Thursday, December 23, 2010

PENUTUP TIRAI SUARA SISWA 2010


Assalamualaikum dan Salam Suara Siswa!!

Terlebih dahulu,saya merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penerbitan Suara Siswa khususnya Penerbit Suara Siswa,Encik Hishamullah dan pengacara Saudara Fadzley kerana sudi menjemput saya buat kali ke-4 sebagai panel Suara Siswa pada tahun ini.Saya juga mewakili pihak universiti mengucapkan terima kasih kepada penerbitan Suara Siswa atas pelawaan kali ini.Semoga kerjasama antara pihak Penerbitan Suara Siswa dengan USIM khususnya Majlis Perwakilan Pelajar diteruskan hingga ke masa yang akan datang.Suara Siswa yang dirakamkan baru-baru ini I.Allah akan disiarkan pada 28 Disember 2010.

IKON NEGARA : GOLONGAN INTELEKTUAL ATAU ARTIS?

Tajuk yang dibincangkan pada kali adalah berkenaan pemilihan ikon negara samada daripada golongan intelektual atau artis.Saya memulakan penceritaan berkenaan tajuk ini dengan memperincikan siapa sebenarnya yang layak dijadikan ikon.Dengan 3 prinsip yang diperkenalkan iaitu 3M (Moraliti,Mentaliti,Masyarakat),saya optimis bahawa ke dua-dua golongan ini layak dijadikan ikon negara sekiranya menepati syarat-syarat ini.Maknanya,sekiranya artis memiliki syarat tersebut,mereka layak dijadikan ikon negara.Sebaliknya,jika golongan intelektual tidak memiliki syarat tersebut,mereka tidak layak dijadikan ikon negara.

IKON NEGARA MESTILAH MEMILIKI MORAL YANG UTUH

Nabi Muhammad S.A.W. adalah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak atau moral dikalangan ummatnya.Aisyah R.A. sendiri ketika ditanya tentang moral rasulullah bagaimana,maka Aisyah menjawab sebagaimana Al-Quran.Sungguh indah dan mulia moral Rasulullah.Seseorang yang hendak dijadikan ikon negara,perkara yang paling penting perlu dinilai adalah moral mereka.Mereka mestilah memiliki sifat jujur,amanah,integriti,bertanggungjawab dan tidak berbohong kepada masyarakat.Masyarakt Islam pula perlu memilih mereka yang beriman dan tinggi taqwanya.Hari ini,kita bimbang sekiranya ikon negara yang diangkat samada dikalangan intelektual atau artis yang tidak memiliki sikap-sikap tersebut,maka generasi yang akan datang akan dimamah oleh masalah moral yang serius.

MENTALITI MESTILAH SIHAT

Syarat yang ke dua yang perlu dimiliki oleh ikon negara adalah mentaliti yang sihat.Mereka mestilah dapat membezakan antara baik dan buruk dalam kehidupan.Di dalam AlQuran,Allah banyak menggunakan ayat yang meminta manusia berfikir menggunakan akalnya tentang penciptaan alam ini dan perjalanan kehidupan mereka.Mereka dapat memilih jalan terbaik yang menepati syariat dalam kehidupan mereka sebelum mereka memimpin masyarakat yang lain.Sekiranya mereka sendiri berjalan bengkok,bagaimana mereka mampu memimpin kita semua.Bagimana ketam yang berjalan bengkok boleh mengajar anaknya untuk berjalan lurus?

JASA DAN KHIDMAT KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA

Oleh kerana ikon yang ingin kita pilih adalah ikon negara,mereka mestilah mempunyai jasa yang besar kepada negara dan masyarakat.Jasa yang dimaksudkan tidak hanya bersifat popular dan glamour sahaja,tetapi jasa tersebut mestilah memberikan impak sosial kepada masyarakat.Yang paling penting,masyarakat dan negara mengiktiraf jasa mereka.Mereka memajukan pemikiran masyarakat dan memperjuangkan kebebasan buat negara.Jasa yang dicurahkan itu adalah untuk semua tanpa mengira fahaman pemikiran dan keturunan mereka.Ini juga bertepatan dengan semangat 1 Malaysia.

ISLAM MEMULIAKAN GOLONGAN INTELEKTUAL TANPA MENGETEPIKAN PERANAN ARTIS

Islam mengiktiraf peranan golongan artis.Pada zaman nabi,artis ini dikenali sebagai penyair.Malahan mereka lebih hebat pada zaman nabi sehinggakan mampu mengungkapkan bait-bait lagu atau syair secara spontan.Mereka juga diagungkan dalam masyarakat sehinggakan dijadikan model dan ikon oleh masyarakat.Ramai sahabat-sahabat yang merupakan penyair agung seperti Abdullah bin Rawahah dan Hassan bin Thabit.Mereka mencipta syair-syair yang memuji nabi dan keagungan Islam.Pernah disebutkan nabi bertanya kepada Abdullah bin Rawahah,apakah yang beliau lakukan apabila ingin mengungkapkan syair.Abdullah menjawab bahawa kutenungkan dahulu,baru keucapkan.

KESILAPAN FAKTA SEJARAH YANG DIBAWA

Saya memohon maaf berkenaan fakta sejarah yang dibawa tentang KaĆ”b bin Zuhair.Beliau juga seorang penyair atau penyanyi di zaman nabi.Saya ada melafazkan di dalam Suara Siswa yang dirakamkan baru-baru ini bahawa beliau terlibat dengan perjanjian A’qabah pertama dan ke dua.Sebenarnya beliau tidak terlibat di dalam perjanjian tersebut.Beliau antara orang kuat kuat menghina nabi melalui syair.Ketika pembukaan kota Makah,beliau antara mereka yang dahalalkan darah oleh nabi.Mendengar berita tersebut,beliau datang berjumpa nabi dan memohon maaf.Beliau juga melafazkan keimanan di hadapan nabi.Nabi menerima permohonan maaf beliau.Akhirnya,beliau memluk Islam dan mencipta syair yang memuji nabi dan Islam.Saya memohon maaf atas kesilapan tersebut yang tidak disengajakan.

Akhirnya,saya merakamkan sekali lagi penghargaan yang tidak terhingga kepada seluruh krew penerbitan Suara Siswa tang terus memberikan kepercayaan kepada saya.Saya doakan agar rancangan Suara Siswa ini terus menjadi rancangan kegemaran anak muda khususnya golongan mahasiswa.

Salam Hormat,

Abdullah Bin Long

Wednesday, November 10, 2010

KENYATAAN ISU BANJIR


Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa Berkebajikan!!

Saya mengucapkan takziah terhadap rakyat negeri Kedah, Perlis, dan Kelantan khususnya mahasiswa/mahasiswi yang berasal dari negeri tersebut.Ucapan takziah ini juga saya tujukan khas kepada Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan YAB Dato'Seri Ustaz Azizan atas bencana yang menimpa negeri Kedah.Sesungguhnya, setiap ujian dan dugaan daripada Allah ini ada hikmah disebaliknya.Sebagai rakayat Malaysia dan negeri Kelantan, saya cukup merasai kepayahan dan kesengsaraan rakyat negeri Kedah mengharungi dugaan dan ujian ini.

Kerjasama yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap bencana yang menimpa negeri Kedah cukup mengagumkan saya.Bantuan demi bantuan telah diberikan oleh pelbagai pihak termasuk daripada parti-parti poltik dan NGO dari seluruh Malaysia.Apatah lagi, seluruh jentera kerajaan di peringkat Pusat dan Negeri telah diturunkan dalam memastikan kebajikan mangsa-mangsa banjir ini terbela.Tidak dilupakan juga, nasib yang sama juga melanda negeri Perlis dan negeri Kelantan kelahiran saya yang masing-masing memerlukan bantuan daripada semua pihak.

Sebagai seorang Islam, kita wajib mengucapkan takziah terhadap mereka yang ditimpa bencana ini dan bukan dengan menyerang atau menyalahkan mana-mana pihak terhadap bencana yang berlaku ini.Media-media yang ada perlulah memainkan peranan dalam melaporkan isu yang berlaku ini dengan telus dan tepat.Media tidak harus untuk membebankan pemikiran-pemikiran mangsa banjir ini dengan laporan-laporan yang berat sebelah dan tidak tepat.Media wajar bertindak sebagai penenang dan pereda terhadap masalah yang berlaku ini.Sebagai pengamal media, mereka seharusnya jujur dalam memperjuangkan isu-isu kebajikan semua.Apa yang ditagih oleh mangsa-mangsa banjir ini sekarang adalah bantuan kemanusian bukannya kempen-kempen politik sempit yang memberatkan mereka.

Akhir kalam, saya menyeru kepada semua pihak untuk berfokus dalam memberikan bantuan kemanusian terhadap bencana-bencana yang melanda negara.Saya mengucapkan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan bagi meredakan masalah yang melanda ini.Sebagai mahasiswa berkebajikan, kami sedia untuk berbakti terhadap masyarakat yang memerlukan.USIM juga telah menghantar bantuan misi kemanusian terhadap mangsa-mangsa banjir di negeri Kedah.Terbaru, USIM akan mula menghantar sukarelawan dalam membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Perlis.

*RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN*

Sekian.

Abdullah Bin Long
Naib Yang DiPertua (1),
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Sains Islam Malaysia.

11 November 2010.

Thursday, October 21, 2010

HASIL KUNJUGAN HORMAT MPP KE ATAS TNC (AA) USIM

ALUAN PENGERUSI MAJLIS (PROF. DR. MUSA AHMAD, TNC AA)

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada barisan MPP kerana mengatur pertemuan rasmi bersama TNC AA dalam membincangkan isu-isu berkaitan hal ehwal akademik.
Pengerusi mengakui keperluan mewujudkan platform antara pihak pengurusan universiti dan pelajar, sama ada secara khusus melalui mesyuarat rasmi atau melalui dialog terbuka di peringkat fakulti. Beliau turut mencadangkan agar pertemuan ini diadakan secara berkala, sekurang-kurangnya sekali bagi setiap semester.

ALUAN YANG DIPERTUA MPP

Yang Dipertua MPP, saudara Muhammad Hilmi Juhari mengucapkan terima kasih atas kesudian Y.Bhg.Prof. menerima kunjungan hormat daripada MPP.
Yang Dipertua memaklumkan bahawa kunjungan hormat MPP bersama pihak pengurusan tertinggi universiti merupakan salah satu agenda tahunan MPP dalam membawa isu-isu penting melibatkan hal ehwal mahasiswa. Beliau turut memaklumkan kehadiran empat orang wakil pelajar program Tamhidi yang turut serta dalam sesi mesyuarat kali ini.


ADUAN / ISU

Isu penamatan kontrak dua pengajar Pusat Tamhidi

Tuntutan/Cadangan MPP: Memohon pertimbangan dan budi bicara daripada Y.Bhg. Prof. untuk mendengar penjelasan secara lisan daripada wakil pelajar Tamhidi berhubung isu tersebut.

Respon wakil pelajar:
1. Ketiadaan dua pensyarah tersebut dianggap suatu kehilangan besar kepada USIM. Kebanyakan pelajar program Tamhidi menyambung pengajian di USIM atas saranan bekas pelajar Tamhidi yang memberi keyakinan kepada mereka terhadap kredibiliti dan kualiti kedua-dua tenaga pengajar itu. (Asyraf)
2. Sikap pensyarah tersebut cukup memberi kesan kepada pelajar, terutama dari sudut kesungguhan belajar dan pentingnya nilai ukhuwah yang diterapkan. (Azly)
3. Hubungan akrab antara pensyarah dan pelajar yang ditonjolkan menyebabkan pelajar selesa berdampingan bagi meminta bantuan dalam hal akademik. (Amirul)

Respon TNC AA:
1. Mengakui rekod cemerlang ditunjukkan oleh kedua-dua pensyarah tersebut sepanjang karier mereka sebelum ini, serta menganggap mereka bukan sekadar guru biasa, sebaliknya menjalankan peranan sebagai pendidik yang sebenar.
2. Menjelaskan bahawa isu yang timbul bukan disebabkan oleh isu prestasi, tetapi isu pentadbiran yang tidak dapat dielakkan, terutama apabila melibatkan isu audit urustadbir sumber manusia mengikut panduan yang ditetapkan oleh JPA dan akta-akta berkaitan (RUJ: USIM(S) 1.1.2/10/1 JILID 2 (29)).
3. Pensyarah terbabit dimaklumkan telah mengambil pilihan untuk bersara secara pilihan. Dalam masa yang sama, pihak universiti mengambil langkah alternatif bagi memastikan keperluan pelajar mendapatkan tenaga pengajar berkualiti dipenuhi, seperti tawaran kepada pihak terbabit untuk bertugas sebagai TPS.
4. Mengharapkan agar isu tersebut tidak menjejaskan tumpuan pelajar dalam akademik serta mengambil sikap positif sebelum menduduki peperiksaan akhir.

Pelaksanaan e-Hadir

Tuntutan/Cadangan MPP: Perlaksanaan sistem e-Hadir bagi menentukan status pelajar layak menduduki peperiksaan akhir, tidak digunapakai pada semester ini.
- Dicadangkan agar sistem e-Hadir hanya dilaksanakan secara sepenuhnya pada semester depan, ketika semua pihak bersedia dan yakin sistem tersebut tidak memberi sebarang masalah lagi.

Respon wakil pelajar:
1. Sebahagian besar komen daripada pensyarah dan pelajar yang diperoleh berhubung sistem ini membuktikan sistem e-Hadir masih diragui. Bahkan, ada sebilangan pelajar yang menipu dalam kehadiran mereka. (Abdullah)
2. Pegawai PTM memaklumkan bahawa sistem tersebut masih lagi di peringkat percubaan. Justeru, setiap pensyarah telah diingatkan agar turut mengambil kedatangan secara manual bagi mengelakkan pelajar tersilap maklum apabila merujuk kehadiran mereka dalam sistem tersebut. (Fakhruddin)

Respon TNC AA:
1. Perbincangan secara khusus telah diadakan dalam Mesyuarat Pengurusan Akademik (MPA) berkenaan hal ehwal operasi akademik, termasuk kepengurusan dalam sistem e-Hadir.
2. Senarai pelajar yang gagal menduduki peperiksaan telah dikeluarkan oleh Bahagian Akademik. Diakui jumlahnya sangat ramai dan menimbulkan keraguan.
3. Surat arahan telah dikeluarkan kepada semua dekan bagi mengingatkan kepada semua pensyarah agar menggunapakai kedua-dua kaedah (sistem dan manual) bagi mendapatkan kehadiran pelajar ke kuliah.
4. Bagi pelajar yang disenarai gagal menduduki peperiksaan, Bahagian Akademik akan mengambil tindakan mengesahkan senarai tersebut di peringkat fakulti terlebih dahulu. Pelajar yang berkaitan hanya disahkan gagal menduduki periksaan apabila menerima surat daripada PPS.
5. Pihak Universiti sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan sistem tersebut. Sekiranya masih wujud keraguan atau masalah dalam sistem e-Hadir, pihak universiti akan menimbangkan cadangan untuk menggunakan kaedah bio-matrik (cap jari) menggantikan sistem tersebut.

Jadual Peperiksaan Akhir bagi Semester 1 sesi Akademik 2010/2011

Tuntutan/Cadangan MPP:
1. Sistem Jadual Peperiksaan Akhir bagi semester ini dirombak semula mengikut tarikh asal dalam Takwim Akademik sesi 2010/2011, iaitu selama 3 minggu.
2. Peperiksaan dijalankan pada dua sesi sahaja dalam satu hari (pagi dan petang), dan tidak seperti perubahan terkini, iaitu 3 sesi pada satu hari.

Respon wakil pelajar:
1. Rentetan daripada isu jadual peperiksaan, terdapat kes melibatkan seorang pelajar yang menangguh semester, berdepan kesulitan apabila pertindihan waktu peperiksaan bagi subjek diambil serta menghadapi masalah status tidak daftar kursus. (Najib)
2. Penyusunan waktu bagi peperiksaan pada kali ini dilihat tidak sesuai dengan keadaan pelajar USIM, terutama apabila berlaku perturutan peperiksaan bagi dua subjek satu hari, serta kesuntukan waktu yang menyukarkan untuk rehat dan solat. Kebimbangan juga timbul berkaitan mutu jawapan oleh pelajar. (Abdullah)
3. Berlaku kesilapan dalam jadual peperiksaan yang dikeluarkan apabila terdapat subjek yang tidak memerlukan peperiksaan akhir, turut disenaraikan dalam jadual tersebut. (Azly)

Respon TNC AA:

A. ISU TEMPOH PEPERIKSAAN DUA MINGGU
1. Keputusan pihak Universiti memendekkan tempoh peperiksaan kepada 2 minggu disebabkan oleh kesuntukan masa bagi mencapai tarikh yang ditetapkan KPT untuk keluarkan keputusan peperiksaan bagi semester ini.
2. Pemendekan tempoh tersebut juga bagi memberi masa yang mencukupi kepada para pensyarah menanda kertas jawapan peperiksaan.
3. Selain itu, fasa atau proses tertentu yang perlu dilalui seperti janaan PNGK, mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Pra-Siswazah(JPPF), mesyuarat di peringkat fakulti serta Mesyuarat Senat yang memakan masa turut memberi kesan kepada keputusan pemendekan tempoh peperiksaan.
4. Bahagian Akademik telah berusaha yang terbaik dengan mengambil kira masalah sampingan yang cuba dielakkan, bagi mengelakkan kesan ‘berantai’ seperti penundaan tarikh daftar kursus untuk semester akan datang.

B. ISU TIGA SESI PEPERIKSAAN DALAM SATU HARI
1. Bahagian Akademik telah mengkaji keberkesanan perlaksanaan tiga sesi bagi satu hari, termasuk mengadakan simulasi dan melakukan perbandingan dengan universiti-universiti lain yang berpengalaman dalam perlaksanaan tersebut.
2. Pihak Universiti telah mengambil kira masalah-masalah yang mungkin berlaku, termasuk waktu solat dan masa rehat atau makan. Pembahagian sesi peperiksaan berdasarkan ketetapan seperti berikut:
i. Slot 1 (8.30 – 11.30 pagi) bagi subjek 3 jam masa peperiksaan
ii. Slot 2 (12.30 – 3.00 petang) bagi subjek 2 jam 30 minit
iii. Slot 3 (4.00 – 6.-00 petang) bagi subjek 2 jam masa peperiksaan
3. Memberi jaminan kepada pelajar bahawa tidak akan ada dua subjek yang diduduki secara berturutan sesi.
4. Draf akhir bagi jadual peperiksaan akan dikeluarkan sekali lagi dalam minggu ini. Pelajar diminta merujuk draf tersebut untuk mengetahui sebarang perubahan terkini. Sekiranya masih berlaku masalah berturutan sesi, pelajar diminta untuk segera berhubung dengan Bahagian Akademik.

Malaysian University English Test (MUET)
Masalah MUET di kalangan pelajar tahun akhir yang belum mencapai tahap diperlukan untuk bergraduasi.

Tuntutan/Cadangan MPP:
1. Menuntut agar ketetapan tahap MUET Band 3 dilonggarkan dengan pengecualian kepada pelajar tahun akhir pada sesi Akademik ketika ini.
2. Menuntut agar dirombak semula sistem pengajian bahasa termasuk perlaksanaan program ELSP dan relevansi subjek Bahasa Inggeris 3.
3. Bagi subjek Bahasa Inggeris 3 yang bertujuan memperkasa pencapaian MUET, dilihat membebankan pelajar, dicadangkan agar subjek tersebut dimansuhkan, ATAU tidak dimasukkan dalam sistem kredit penilaian pengajian pelajar.

Respon TNC AA:
1. Pihak Universiti secara kolektif telah menetapkan keputusan untuk keperluan Band 3 bagi pelajar yang ingin bergraduasi adalah muktamad. (Mesyuarat Senat Universiti kali ke-51, bil.3/2010)
2. Bahagian Akademik hanya menerima aduan berhubung isu Bahasa Inggeris 3 daripada pelajar FPQS. Tindakan sudah mula diambil dan kajian akan dilaksanakan secara menyeluruh berhubung dakwaan tersebut.
3. Pihak Universiti melihat keperluan ELSP tetap wujud, meskipun bukan menjurus kepada MUET. ELSP bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar bagi membudayakan bahasa Inggeris.
4. Salah satu keputusan dalam MPA adalah menjadikan semester pendek bagi Pelajar Tahun 1 untuk subjek pemantapan bahasa Inggeris secara khusus. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut masih belum diluluskan oleh Senat.

Isu-isu Berbangkit dari Kampus Pandan

1. Ketiadaan pensyarah tetap untuk sesi klinikal di hospital menyukarkan mereka untuk merujuk dsb. Pelajar memohon agar diadakan pensyarah yang bertugas secara tetap di tempat pelajar menjalankan klinikal.
2. Pelajar memohon agar waktu/tempoh bagi sesi klinikal dipanjangkan
3. Jadual kelas padat sehingga lewat petang/malam.

Respon TNC AA:
1. Berhubung masalah ketiadaan tenaga pensyarah yang tidak mencukupi, isu tersebut hanya bersifat sementara, dan akan dapat diatasi apabila sebahagian pensyarah yang kini sedang melanjutkan pengajian akan kembali bertugas sebaik tamat pengajian. Dijangka pada 2012, tenaga pakar di kalangan pensyarah akan mencukupi bagi menampung posisi pensyarah pemantau ketika tempoh klinikal,
2. USIM kini menggunakan khidmat doktor pakar di hospital klinikal sebagai TPS yang bertindak sebagai pensyarah pemantau, iaitu di Hospital Jelebu, Hospital Ampang, Hospital Tampin, Hospital Temerloh). Selain itu, doktor-doktor pakar dari UKM dan UM turut dibawa khas untuk tujuan yang sama.
3. Bagi cadangan untuk memanjangkan tempoh klinikal, adalah sukar kerana kekangan masa pengajian yang diperuntukkan untuk program perubatan.
4. Dicadangkan kepada pelajar untuk mengoptimakan pengalaman klinikal bersama doktor pakar, dengan inisiatif sendiri dalam mendapatkan lebih masa untuk ‘posting’ di unit-unit tertentu.
5. Kepadatan jadual kuliah/kelas sehingga lewat petang atau malam tidak dapat dielakkan akibat kekangan rutin yang turut dialami di kampus Nilai.
6. Berharap ia tidak menjadi masalah besar memandangkan terdapat cadangan daripada sebahagian pelajar Pandan untuk mengambil kelas tambahan bagi subjek Bahasa Mandarin.

HAL-HAL BERBANGKIT

Saudara Mohd Najib ‘Afif menekankan aspek penguasaan Bahasa Arab di kalangan siswa/i USIM. Beliau mencadangkan agar pihak Universiti mengambil kaedah modul berinovasi yang diperkenalkan oleh Dr. Norhayati, serta mengesyorkan agar modul tersebut dikembangkan di peringkat pelajar.

Respon TNC AA:

Akan mengambil maklum cadangan tersebut, dan menerima saranan untuk menjadikan USIM sebagai tapak pemula bagi mengembangkan produk inovasi yang dicipta oleh pensyarah USIM sendiri.
Saudari Nur Akalili Zubair membangkitkan masalah ketidakseimbangan struktur kursus bagi semester tertentu, memandangkan pelajar tidak diberi peluang untuk mengatur kursus yang ingin diambil bagi setiap semester.


Respon TNC AA:
1. Maklumat berkenaan kursus dan jumlah subjek yang ditawarkan kepada pelajar adalah sepenuhnya dari peringkat fakulti. Pelajar boleh bekerjasama dengan pensyarah untuk membuat sebarang aduan kepada pihak fakulti sekiranya berlaku masalah ketidakseimbangan subjek yang diambil.
2. MPP boleh berperanan melalui perbincangan bersama Timbalan Dekan Akademik di fakulti masing-masing berhubung perkara ini. Pelajar harus diingatkan bahawa meskipun kursus yang ditawarkan secara pakej, namun mereka tetap mempunyai hak untuk mengawal struktur kursus yang diambil bagi setiap semester, sama ada untuk menangguhkan subjek tertentu dahulu atau sebaliknya.



Disediakan oleh,


SETIAUSAHA MPP

SESI 2009/2010


Wednesday, July 7, 2010

SUARA SISWA 6 JULAI 2010

Assalamualaikum dan Salam Suara Siswa buat semua..
Disini saya catatkan sedikit pengalaman dan ucapan saya semasa Siaran Langsung Suara Siswa baru-baru ini.Untuk makluman semua,pada awalnya saya hanya menemani Saudara Hilmi Juhari YDP MPP USIM ke Angkasapuri.Atas permintaan dan pelawaan daripada pihak RTM,saya telah ditawarkan sebagai ahli panel bersama YDP MPP USIM pada malam itu kerana kekurangan ahli panel yang sepatutnya bersiaran.Alhamduluillah,dalam keterbatasan masa yang ada,saya mendapatkan pertolongan daripada sahabat-sahabat bagi membincangkan tajuk pada malam itu.Dengan tajuk “MENGARUSPERDANAKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL”,2 orang ahli panel dari USIM dan seorang dari MPP UNISEL telah berganding suara dalam mengupas tajuk pada malam itu.Saya berasa amat bersyukur kerana dengan pengalaman yang ada dan sedikit pengetahuan yang dimiliki,saya bersama-sama sahabat ahli panel yang lain mampu mengupas tajuk itu pada malam itu.Mungkin kupasan dari saya pada malam itu tidaklah secara menyeluruh kerana kekurangan persediaan yang rapi.


Bergambar ketika baru sampai dan belum diberitakan sebagai ahli panel juga pada malam itu.

Saya memulakan perbincangan pada malam itu dengan mengetengahkan kenyataan daripada Profesor Dato’ Dr. Noh Dalimin,Naib Canselor UTHM yang mengatakan bahawa peratusan pendidikan Teknikal di Malaysia ialah 10% jauh dibandingkan dengan negara German 59%.Saya mengajak warga penonton untuk memandang secara serius fakta ini kerana sasaran atau target Keluaran Dalam Negara Kasar dalam MBE tidak akan mampu dicapai jika angka ini berterusan.Saya tidak nafikan banyak usaha di pihak kerajaan yang telah dilaksanakan namun perlu dipergiatkan bahawa sokongan dan sambutan dikalangan masyarakat amat penting.Kerangka pemikiran anak muda perlulah diubah bahawa bidang pendidikan Teknikal dan Vokasional ini bukanlah pendidikan kelas ke dua.



Bergambar bersama ahli panel yang diundang.Merupakan pelajar Siswazah PHD dari UKM.Sedang kepeningan dalam mencari idea apa nak bincang.


Untuk makluman semua,saya tidak berkesempatan pada malam itu untuk menyatakan bahawa USIM bersama IPT lain komited dalam menyokong usaha kerajaan untuk memartabatkan pendidikan Teknikal dan Vokasional.Para mahasiswa telah didedahkan dengan bidang-bidang kemahiran malahan diwajibkan untuk melaksanakan praktikal usahawan dan latihan amali.Untuk makluman semua,banyak lagi program dan latihan berbentuk teknikal dan vokasional diperkenalkan di USIM.Melalui badan-badan pelajar,misalnya MPP USIM telah bersama-sama pihak kerajaan dalam menyahut seruan ini.Antaranya,kami akan melaksanakan program Karnival Mahasiswa dan Pesta Konvokesyen USIM dalam masa terdekat ini.Mahasiswa ditugaskan sepenuhnya dalam menganjurkan program bermula daripada sistem perfailan dan perkeranian hinggalah kepada urusan teknikal dan persiapan tempat.Banyak program-program lain yang telah diadakan dan akan diadakan demi mendedahkan mahasiswa kepada pelaksanaan mengadakan program.


Sedang memerhatikan gelagat Dr. Fazley.Apalah agaknya provokasi yang akan beliau kenakan kepada kami pada malam itu.

Harus diingatkan kepada generasi sekarang supaya menyedari kewujudan Wawasan 2020.Idea atau gagasan dari YABhg. Tun Dr. Mahathir perlulah disahut oleh semua.Untuk ke arah Wawasan 2020 ini,banyak projek kerajaan berteraskan perindusrian dan teknologi dan ini memerlukan kepakaran dan kemahiran kita generasi muda.Dengan erti kata lain,pendidikan Teknikal dan Vokasional ini amat penting dalam arus pembangunan negara masa kini.Saya yakin bahawa pendidikan ini akan menjadi pilihan utama kepada anak muda kita di masa akan datang.Usaha kita dalam melahirkan graduan yang holistik dan menyeluruh haruslah disahut dengan bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional tidak wajar dikesampingkan.


Gaya bercakap bersama kening terangkat memang inilah apa yang saya mampu.Walaupun tanpa persediaan rapi,namun gaya dan keunggulan itu penting.Seni pengucapan ada pada riak keyakinan wajah.

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak RTM khususnya krew Suara Siswa atas kepercayaan yang diberikan kepada saya dan seluruh warga USIM.Kami warga USIM amat berbangga atas kepercayaan ini.Usaha pihak RTM dalam mengetengahkan idea mahasiswa ini amatlah dipuji dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.MPP USIM bersedia bila-bila masa dalam meyahut seruan murni pihak kerajaan memartabatkan Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Salam Hormat,
Abdullah Bin Long

Sunday, May 30, 2010

SUBSIDI PENDIDIKAN : BUKTI KERAJAAN BERKEBAJIKAN

Saya sedar bahawa kerajaan telah banyak menanggung kos pembiayaan subsidi kepada pelbagai lapisan rakyat di negara ini.Tindakan kerajaan yang mahu menilai dan mengkaji pemberian subsidi amatlah diharap tidak akan mengakibatkan kepada penarikan pemberian subsidi pendidikan kepada semua pelajar di peringkat rendah, menengah dan universiti.Kerajaan diharap untuk mengekalkan subsidi pendidikan sebagai bukti kesungguhan dan keperihatinan terhadap mutu kecemerlangan pendidikan negara.




Sebagai seorang pelajar dan juga mahasiswa, saya percaya kerajaan akan memberikan perhatian serius terhadap mutu pendidikan negara khususnya melibatkan golongan-golongan yang berpendapatan rendah.Saban tahun, banyak permohonan daripada golongan keluarga berpendapatan rendah yang memohon biasiswa kerajaan dan subsidi pendidikan kerana tidak mampu meneruskan pengajian mereka.Saya memandang serius kenyataan YB Timbalan Menteri Pengajiaan Tinggi bahawa 90 peratus pelajar di Institusi Pengajiaan Tinggi bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan.Sekiranya pihak kerajaan menghentikan pemberian subsidi pendidikan,besar kemungkinan pembangunan dan mutu pendidikan negara akan terbantut.





Saya menyokong penuh cadangan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) semalam yang menggesa kerajaan mewujudkan satu mekanisme bagi melindungi golongan berpendapatan rendah terlebih dulu sebelum memulakan langkah sistematik bagi pengurangan subsidi.Langkah ini bagi memastikan tindakan yang bakal diputuskan tidak akan membebankan rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah.Kesungguhan dan keperihatinan kerajaan dalam meneruskan pemberian subsidi pendidikan ini sebagai bukti dan lambang kerajaan berkebajikan.



Saya sedar bahawa kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi jika subsidi ini diteruskan namun,saya mencadangkan agar kerajaan perlu mengkaji kembali mekanisme pemberian subsidi ini.Kerajaan boleh meletakkan garis panduan yang jelas terhadap golongan dan rakyat yang layak menikmati subsidi pendidikan ini.Tindakan pemberian subsidi sebelum ini menyebabkan rakyat berpendapatan rendah terpaksa berkongsi dana subsidi dengan golongan kelas atas dan mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi.Saya berharap agar tindakan yang bakal dilakukan oleh kerajaan ini tidak akan merugikan mana-mana pihak khusunya kepada golongan pelajar dan mahasiswa.

Sunday, May 23, 2010

PERUTUSAN YDP MPP USIM SEMPENA KEMASUKAN PELAJAR TAMHIDI 2010/2011


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat Iman dan Islam.Saya merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan kita di Laman Ilmu Universiti Sains Islam Malaysia ini (USIM).
USIM merupakan Universiti Islam pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad 21 ini. Ia merupakan IPTA yang ke-12 di negara ini dan diasaskan bertujuan memartabatkan Pendidikan Islam dan membawanya ke dalam arus pendidikan Negara.
Sepanjang 10 tahun penubuhan USIM,banyak kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai. USIM berhasrat mahu melahirkan graduan yang berketrampilan tinggi, berdisiplin, berkebolehan dan mempunyai keimanan yang jitu.
Selaras dengan itu, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 bertekad mahu melahirkan mahasiswa yang holistik, dinamik dan matang dalam menyahut hasrat universiti serta berdaya saing di arena Nasional dan Antarabangsa.
Dengan tekad yang diletakkan, Majlis Perwakilan Pelajar bergerak untuk memacu kecemerlangan ilmu dan pembangunan sahsiah diri, cakna kebajikan, kepimpinan melalui teladan dan pembudayaan inovasi serta pengantarabangsaan. Majlis Perwakilan Pelajar amat mengalu-alukan kehadiran adik-adik Tamhidi yang baru berdaftar sebagai Mahasiswa/I USIM untuk sesi 2010/2011.
Kami merakamkan sekalung tahniah kerana terpilih untuk menjadi warga USIM. Semoga perkenalan kita ini akan mendapat keberkatan daripada Allah.

Salam Hormat,

Muhammad Hilmi Juhari
Yang DipertuaMajlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010

Wednesday, May 19, 2010

VIDEO SUARA SISWA : 4 MEI 2010




WAWANCARA EKSKLUSIF SEMPENA 10O HARI MPP USIM

Untuk pengetahuan sahabat semua, pada 19 Mei 2010 merupakan 100 hari pentadbiran MPP USIM sesi 2009/2010.Bersempena dengan sambutan 100 hari tersebut, satu rakaman wawancara telah diadakan oleh krew Usim Online yang disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat.Rakaman ini telah diadakan pada 6 Mei 2010.

SUKAN DAN JUDI ; 1 ANALISIS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saya melahirkan rasa terkejut dan dukacita atas kenyataan wakil kerajaan di Dewan Negara baru-baru ini yang mahu memberikan lesen pertaruhan bola sepak sempena piala dunia yang akan bermula pada bulan hadapan.Sebagai seorang mahasiswa Islam dan juga pemimpin pelajar di salah sebuah Universiti Islam, saya melihat tindakan ini amat memalukan negara Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.Apatah lagi, memandangkan Malaysia suatu ketika dahulu pernah diamanahkan sebagai Pengerusi Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC).Saya melihat, alasan yang diberikan untuk menghalalkan lesen judi ini kerana mahu mengelakkan pertaruhan haram daripada merebak adalah tidak relevan dan bercanggah dengan hukum Islam.Sebagai seorang yang beragama Islam, kita perlu akur bahawa Allah jelas mengharamkan judi ini melalui ayatnya secara qat'ie atau nyata.Tuntasnya, sebagai sebuah negara yang meletakkan Perlembagaan Perseketuan sebagai undang-undang tertinggi negara, Artikel 3 haruslah dihormati dengan menjadikan Islam sebagai agama rasmi.Islam seharusnya dipraktikkan oleh pihak kerajaan dan organisasi-organisasi berkanun yang berkaitan.
Perkara yang perlu kita ketahui bahawa semua agama dan kepercayaan yang ada menolak dan mengutuk amalan judi ini kerana ia boleh menyemarakkan api permusuhan dan meletakkan manusia dalam kerugian.Tindakan sebahagiaan masyarakat bukan Islam yang bersama-sama menolak amalan perjudian ini perlu dipandang serius oleh semua pihak.Sewajarnya, pihak kerajaan meneliti kembali tindakan dan risiko yang akan diambil jika lesen perjudian ini diberikan kepada Kumpulan Berjaya Corporation sepanjang musim piala dunia ini.Sesungguhnya, keburukan yang ada pada amalan pemberian lesen judi ini lebih banyak daripada kebaikan yang diperkatakan.Jika kerajaan benar-benar mahu menyekat amalan perjudian secara haram atau tanpa lesen ini,badan-badan berkaitan perlulah menganalisa dan mengkaji semula sistem penguatkuasaan yang ada.Penambahbaikan perlulah diadakan dari semasa ke semasa agar tidak memberikan bebanan kepada pihak kerajaan pada masa hadapan.
Saya mengharapkan YAB Perdana Menteri dan seluruh anggota kabinet yang ada dapat meneliti kembali cadangan kelulusan lesen perjudian sempena Piala Dunia yang akan diadakan pada bulan hadapan ini.Tindakan untuk mengkaji dan meneliti pemberian lesen judi ini bukan hanya untuk Piala Dunia ini sahaja tetapi kepada seluruh sistem pemberian lesen judi yang ada.Tindakan ini juga bukan hanya dilakukan oleh Kerajaan Persekutuan sahaja tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang ada.Sesungguhnya, amalan perjudian juga termasuk daripada perbuatan yang tidak bermoral sebagaimana minum arak dan amalan keji yang lain.Jika tindakan anggota kerajaan boleh mengakui arak itu adalah haram, maka sewajarnya judi dan keturunannya juga diakui haram.Jasa dan budi baik pihak kerajaan dan semua pihak amatlah dipohon demi melihat kesuburan Islam terus mekar di bumi Malaysia ini.

ABDULLAH BIN LONG
19 Mei 2010.

Friday, May 7, 2010

ASTRO AWANI DI USIM


Bergambar bersama Hos Mohd Dzulfitri Md Yusop dan sabahat-sahabat rakaman Sudut Pidato di USIM baru-baru ini.

*Insyaallah,rakaman akan disiarkan pada 9 Mei 2010 (Ahad) jam 9.30 malam di Astro Awani.Saksikan bersama.

DARI SUARA SISWA KALI KE-2


Alhamdulillah,pada 4 Mei 2010 baru-baru ini,USIM buat kali ke dua telah dijemput sebagai ahli panel Suara Siswa RTM .Buat kali ke-2 nya juga,saya telah tampil sebagai ahli panel bersama sahabat-sahabat iaitu Saudara Zaki,YDP UTM dan Salwa,Su Kerja MPP Kolej Segi.Dengan pengalaman kali pertama yang ada,Alhamdulillah sedikit penambahbaikan terhadap ucapan saya pada malam itu.Dalam keadaan musim peperiksaan yang dihadapi,saya terpaksa mengakui jadual belajar terpaksa diubah kerana memberikan sedikit masa untuk persiapan bagi Suara Siswa kali ini.

Suara Siswa pada kali ini amat bermakna bagi saya kerana Ibrahim Husin sebagai S/u Gerak Kerja saya juga hadir memberikan sokongan.Saudari Maisarah,S/u Media tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan namun tetap memberikan sokongan dengan membekalkan bahan dan fakta untuk dibincangkan pada malam itu.Saya berasa amat bangga dengan kehebatan kedua-dua mereka ini atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.Saya melihat,mereka berdua ada bakat untuk membarisi barisan kepimpinan mahasiswa tahun hadapan.Semoga anda berdua melakukan yang terbaik!!

Saya melihat tajuk perbincangan Suara Siswa kali ini amat baik untuk dibincangkan oleh semua.”Mahasiswa Teori vs Mahasiswa Praktikal”.Ke dua-dua elemen ini amat penting dan tidak dapat dipisahkan oleh rakan-rakan siswa semua.Sebagai seorang mahasiswa kita mempunyai peranan yang amat besar terhadap masyarakat di luar.Tugas kita sebagai warga universiti tidak hanya terbatas dalam ruang lingkup kita di kampus sahaja.

Saya mengharapkan,dengan perbincangan baru-baru ini,dapat memberikan sedikit input-input yang berguna dalam kita membincangkan tajuk dan isu ini.Sesungguhnya,segala kebaikan itu datangnya daripada Allah dan kekurangan itu datang daripada diri saya sendiri.Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Penerbit Suara Siswa dan warga kerjanya atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

Salam Hormat.

*Rakaman video Suara Siswa boleh di lihat laman USIM ONLINE http://www.usimonline.my/


Friday, April 30, 2010

ISU KOLEJ KEDIAMAN


Saya merakamkan ucapan takziah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang tidak diterima permohonan mereka untuk tinggal di kolej kediaman pada sesi hadapan.Adalah dimaklumkan,sebanyak 906 permohonan telah diterima daripada jumlah permohonan untuk tinggal di kolej kediaman sebanyak 2624 permohonan.Angka ini jauh tersasar daripada ramalan yang dilakukan oleh segelintir rakan-rakan melalui FB dan Blog sejak isu ini sedang hangat dibicarakan.Besar kemungkinan,ramalan saudara/I sebelum ini adalah dengan mengambil kira jumlah mahasiswa/I yang tidak memohon untuk tinggal di kolej kediaman bagi sesi hadapan.Walaubagaimanapun,saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memperjuangkan isu ini melalui laman sosial seperti ini.Tindakan yang dilakukan oleh rakan-rakan menunjukkan keperihatinan dan kecaknaan yang tinggi terhadap isu kampus khususnya kebajikan mahasiswa dan mahasiswi.Saya mengharapkan,momentum ini berkekalan sepanjang pengajian kita di USIM ini.Kami di peringkat Majlis Perwakilan Pelajar telah sedaya -upaya berusaha untuk memastikan agar kebajikan kita semua terjaga dan terbela.Saya mewakili ahli MPP memohon maaf sekiranya tidak dapat memenuhi sepenuhnya hati dan tuntutan daripada rakan-rakan semua.Dengan mengambil kira waktu peperiksaan akhir ini,saya bersama MPP yang lain telah sedaya- upaya untuk memastikan isu penempatan kolej kediaman ini ditangani dengan sebaiknya.Saya amat mengharapkan rakan-rakan mahasiswa/I cuba untuk memahami kondesi kami sebagaimana kami cuba untuk memahami anda semua.Kesanggupan dan kesudian rakan-rakan amatlah saya hargai dan sanjungi.Sebagai perwakilan pelajar,kami cuba ingin memahami keadaan pihak pengurusan universiti dan pada masa yang sama perlu juga menghormati pandangan dan pendirian saudara/i.Sebagai mahasiswa/i.,kita seharusnya matang dalam bertindak agar tindakan yang dilakukan tepat dan tidak merugikan mana-mana pihak.Saya meyakini bahawa tindakan sebegini juga yang telah dihayati oleh pihak pengurusan universiti.Saya amat terharu dengan kesudian YBhg. Dato’ TNC HEPA bersama para pegawai untuk mengadakan perbincangan bersama MPP baru-baru ini.Adalah diharapkan,hasil keputusan daripada perbincangan baru-baru ini dapat dilaksanakan demi kebaikan kita bersama.Keputusan perbincagan baru-baru ini boleh dirujuk di blog rasmi Majlis Perwakilan Pelajar USIM.Tindakan susulan daripada perbincangan itu juga,satu Majlis Taklimat Lanjut Penjelasan Mengenai Penempatan Kolej Kediaman akan diadakan pada hari Ahad ini bertempat di Kolej Kediaman Nilam Court.Saya menyeru kepada saudara/I untuk hadir bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai isu ini.Peluang sebegini haruslah dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.Sebagai mahasiswa/I Melayu dan beragama Islam,saya mengharapkan agar kita semua masih boleh menjaga tertib dan tatasusila ketimuran yang diwarisi.Kita akan menggunakan kaedah diplomasi sebaik mungkin selagi ia merupakan kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit seperti ini.Tindakan segelintir pihak-pihak tertentu yang cuba untuk memarakkan api semangat yang bersifat kebudak-budakkan amat dikesali dan dipandang serius.Sesungguhnya,saya bersama-sama rakan-rakan MPP memahami keadaan ini kerana kami juga mahasiswa dan remaja sebagaimana saudara/i.Harus diingat,selagi ruang perbincangan dan diplomasi merupakan jalan yang terbaik,kami akan terus untuk mengekalkan kaedah ini.Namun,ini bukan bermakna kami menolak sepenunhnya cadangan dan pendirian saudara/I dalam menangani isu ini.Saya mengharapkan,kita semua bersedia untuk berubah bersama-sama gelombang isu ini dan bukan ianya hanyalah semangat bermusim sahaja.Namun,biarlah perubahan yang dilakukan ke arah yang lebih baik demi kebaikan dan kesejahteraan kita semua.

Adalah diingatkan bahawa segala pandangan di dalam tulisan ini merupakan idea dan pandangan peribadi daripada penulis sendiri.

ABDULLAH BIN LONG
Naib Yang Dipertua 1,
Majlis Perwakilan Pelajar,USIM.
1 Mei 2010 JAM 3.30 A.M.

*Penulis sedang mengadakan persiapan untuk Rancangan Suara Siswa yang akan diadakan pada 4 Mei ini.InsyaAllah,nantikan kemunculan kali ke dua penulis di dalam rancangan ini.Tajuk perbincangan kali ini ialah Mahasiswa Teori VS Mahasiswa Praktikal.Penulis mengharapkan agar rakan-rakan dapat mendoakan agar seusuatu yang terbaik dapat dipersembahkan nanti.

Justify Full

Friday, April 23, 2010

Apco bersih imej negara angkara tohmahan Anwar

Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my
2010/04/24

KUALA LUMPUR: Isu Apco Worldwide, syarikat perunding komunikasi antarabangsa yang memberi khidmat kepada kerajaan sehingga dituduh pembangkang kononnya menggugat keselamatan negara, mewarnai perbahasan sepanjang Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 yang berakhir kelmarin.

Namun, keputusan Dewan meluluskan usul menghadapkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat tuduhan itu ‘membuktikan ada kes’ untuk disiasat.

Selepas pelbagai penjelasan diberikan di dalam dan luar Dewan, pembangkang masih bertegas mengatakan kehadiran Apco boleh mengancam keselamatan negara, selain dikatakan bertanggungjawab mencipta 1Malaysia selepas membentuk One Israel. Isu Apco diputarbelitkan pembangkang untuk menimbulkan kebencian rakyat khususnya orang Melayu terhadap kerajaan kononnya mempunyai hubungan dengan regim Israel. Ia digunakan sepenuhnya pada kempen di Hulu Selangor.

Bagaimanapun, ia dinafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz ketika berbahas dengan menjelaskan khidmat Apco adalah meningkatkan kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi, menjayakan pelbagai program mempromosi 1Malaysia dan meningkatkan kepakaran pegawai media serta komunikasi korporat melalui latihan dan pemindahan kemahiran serta mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di arena antarabangsa.

Katanya, tidak ada data rahsia yang dikongsi atau diguna pakai Apco sehingga menggugat keselamatan negara dan dakwaan itu sengaja diada-adakan untuk kepentingan politik Anwar.

Fakta sama turut disokong Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau yang kesal dengan tindakan Anwar melemparkan tuduhan jahat kononnya Apco terbabit dalam One Israel dan 1Malaysia.
“Anwar terdesak memburukkan gagasan 1Malaysia terutama selepas melihat sokongan terhadap Najib terus meningkat sehingga 68 peratus berbanding 44 peratus ketika menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009.

“Dia berhempas pulas memikirkan tuduhan untuk mengabui mata rakyat dengan mencipta isu Apco kerana malu dengan masalah PKR apabila beberapa Ahli Parlimennya beralih arah hingga dia hilang kelayakan sebagai Ketua Pembangkang tetapi terus kekal atas ihsan DAP.

“Dia juga takut kerana Perdana Menteri diterima pada peringkat antarabangsa sehingga menjadi wakil tunggal negara Asia Tenggara dapat bertemu Barrack Obama,” katanya.

Khairy berkata, kontrak perkhidmatan Apco ditandatangani pada Ogos 2009, sedangkan IMalaysia diilhamkan Perdana Menteri ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ini dibuktikan menerusi alamat blog Najib iaitu www.1msia.com yang diwujudkan pada 16 September 2008.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan pula berkata, One Israel yang heboh dikatakan pembangkang itu hanya pakatan parti politik di negara berkenaan. One Israel adalah gabungan tiga parti dan tiada persamaan langsung dengan 1Malaysia,” katanya.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad menjelaskan khidmat Apco diperlukan untuk mencuci tohmahan dilemparkan Anwar sehingga menjejaskan imej negara pada peringkat antarabangsa.

Katanya, kerajaan perlu menguruskan imej negara melalui amalan perhubungan awam yang baik untuk memberi gambaran positif kepada masyarakat antarabangsa, sekali gus meyakinkan pelabur menjadikan Malaysia sebagai rakan kongsi.

“Kerajaan perlu yakinkan segala perkara termasuk berita yang boleh menjejaskan imej negara dikurang atau dihentikan sebelum ia digunakan pihak tertentu untuk merosakkan nama Malaysia,” katanya ketika perbahasan.

Ulasan :

Sebelum ini,berhempas pulas Ahli Parlimen Parti.... dan kerajaan menafikan bahawa tiada penglibatan syarikat Israel di Malaysia.Semalam,lain pula ceritanya apabila mengakui kewujudannya tetapi untuk membersihkan imej negara apabila diburukkan oleh pembangkang.Apa sudah jadi dengan pemimpin negara hari ini?Sekejap cakap A,selepas itu cakap B pula.Yang pastinya akan merana dan bertambah keliru adalah kita rakyat jelata.Saya mengharapkan selepas ini,sebarang kenyataan menafikan atau menyokong haruslah bersandarkan kepada fakta dan hujah bukan hanya memenuhi persoalan wartawan sahaja.Ini akan melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab dan menjadi contoh kepada rakyat khususnya mahasiswa.Allah jelas-jelas melarang kita untuk menjadikan Israel sebagai pembantu apatah lagi kalau dijadikan orang kanan.Saya kira imej negara semakin tercalar jika Israel dijadikan sahabat bukan lagi dapat dipulihkan.Sepatutnya,kita menghargai khidmat kepakaran rakyat Malaysia yang telah berjasa kepada negara dan mempunyai nama seantero dunia untuk membantu mempromosikan negara kepada dunia luar.Semoga dengan itu,matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020 mengikut acuan sendiri terlaksana.

Sekian.

Thursday, April 22, 2010

MAKLUMAN SIARAN


ASTRO AKAN MENAYANGKAN RANCANGAN SUDUT PIDATO YANG DIRAKAM DI USIM TEMPOH HARI.BERIKUT ADALAH MAKLUMAT SIARAN :


TARIKH: 24 APRIL 2010
HARI : SABTU
MASA : 10 MALAM-11 MALAM
SIARAN : ASTRO AWANI 501

BERSAMA :

MOHD IKHWAN ROSELI (PENDEBAT)
ABDULLAH LONG (NYDP 1 MPP)
MOHD NAJIB TAHA (MANTAN NYDP 1 MPP)
MOHD AZRI NAIM (TIMB. PENGERUSI KELAB DEBAT)
AKALILI ZUBAIR (NYDP 2 MPP)
UMMU UMAIRAH AZAHARI (PENDEBAT)

TERIMA KASIH...

JADUAL KULIAH MASJID BANDAR BARU NILAI (BULAN APRIL)

Salam.Saya mengalu-alukan rakan-rakan mahasiswa untuk memeriahkan kuliah ilmu di Masjid Bandar Baru Nilai.InsyaAllah,ini akan memantapkan thaqafah kita lagi dalam menuntut ilmu Allah.

TARIKH

WAKTU

PENCERAMAH

TAJUK-KITAB

23

JUMAAT

UST FAKRURRAZI

UMUM

MAGHRIB

UST ABDULLAH-USIM

MAKNA BIDAA’H

24

SUBUH

UST NAJMUDDIN

TAZKIRAH AL-QURTUBI

MAGHRIB

DR ZULKIFLI

TASAWUF

25

SUBUH

UST FAKRURRAZI

RAWATAN ISLAM

MAGHRIB

UST IKMAL ZAIDI

TAFSIR

26

MAGHRIB

UST FADHIL

FEQAH-ALJAUHARILMAUHUD

27

MAGHRIB

DR AZMI MOHD YUSOF

MANHAJ MUSLIM

28

MAGHRIB

UST FAISAL

TAUHID-MISBAHUL MUNIR

29

MAGHRIB

IMAM

BACAAN YASIN

30

JUMAAT

UST FAKRURRAZI

UMUM

MAGHRIB

UST ABDULLAH-USIM

MAKNA BIDAA’H