Monday, February 22, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL



Assalamualaikum wrh...

Marilah bersama kita mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana telah menjadikan kita sebagai Ummat Nabi Muhammad S.A.W., yakni ummat yang terpilih.Selawat dan Salam ke atas junjungan penghulu nabi yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh Muslimin dan Muslimat. Sesungguhnya, sebagai Ummat yang terpilih, kita perlu menghayati sirah perjuangan mulia Nabi Muhammad S.A.W.Harus diingat, kita tidak dikatakan telah menghayati sunnah nabi dengan hanya berarak dan mengadakan majlis besar-besaran tanpa nilai keperibadiaan mulia baginda kita praktikkan.Ini tidak bermakna saya katakan sambutan Maulidur Rasul tidak perlu tapi hendak ditekankan di sini ialah penghayatan terhadap Sirah Rasul itu lebih penting dan perlu.Ramai dikalangan kita pada hari ini berbangga dengan pakaian seragam perarakan dan slogan yang dibawa, tapi tidak mampu mengenali dengan baik Nabi Muhammad S.A.W., nabi terakhir kita. Bersempena dengan Maulidur Rasul ini, Minggu Integriti Pelajar harus disambut dan diraikan dengan sebaik mungkin. Nabi sebagai tokoh integriti terbaik haruslah dijadikan contoh dan ikutan ummat. Prinsip-prinsip integriti haruslah digandingkan dengan sifat terpuji nabi yakni Benar, Amanah, Menyampaikan dan Bijaksana. Barulah, kita akan menjadi manusia yang berintegriti dan contoh untuk semua.

Saturday, February 20, 2010

IMUDA SAH BERKAHWIN

Imuda bergambar bersama pasangan hatinya Zabarina Hajar


Siapa tak kenal dengan Imuda ini?Orangnya yang mudah mesra dan selalu menghiburkan orang ramai dengan lakonannya telah selamat berkahwin pagi tadi , selepas hampir tujuh tahun menduda. Selain merupakan seorang pelakon dan pelawak, beliau juga mempunyai bakat sebagai seorang pelukis. Beliau selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Zabarina Hajar Mushadi Ali, 28, di Masjid Negeri Pulau Pinang hari ini.
Menurut Utusan Malaysia, Majlis akad nikah yang disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah Daerah Timur Laut, Mansor Taib itu disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak kira-kira pada pukul 11 pagi.

Melebarkan senyuman walau dalam apa jua keadaan dan ujian


Imuda atau nama sebenarnya, Abdul Rahim Muda, 50, sah bergelar seorang suami kepada Zabarina Hajar yang merupakan seorang Penolong Pengurus di sebuah bank di ibu negara, hanya dengan sekali lafaz. Beliau yang cukup popular menerusi siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu, menikahi cinta hatinya itu dengan mas kahwin RM1,001 bersama RM22,222.22 sebagai wang hantaran berserta 9 berbalas 11 dulang hantaran.

Saya berharap dan berdoa, semoga Imuda terus berjaya dalam dunia kerjayanya dan bahagia sehingga ke anak cucu dengan pilihan hatinya. Walaupun pelbagai cabaran dan ujian yang telah menimpa beliau, namun beliau terus tenang dan sukses menghadapinya. Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan beliau sebagai penghibur untuk semua.
* Agak-agak, bilalah masanya pula untuk aku..Matnot macam dah tak sabar-sabar.He3

Monday, February 15, 2010

ULASAN AKHBAR HARI INI


Mafia dadah Iran


KUALA LUMPUR 15 Feb. – Kumpulan mafia yang terkenal kerana mempunyai organisasi jenayah tersendiri khususnya dalam pengedaran dadah antarabangsa dikesan kini melebarkan sayapnya ke negara ini.
Perkara itu terbongkar apabila polis menahan tiga warganegara Iran di ibu negara baru-baru ini yang bertanggungjawab menyebabkan ramai rakyat negara tersebut ditahan kerana menyeludup sejumlah besar dadah ke negara ini.
Apa yang mengejutkan, siasatan mendapati mereka disyaki turut mempunyai kaitan dengan kumpulan mafia antarabangsa dari negara itu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Othman Harun berkata, ketiga-tiganya diberkas hasil penahanan 41 warga Iran kerana menyeludup dadah ke negara ini sejak awal tahun ini.
Katanya, ketiga-tiga suspek itu akan melatih dan merekrut rakyat Iran sama ada di negara itu atau yang berada di Malaysia untuk menyeludup dadah.

Ulasan :

Apa dah jadi dengan Malaysia,tanah tumpah darahku.Najis dadah terus-menerus mengambil tempat dalam negara.Mampukah hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia bebas dadah 2015 ini dicapai jika penagih,pengedar,pembuat,penyokong dadah ini terus bermaharajalela.Kalau rakyat kita berjaga-jaga dan berwaspada dengan dadah ini sekalipun,orang luar tetap mengganggu-gugat keharmonian dan kesucian negara daripada najis dadah.Siapakah yang harus dipersalahkan jika inilah keadaannya?Aku sedih memikirkan nasib ummat dan bangsaku.Melayulah juara dalam penyalahgunaan dadah ini.Benarkah telah termaktub dalam perlembagaan bahawa Melayu itu adalah beragama Islam.Jika benar,adakah mereka tidak berpegang dengan Islam sebagai tunjang?Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-76 pada 21-23 November 2006 telah mengulangi pendirian bahawa semua jenis dadah yang baru adalah haram di sisi Islam kerana ada mudharat padanya.Jelas menunjukkan bahawa Islam mengharamkan dadah ini.Statistik menunjukkan sehingga penghujung Disember 2009, 15736 penagih yang telah mendaftar.12,281 daripadanya yang berumur 13-39 tahun.Majoritinya adalah belia dan Melayu beragama Islam yang akan memimpin negara suatu hari kelak.Ini baru yang mendaftar dan ada dalam rekod.Bagaimana yang belum mendaftar agaknya?Bimbang aku memikirkan keadaan negara di masa hadapan.Siapakah bakal memimpin negara jika inilah kehendakNya.

Fikir-fikirkan duhai sahabat...Mungkin kita tidak terjebak dengan kancah dadah ini.Tapi adakah kita boleh menjamin bahawa seluruh keluarga dan keturunan kita terselamat daripada DADAH.

Sunday, February 14, 2010

ANGIN PERUBAHAN KIAN TERASA


Salam 1 Mahasiswa!!

Alhamdulillah..Baru-baru ini,MPP yang baru dilantik telah mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan daripada Y.Bhg. Dato’ NC.Sekarang,giliran MPP yang dipilih ini untuk membuktikan setiap manifesto yang ditabur kepada mahasiswa/I baru-baru ini berjaya dicapai.Kejayaan KRA MPP sesi ini bergantung kepada kemaksimaan kepuasan warga universiti dan mahasiswa khususnya.Ramai calon yang bertanding baru-baru ini melaungkan angin perubahan.Dan kini, mereka telah berada dalam barisan kepimpinan MPP.Sudah pasti,seluruh mahasiswa akan menuntut perubahan yang dilaungkan.Dan aku,antara puluhan orang yang akan diuji kebenaran kata dan kemampuan tindakan.
Aku tidak nafikan,setiap orang inginkan perubahan.Hatta,DS Najib juga melaungkan Program Transformasi Kerajaan yang hala tujunya mahukan perubahan.Maknanya,bukan hanya DS Anwar sahaja yang inginkan perubahan.Seluruh rakyat Malaysia samada kerajaan, pembangkang, usahawan, petani, nelayan, buruh, pelajar dan mahasiswa juga mahukan perubahan.Namun,harus diingat.Perubahan tidak akan datang jika diri kita sendiri yang tidak mahu berubah.Angin perubahan tidak akan dirasai jika minda, tabiat, tindakan, kata-kata kita masih di tahap lama.Hijrahkan diri kita terlebih dahulu.Barulah,ada pihak lain yang akan menunjukkan jalan untuk kita berubah.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana slogan perubahan yang dilaungkan oleh MPP sesi ini disambut baik oleh pihak pengurusan Universiti. Di pihak Dato’ NC dan kepimpinan tertinggi nampaknya menunjukkan sokongan yang amat positif terhadap Misi MPP pada sesi ini.Mereka mahu merakyatkan kepimpinan Universiti.Bermula, bagaimana tindakan NC turun menunggu bas bersama mahasiswa di pondok bas, menaiki bas ke KK, tunggu mahasiswa untuk bergerak kembali bersama dan menjamu selera di PK.Inilah tokoh kepimpinan yang kita cari.Inilah tiupan semangat angin perubahan yang kita ingin.NC dan kepimpinannya yang berjiwa mahasiswa.
Terbaru,NC mengumumkan untuk memperuntukan sehari dalam sebulan “Hari Betemu Mahasiswa/I”.Tindakan terus dilaksanakan apabila 24 Feb ini dipilih untuk mendengar masalah dan cadangan kita mahasiswa/I di Dataran Selera.Bukan itu sahaja,beliau juga meluluskan Sudut Pidato yang akan dilancarkan pada 4 Mac ini di PK bersempena Minggu Integriti Pelajar.Kita ada hak untuk bersuara dan mengemukakan cadangan dan masalah tanpa sebarang sekatan.Jika malu untuk berpidato, boleh berjumpa NC terus di Dataran selera atau bila-bila masa sahaja yang sesuai tapi tunjukkan maruah dan etika kita sebagai mahasiswa USIM.
Kami di MPP cuba untuk mengusahakan Forum Dato’ NC bersama mahasiswa.Dato’ NC telah bersetuju untuk berada satu pentas dengan mahasiswa/i untuk berforum tentang kecemerlangan dan kebajikan mahasiswa.InsyaAllah,akan diadakan pada penghujung bulan Mac jika tiada aral melintang.Inilah tiupan permulaan angin perubahan bersama.Kesediaan dan kesungguhan NC dan kepimpinan yang ada untuk menyokong program mahasiswa/I amat dihargai oleh seluruh barisan MPP sesi ini.
Tapi,kita harus ingat,sebelum angin perubahan ini bertiup kencang,kita terlebih dahulu perlu berubah.Jangan hanya orang lain yang hanya bersemangat untuk memastikan perubahan wujud,tapi kita hanya berdiam diri kaku begitu sahaja.
Salam Perubahan Mahasiswa!!

Saturday, February 13, 2010

SENYUM KAMBING HARI INI

Di manakah letaknya moral pemimpin dan masyarakat kita pada hari ini jika dialog sebegini terus menjadi bualan?Di manakah letaknya prinsip dan sikap tegas dalam tindakan jika ia tidak menjadi budaya seharian?Di manakah letaknya nilai suci sebuah perjuangan,jika Islam tidak dijadikan kiblat tujuan?Moga kita terus mendapat naungan daripada tuhan pencipta alam.

Friday, February 12, 2010

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh? Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan! Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.” Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung. Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani. Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya. Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh. Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu. Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik. Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya. Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan. Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid. Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana. Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka. Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.

NAIB CANSELOR BERTEMU MAHASISWA/I


BARISAN KABINET MPP USIM SESI 2009/2010

Yang Dipertua : Muhammad Hilmi Juhari (FEM)
Naib Yang Dipertua 1 : Abdullah Long (FSU)
Naib Yang Dipertua 2 : Nur Akalili Zubair (FEM)
Setiausaha Agung : Mohd Hazimin Harun (FSU)
Timbalan Setiausaha Agung : Sumaiyah Al Muniroh bt Mohd Fuad (FST)
Bendahari : Muhamad Tobrani bin Muhamad Yusof (FEM)

Exco Kebajikan dan Khidmat Komuniti :
Mohd Fakhruddin bin Adnan (FPBU)
Nur Zeta binti Mohd Zahari (FPBU)
Muhammad Rahimie bin Mustapa (FPSK)

Exco Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian :
Mohamad Sahril bin A. Rahim (FPQS)
Nurul Mu’azzah Roalli (FEM)

Exco Akademik dan Intelektual :
Najib ‘Afif bin Arip (FPBU)
Siti Fatihah binti Khotil (FST)

Exco Ekonomi dan Keusahawanan :
Mohd Rafizi b. Roslan (FEM)
Mohamad Yusof bin Mahmod (FPQS)
Zaki Yamani Rosdi (FSU)

Exco Perhubungan Korporat dan Pengantarabangsaan :
Khairul Arafat bin Wahit (FPQS)
Abdul Baari Abd Rani (FSU)

Exco Sukan dan Kesenian :
Mohd Nor Azly bin Mohd Jafry (FST)
Mohd Shah bin Che Ahmad (FKP)

Exco Penerangan dan Multimedia :
Mohd Hanif Hazahari (FKP)
Syifak Mawaddah binti Abdul Jamil (FPg)

Exco Perwakilan Khas Pandan Indah :
Sulaiman Taib (FPg)
Nuurain Amirah bt Mohd Razi (FPSK)

SEKITAR MAJLIS WATIKAH MPP USIM








Majlis Watikah MPP USIM sesi 2009/2010 telah diadakan pada 9 Februari 2010 bertempat di Dewan Senat.Seramai 24 orang MPP yang baru memenangi PRK telah menerima watikah pelantikan daripada Y.Bhg. Dato' NC USIM.Sekarang,bermulalah waktu untuk bekerja bagi semua anggota MPP.Kami mengharapkan kerjasama dan sokongan daripada semua mahasiswa/i untuk memastikan gerak kerja MPP pada tahun berjalan lancar serta MISI kepimpinan dapat dicapai. Akhirnya,doakan kami untuk terus sukses dalam perjuangan.









Salam Mahasiswa!!