut sana?Bagaimana pula dengan negeri semenanjung yang tiada landasan kereta api seperti tempat persinggahan penyu,Terengganu Darul Iman,negeri naungan Kerajaan rakyat bersama?Untk kemudahan semua pelajar bersama,berikan sahaja diskaun untuk semua jenis pengangkutan awam,agar semua pelajar boleh merasainya.Isu pemberian jaringan kemudahan internet kepada pelajar juga timbul tanda tanya kerana usianya yang tidak lama boleh dinikmati dan bukan semua pelajar mampu mencapainya.Apa lagi,bila tuntutan royalti rakyat Kelantan tidak dikurnia,lantas 1Malaysia yang menjadi ratib dibibir mula diuji oleh mata-mata rakyat semua.Apa sudah jadi dengan Malaysia,tanah air kebanggaan kita semua.Walauapapun keadaannya,tahniah buat pimpinan negara atas pembentangan bajet untuk kita semua.
Aku hidup dengan dilema manghantui jiwa.Resah gelisah usah diperkata.Benar apa yang dikata,bahawa dunia politik amat kotor jika tidak kena pengaturnya.Namun jika dimanfaat untuk kebaikan bersama,wujud padanya keindahan dan variasi aneka warnanya.Fokus ditagih,minda tertumpu,isu kerajaan perpaduan penuh misteri buat semua.Benarkah ia benar-benar wujud atau sekadar mainan politik untuk terjahan minda kita semua.Sebetulnya PAS yang menang dalam isu ini apabila popularitinya dalam masyarakat menjadi bualan dibibir rakyat negara.Kreadibiliti 2 Tok Guru pasti diuji lagi namun kejernihan raut wajahnya menunjukkan ketabahan pada diri mereka berdua.Yang pasti,parti ini berkiblatkan syura,berpaksikan ikatan wehdah dalam atur cara tindakannya.Apa yang pelik dalam PAS ini apabila mereka amat gemar bermain dengan media arus perdana,penyebar fikrah pemikiran zaman metropolitan kini.Walaupun tahu diri seringkali diasak media arus perdana,namun mekar jambangan bunga juga dihadiahkan buat mereka.Mereka tahu sebetulnya bait-bait kata akan dialih bahasa,namun pendekatan terhadap media tidak ditutup buat selamanya.Sungguh ajaib dan unik parti Islam ini.Mungkin bermain di minda mereka, dalam setandang pisang bukan semua sama rasa dan saiznya.Yang kelat perlu dibelai buat seketika dan yang manis amat lazat dimakan begitu sahaja.Mungkin isu ini akan berdiam buat seketika jika tiada yang mengejutnya dari tidur yang sementara.

Thursday, December 10, 2009

BAHASA JIWA BANGSA

Kadang-kadang aku sedih memikirkan ketuanan Bahasa Melayuku di tanah air sendiri dibaikan begitu sahaja.Bahasa Melayu hanyalah sekadar termaktub dalam Perlembagaan sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi zahirnya ia hanya ditelanjangkan begitu sahaja.Ada pihak konon-kononnya bersuara tapi lantas diam membisu begitu sahaja.Asakan-asakan yang dibuat untuk menuntut ketuanan bahasa hanya sekadar bermusim dan semangat kenakalan budak-budak jalanan sahaja.Apabila disergah,pejuang-pejuang itu lari bertempiaran tanpa ada yang mahu bersuara menuntut maruh kita bersama.Di mana bumi dipijak,disitulah langit dijunjung.Orang berbudi,kita berbahasa.Tapi semua itu hanya ungkapan dusta semata-mata apabila ia tidak dibuktikan oleh kita sang penuturnya.Hari demi hari bahasa meninggalkan kita.Ada yang malu menuturkan Bahasa Melayu kerana ia tidak bersifat universal katanya.Kalau dulu Bahasa Melayu diangkat dimana-mana sahaja,tapi kini Melayu yang berkereta besar,diselimuti hawa dingin gemar berBahasa Inggeris,Bahasa Penjajah untuk kita.Memang benar mereka kononnya pejuang Bahasa Melayu di depan kita semua,tapi jika bertutur,lain pula jadinya.Inikah bangsa Melayu,bangsa merdeka??Masihkah kita ingat tatkala Tulisan Jawi dilenyapkan dari bumi Tanah Melayu suatu ketika dahulu,dan kita hanya memerhati dari jauh hakikat ini.Sudah tiba masanya kita bersatu hati,berpadu suara.Jangan biarkan Bahasa Melayu kita hanyut dibawa arus buat akhirnya.Adakah kita mahu apabila suatu hari nanti ada yang berkata "Bahasa Melayu,bukan bahasa kita".Saat itu,kita tiada daya melakukan apa sahaja dek kerana kealpaan kita dalam mendaulatkan bahasa penjajah di bumi Malaysia tercinta.Ketika itu,hati kita dirobek,jiwa kita bergetar tetapi ia hanya luahan hati dan perasaan semata-mata.Aku bersuara dalam isu bahasa ini kerana aku sayangkan bahasaku.Aku takut jika bahasaku ini lenyap begitu sahaja dari peta dunia.Mungkin orang boleh berkata,menjadi tuntutan dunia untuk berbahasa penjajah.Nama-nama kebanggaan negara juga dinamakan dengan bahasa penjajah.Apa sudah jadi dengan bangsaku.Ya,memang benar kita memiliki KLIA,Cyberjaya tapi adakah kita bangga dengan penggunaan bahasa yang digunakan.Sedih juga diri ini apabila melihatkan negeriku sendiri Kelantan mula mengikut langkah memulaukan bahasa sendiri.Apabila pembangunan dikejar mulalah bahasa diketepikan Banggakah jika kita ada KB Mall,KBTC,Pelangi Mall jika bahasa sendiri kita anak tirikan.Tidak bersifak globalkah bahasa kita??Hina dinakah Bahasa Melayu kita.Sepatutnya,kita harus bersyukur kerana masih ada negara yang menuturkan bahasa Melayu ini daripada ia ditelan zaman.Lihatlah kesucian perjuangan Indonesia dalam memartabatkan bahasa Melayu,bahasa ibunda mereka.Hatta,nama didada dilekatkan dengan bahasa Ibunda negara.Hebat sungguh jika negara kita seperti mereka.Aku tidaklah menuntut dengan nama panggilan disematkan nama Melayu,kerana nama Abdullah,Khalid,Rahman,Rahim sudah cukup indah dan baik maknanya.Mungkin ada yang berhujah kononnya kita tidak boleh ke mana-mana dengan bahasa kita tapi sedarkah jika tidak ke mana-manapun yakni dalam negara sendiri,kita malu berbahasa Melayu,bahasa ibunda.Sejujurnya,semua pihak perlu berperanan dalam mendaulatkan Bahasa Melayu,sebagai bahasa kebangsaan kita.Kita ketepikan ideologi politik, lantas kita angkat isu perjuangan bahasa.Mungkin,titik persamaan kita ada di sana jika perjuangan kita ikhlas semata-mata buat negara tercinta.Bangsa lain tidak perlu bersedih hati hati kerana mereka juga ada bahasa ibunda mereka.Ambillah semangat roh 1 Malaysia yang kita dukung,dalam memperjuangkan bahasa Melayu,bahasa kita bersama.

Wednesday, December 9, 2009

KENAIKAN GAJI WAKIL RAKYAT SATU KEWAJARAN??

Baru-baru ini,kita dikejutkan dengan cadangan SPRM agar kerajaan menaikkan gaji wakil rayat di Malaysia.Menurut SPRM,kenaikan gaji wakil rakyat ini perlu bagi mengelakkan wakil rakyat menerima rasuah.Timbul tanda tanya,adakah wakil rakyat kita menerima rasuah?Satu kajian telah diadakan oleh badan bebas tentang indeks penerimaan rasuah dikalangan ahli profesional atau berjawatan tinggi.Wakil rakyat mengungguli dalam 10 ranking utama mereka yang menerima rasuah.Adakah ini berpunca daripada kurangnya jumlah gaji y dangiterima??Adakah SPRM boleh memberikan jaminan bahawa dengan kenaikan gaji ini dapat menghalang wakil rakyat daripada terus makan suap??Kita mengetahui bahawa gaji wakil rayat berserta elaun yang diperolehi kini melebihi RM10 ribu ringgit.Ini tidak termasuk kemudahan percuma yang dinikmati oleh mereka.Mungkin mereka boleh berkata bahawa gaji mereka ini perlu disalurkan untuk kebajikan rakyat di parlimen mereka.Namun,benarkah wang itu akan disalurkan untuk kebajikan rakyat atau bagi mengenyangkan kroni mereka dan kuncu-kuncu mereka jika gaji mereka dinaikkan.Tepuk dada dan tanya selera masing-masing...Setahu aku,peruntukkan untuk kebajikan rakyat di parlimen telah diperuntukkan oleh Kerajaan yang mana lebih RM500,000 diberikan.Kemana wang ini dihabiskan jika tidak mencukupi??Kalau benarlah dinaikkan gaji untuk menjaga kebajikan rakyat,kenapa ia tidak disalurkan terus kepada rakyat sahaja??Tindakan yang dilakukan oleh PM dan TPM apabila tidak bersetuju agar dinaikkan gaji amat baik dan perlu disokong oleh semua.Ini kerana gaji wakil rakyat baru sahaja dinaikkan beberapa tahun lepas.Apa pula kata rakyat jika gaji mereka ini dinaikkan lagi sedangkan Bajet 2010 untuk kebajikan rakyat dikurangkan.Aku sokong PM dan TPM yang bijak dalam memutuskan perkara ini.Apatah lagi, aku kurang percaya jika dikatakan gaji mereka tidak mencukupi.Bagaimana MB Kelantan boleh memotong separuh daripada gajinya untuk rakyat Kelantan jika tidak mencukupi gaji yang diperolehi??Bagaimana MP Rantau Panjang tidak mengambil elaunnya dan disalurkan depada rakyat jika RM4000 lebih gajinya tidak mencukupi.Bukan itu sahaja,bagaimana keperihatinan MP Jeli yang mewujudkan tuisyen percuma untuk rayat parlimennya jika gajinya tidak mencukupi??Ini hanya beberapa contoh sahaja yang menunjukkan gaji mereka sebenarnya sudah cukup.Jika benarlah untuk menangani rasuh dikalangan wakil rakyat,kenaikan gaji bukan penyelesaian kerana ia berpunca daripada sifat tamak haloba dan hati yang tidak ikhlas dalam berkhidmat.Kalaulah kes rasuah dikalangan wakil rakyat sudah rumit,kenapa tidak ada tangkapan dibuat ke atas mereka dan jika mereka dipanggil untuk pertuduhan,mereka hanya dilepaskan begitu sahaja??Benarkah ada kepincangan dalam menangani isu ini?Aku membantah kenaikan gaji ini kerana ia akan menguntungkan parti pembangkang sahaja.Mungkin mereka akan menggunakan isu kenaikan gaji MP dalam menggula-gulakan rakyat dalam PRU akan datang.Lihat sahaja negara China,Singapura dan negara-negara lain dalam menangani rasuah dalam negara mereka.Sehinggakan ada negara yang menghukum mati sahaja pesalah rasuah ini tanpa mengira darjat dan pangkat.Tapi kita di Malaysia,Ikan Bilis ditangkap dan didakwa dan Ikan Jerung dibela malah diberikan lagi insentif kenaikan gaji.Sungguh pelik bumi Malaysia jika ia berjaya dinaikkan.Siapa yang akan merana jika kita rakyat yang hanya petani kecil,penternak kecil,peniaga kecil,penoreh getah di sebuah negara yang tidak mengambiltahu kesusahan rakyatnya.