Friday, April 30, 2010

ISU KOLEJ KEDIAMAN


Saya merakamkan ucapan takziah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang tidak diterima permohonan mereka untuk tinggal di kolej kediaman pada sesi hadapan.Adalah dimaklumkan,sebanyak 906 permohonan telah diterima daripada jumlah permohonan untuk tinggal di kolej kediaman sebanyak 2624 permohonan.Angka ini jauh tersasar daripada ramalan yang dilakukan oleh segelintir rakan-rakan melalui FB dan Blog sejak isu ini sedang hangat dibicarakan.Besar kemungkinan,ramalan saudara/I sebelum ini adalah dengan mengambil kira jumlah mahasiswa/I yang tidak memohon untuk tinggal di kolej kediaman bagi sesi hadapan.Walaubagaimanapun,saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memperjuangkan isu ini melalui laman sosial seperti ini.Tindakan yang dilakukan oleh rakan-rakan menunjukkan keperihatinan dan kecaknaan yang tinggi terhadap isu kampus khususnya kebajikan mahasiswa dan mahasiswi.Saya mengharapkan,momentum ini berkekalan sepanjang pengajian kita di USIM ini.Kami di peringkat Majlis Perwakilan Pelajar telah sedaya -upaya berusaha untuk memastikan agar kebajikan kita semua terjaga dan terbela.Saya mewakili ahli MPP memohon maaf sekiranya tidak dapat memenuhi sepenuhnya hati dan tuntutan daripada rakan-rakan semua.Dengan mengambil kira waktu peperiksaan akhir ini,saya bersama MPP yang lain telah sedaya- upaya untuk memastikan isu penempatan kolej kediaman ini ditangani dengan sebaiknya.Saya amat mengharapkan rakan-rakan mahasiswa/I cuba untuk memahami kondesi kami sebagaimana kami cuba untuk memahami anda semua.Kesanggupan dan kesudian rakan-rakan amatlah saya hargai dan sanjungi.Sebagai perwakilan pelajar,kami cuba ingin memahami keadaan pihak pengurusan universiti dan pada masa yang sama perlu juga menghormati pandangan dan pendirian saudara/i.Sebagai mahasiswa/i.,kita seharusnya matang dalam bertindak agar tindakan yang dilakukan tepat dan tidak merugikan mana-mana pihak.Saya meyakini bahawa tindakan sebegini juga yang telah dihayati oleh pihak pengurusan universiti.Saya amat terharu dengan kesudian YBhg. Dato’ TNC HEPA bersama para pegawai untuk mengadakan perbincangan bersama MPP baru-baru ini.Adalah diharapkan,hasil keputusan daripada perbincangan baru-baru ini dapat dilaksanakan demi kebaikan kita bersama.Keputusan perbincagan baru-baru ini boleh dirujuk di blog rasmi Majlis Perwakilan Pelajar USIM.Tindakan susulan daripada perbincangan itu juga,satu Majlis Taklimat Lanjut Penjelasan Mengenai Penempatan Kolej Kediaman akan diadakan pada hari Ahad ini bertempat di Kolej Kediaman Nilam Court.Saya menyeru kepada saudara/I untuk hadir bagi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai isu ini.Peluang sebegini haruslah dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua.Sebagai mahasiswa/I Melayu dan beragama Islam,saya mengharapkan agar kita semua masih boleh menjaga tertib dan tatasusila ketimuran yang diwarisi.Kita akan menggunakan kaedah diplomasi sebaik mungkin selagi ia merupakan kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu-isu yang berbangkit seperti ini.Tindakan segelintir pihak-pihak tertentu yang cuba untuk memarakkan api semangat yang bersifat kebudak-budakkan amat dikesali dan dipandang serius.Sesungguhnya,saya bersama-sama rakan-rakan MPP memahami keadaan ini kerana kami juga mahasiswa dan remaja sebagaimana saudara/i.Harus diingat,selagi ruang perbincangan dan diplomasi merupakan jalan yang terbaik,kami akan terus untuk mengekalkan kaedah ini.Namun,ini bukan bermakna kami menolak sepenunhnya cadangan dan pendirian saudara/I dalam menangani isu ini.Saya mengharapkan,kita semua bersedia untuk berubah bersama-sama gelombang isu ini dan bukan ianya hanyalah semangat bermusim sahaja.Namun,biarlah perubahan yang dilakukan ke arah yang lebih baik demi kebaikan dan kesejahteraan kita semua.

Adalah diingatkan bahawa segala pandangan di dalam tulisan ini merupakan idea dan pandangan peribadi daripada penulis sendiri.

ABDULLAH BIN LONG
Naib Yang Dipertua 1,
Majlis Perwakilan Pelajar,USIM.
1 Mei 2010 JAM 3.30 A.M.

*Penulis sedang mengadakan persiapan untuk Rancangan Suara Siswa yang akan diadakan pada 4 Mei ini.InsyaAllah,nantikan kemunculan kali ke dua penulis di dalam rancangan ini.Tajuk perbincangan kali ini ialah Mahasiswa Teori VS Mahasiswa Praktikal.Penulis mengharapkan agar rakan-rakan dapat mendoakan agar seusuatu yang terbaik dapat dipersembahkan nanti.

Justify Full

Friday, April 23, 2010

Apco bersih imej negara angkara tohmahan Anwar

Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my
2010/04/24

KUALA LUMPUR: Isu Apco Worldwide, syarikat perunding komunikasi antarabangsa yang memberi khidmat kepada kerajaan sehingga dituduh pembangkang kononnya menggugat keselamatan negara, mewarnai perbahasan sepanjang Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 yang berakhir kelmarin.

Namun, keputusan Dewan meluluskan usul menghadapkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat tuduhan itu ‘membuktikan ada kes’ untuk disiasat.

Selepas pelbagai penjelasan diberikan di dalam dan luar Dewan, pembangkang masih bertegas mengatakan kehadiran Apco boleh mengancam keselamatan negara, selain dikatakan bertanggungjawab mencipta 1Malaysia selepas membentuk One Israel. Isu Apco diputarbelitkan pembangkang untuk menimbulkan kebencian rakyat khususnya orang Melayu terhadap kerajaan kononnya mempunyai hubungan dengan regim Israel. Ia digunakan sepenuhnya pada kempen di Hulu Selangor.

Bagaimanapun, ia dinafikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz ketika berbahas dengan menjelaskan khidmat Apco adalah meningkatkan kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi, menjayakan pelbagai program mempromosi 1Malaysia dan meningkatkan kepakaran pegawai media serta komunikasi korporat melalui latihan dan pemindahan kemahiran serta mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di arena antarabangsa.

Katanya, tidak ada data rahsia yang dikongsi atau diguna pakai Apco sehingga menggugat keselamatan negara dan dakwaan itu sengaja diada-adakan untuk kepentingan politik Anwar.

Fakta sama turut disokong Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau yang kesal dengan tindakan Anwar melemparkan tuduhan jahat kononnya Apco terbabit dalam One Israel dan 1Malaysia.
“Anwar terdesak memburukkan gagasan 1Malaysia terutama selepas melihat sokongan terhadap Najib terus meningkat sehingga 68 peratus berbanding 44 peratus ketika menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009.

“Dia berhempas pulas memikirkan tuduhan untuk mengabui mata rakyat dengan mencipta isu Apco kerana malu dengan masalah PKR apabila beberapa Ahli Parlimennya beralih arah hingga dia hilang kelayakan sebagai Ketua Pembangkang tetapi terus kekal atas ihsan DAP.

“Dia juga takut kerana Perdana Menteri diterima pada peringkat antarabangsa sehingga menjadi wakil tunggal negara Asia Tenggara dapat bertemu Barrack Obama,” katanya.

Khairy berkata, kontrak perkhidmatan Apco ditandatangani pada Ogos 2009, sedangkan IMalaysia diilhamkan Perdana Menteri ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dan ini dibuktikan menerusi alamat blog Najib iaitu www.1msia.com yang diwujudkan pada 16 September 2008.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan pula berkata, One Israel yang heboh dikatakan pembangkang itu hanya pakatan parti politik di negara berkenaan. One Israel adalah gabungan tiga parti dan tiada persamaan langsung dengan 1Malaysia,” katanya.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad menjelaskan khidmat Apco diperlukan untuk mencuci tohmahan dilemparkan Anwar sehingga menjejaskan imej negara pada peringkat antarabangsa.

Katanya, kerajaan perlu menguruskan imej negara melalui amalan perhubungan awam yang baik untuk memberi gambaran positif kepada masyarakat antarabangsa, sekali gus meyakinkan pelabur menjadikan Malaysia sebagai rakan kongsi.

“Kerajaan perlu yakinkan segala perkara termasuk berita yang boleh menjejaskan imej negara dikurang atau dihentikan sebelum ia digunakan pihak tertentu untuk merosakkan nama Malaysia,” katanya ketika perbahasan.

Ulasan :

Sebelum ini,berhempas pulas Ahli Parlimen Parti.... dan kerajaan menafikan bahawa tiada penglibatan syarikat Israel di Malaysia.Semalam,lain pula ceritanya apabila mengakui kewujudannya tetapi untuk membersihkan imej negara apabila diburukkan oleh pembangkang.Apa sudah jadi dengan pemimpin negara hari ini?Sekejap cakap A,selepas itu cakap B pula.Yang pastinya akan merana dan bertambah keliru adalah kita rakyat jelata.Saya mengharapkan selepas ini,sebarang kenyataan menafikan atau menyokong haruslah bersandarkan kepada fakta dan hujah bukan hanya memenuhi persoalan wartawan sahaja.Ini akan melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab dan menjadi contoh kepada rakyat khususnya mahasiswa.Allah jelas-jelas melarang kita untuk menjadikan Israel sebagai pembantu apatah lagi kalau dijadikan orang kanan.Saya kira imej negara semakin tercalar jika Israel dijadikan sahabat bukan lagi dapat dipulihkan.Sepatutnya,kita menghargai khidmat kepakaran rakyat Malaysia yang telah berjasa kepada negara dan mempunyai nama seantero dunia untuk membantu mempromosikan negara kepada dunia luar.Semoga dengan itu,matlamat Malaysia untuk menjadi negara maju menjelang 2020 mengikut acuan sendiri terlaksana.

Sekian.

Thursday, April 22, 2010

MAKLUMAN SIARAN


ASTRO AKAN MENAYANGKAN RANCANGAN SUDUT PIDATO YANG DIRAKAM DI USIM TEMPOH HARI.BERIKUT ADALAH MAKLUMAT SIARAN :


TARIKH: 24 APRIL 2010
HARI : SABTU
MASA : 10 MALAM-11 MALAM
SIARAN : ASTRO AWANI 501

BERSAMA :

MOHD IKHWAN ROSELI (PENDEBAT)
ABDULLAH LONG (NYDP 1 MPP)
MOHD NAJIB TAHA (MANTAN NYDP 1 MPP)
MOHD AZRI NAIM (TIMB. PENGERUSI KELAB DEBAT)
AKALILI ZUBAIR (NYDP 2 MPP)
UMMU UMAIRAH AZAHARI (PENDEBAT)

TERIMA KASIH...

JADUAL KULIAH MASJID BANDAR BARU NILAI (BULAN APRIL)

Salam.Saya mengalu-alukan rakan-rakan mahasiswa untuk memeriahkan kuliah ilmu di Masjid Bandar Baru Nilai.InsyaAllah,ini akan memantapkan thaqafah kita lagi dalam menuntut ilmu Allah.

TARIKH

WAKTU

PENCERAMAH

TAJUK-KITAB

23

JUMAAT

UST FAKRURRAZI

UMUM

MAGHRIB

UST ABDULLAH-USIM

MAKNA BIDAA’H

24

SUBUH

UST NAJMUDDIN

TAZKIRAH AL-QURTUBI

MAGHRIB

DR ZULKIFLI

TASAWUF

25

SUBUH

UST FAKRURRAZI

RAWATAN ISLAM

MAGHRIB

UST IKMAL ZAIDI

TAFSIR

26

MAGHRIB

UST FADHIL

FEQAH-ALJAUHARILMAUHUD

27

MAGHRIB

DR AZMI MOHD YUSOF

MANHAJ MUSLIM

28

MAGHRIB

UST FAISAL

TAUHID-MISBAHUL MUNIR

29

MAGHRIB

IMAM

BACAAN YASIN

30

JUMAAT

UST FAKRURRAZI

UMUM

MAGHRIB

UST ABDULLAH-USIM

MAKNA BIDAA’H


Thursday, April 15, 2010

MAAHAD DALAM KENANGAN


Salam Maahadian buat rakan-rakan semua.Disini,sengaja diletakkan gambar-gambar pemandangan di Maahad Muhammadi Lelaki yang mengingatkan kembali memori ketika di Maahad suatu ketika dahulu.Maahad telah mengajar dan membentuk diri ini sehingga boleh berdiri dan mengenal siapa diri sebenarnya.Semoga dengan gambar-gambar dari Maahad ini akan mengingatkan kembali asal usul diri ini dan sahabat dalam medan perjuangan pelajar dan mahasiswa.


Ini Asrama Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Bangunan inilah aku ditempatkan tatkala melangkah ke alam Peralihan di Maahad.Banyak kisah suka dan duka berlaku sepanjang aku menginap di sini.



Inilah Dorm pelajar di Maahad.Semua pelajar baru ditempatkan di tingkat paling atas.Di sinilah,aku berlari-lari mengejar kehidupan sebagai pelajar yang berdikari.


Masjid Islah di mana banyak mengukir sejarah ketika bergelar pelajar Maahad.Alhamdulillah,aku antara yang mengasaskan Maktabah di Masjid ini bersama sahabat yang lain.Apakah cerita sekarang Maktabah ini dengan Ustaz Wan Noh sekarang?


Tempat di mana pelajar Maahad mendengar amanat daripada guru-guru.Guru yang baik adalah yang menjadi contoh dan ikutan kepada para pelajarnya.


Disinilah tempat aku belajar erti kehidupan beragama dan berjamaah.Islam itu indah dan cantik.Hanya kita yang tidak tahu menjaganya.

Aku memulakan kehidupan sebagai pelajar Peralihan di Maahad pada tahun 2001.Aku mengharungi suka dan duka Minggu Ta'aruf pelajar baru apabila hampir seminggu bergelar warga MML.Aku diajar mengenal Allah dengan sebenarnya oleh guru-guru dan senior dan akhirnya aku bergelar mahasiswa hari ini.Dunia kepimpinanku bermula di sini apabila diberi kepercayaan untuk menjadi Naqib atau Fasilitator bagi pelajar baru selepasku.Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana telah meletakkan aku di taman ilmu ini bersama-sama mereka yang beriman dan bertaqwa kepadaNya.Terima kasih kutujukan khas buat guru-guru yang tidak pernah mengenal erti penat dan lelah dalam membentuk insan yang seagama ini bagi berjuang untuk agama tercinta.Semoga dengan usaha yang dilakukan akan diberkati Allah dan tercatat sebagai amal soleh di sisinya.


Wednesday, April 14, 2010

PARLIMEN MAHASISWA




Parlimen Mahasiswa Perlu Mampu Tonjol Imej IPT

PULAU PINANG, 7 Jan (Bernama) -- Pembentukan Parlimen Mahasiswa di setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu mampu mengetengahkan imej tersendiri IPT tanpa ada pengaruh luar, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.Beliau berkata asas itu penting memandangkan cadangan pembentukannya datang dari golongan mahasiswa yang mahu satu saluran bagi menyuarakan pandangan dan pendapat mereka."Modelnya juga perlu berbeza bagi menonjolkan kematangan dan identiti mahasiswa di setiap IPT, format serta garis panduannya juga terpulang kepada pihak universiti."Ini sebagai latihan kepada mahasiswa dalam memperkasakan kokurikulum iaitu kemahiran insaniah dan teras kokurikulum khususnya dalam pengucapan awam dan kepimpinan," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kertas cadangan kerangka penubuhan Parlimen Mahasiswa oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) Mohamad Shafiq Abdul Aziz di sini Khamis.MPP USM merupakan yang pertama menyerahkan kertas cadangan penubuhan Parlimen Mahasiswa kepada Kementerian Pengajian Tinggi.Saifuddin turut mengingatkan mahasiswa supaya tidak menyalahgunakan platform yang ada untuk membahaskan isu-isu sensitif yang boleh menggugat perpaduan kaum di negara ini.Terdahulu Saifuddin menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara USM yang diwakili Naib Canselornya Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Jabatan Kimia, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang diwakili Ketua Pengarahnya N. Hithaya Jeevan.Perjanjian itu bertujuan memberi latihan dan penempatan kepada pelajar USM dan peluang melanjutkan pengajian di USM bagi pegawai Jabatan Kimia.

-- BERNAMA

PANDANGAN :

Salam 1 Mahasiswa buat semua.Saya menyambut baik cadangan Mohammad Syafiq Abdul Aziz, mantan Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar (YDP MPP), Universiti Sains Malaysia (USM) agar pihak kementerian menubuhkan Parlimen Mahasiswa.Cadangan ini juga telah disambut baik oleh KPT melalui Timbalan Menterinya Dato’ Saifuddin Abdullah apabila bersetuju untuk melihat secara mendalam cadangan yang telah diutarakan oleh wakil mahasiswa USM.Tahniah buat sahabat-sahabat MPP USM.Saya melihat ini merupakan platform yang terbaik bagi wakil mahasiswa untuk melontarkan idea dan cadangan mereka untuk pembangunan mahasiswa itu sendiri serta Negara amnya.Namun,perlu diingat agar Parlimen Mahasiswa ini tidak disalahgunakan oleh mana-mana pihak atau ia tidak hanya retorik politik semata-mata.Kesudiaan dan kesediaan YB Timbalan Menteri untuk melihat secara mendalam idea penubuhan ini amat dihargai oleh semua pihak.Saya mengharapkan keprihatinan YB tidak disalah anggap dan dipandang rendah oleh mana-mana pihak demi melihat pembangunan mahasiswa sejagat.Jika Malaysia mampu mewujudkan Parlimen Mahasiswa ini,ia akan menjadi contoh kepada Negara Asia dan negara jiran tentang kesuburan demokrasi kampus di IPT Malaysia.Namun demikian,saya melihat beberapa perkara perlu diperhalusi tentang penubuhan Parlimen Mahasiswa ini demi kebaikan bersama :

1)Parlimen Mahasiswa perlu diwujudkan di peringkat KPT dan dianggotai oleh semua wakil mahasiswa.Ini akan menjadi medan bagi mahasiswa untuk berbincang dan berkongsi pandangan dalam memajukan dunia kampus dan Negara.

2)Idea dan gagasan penubuhan ini haruslah dibentangkan kepada semua wakil mahasiswa di setiap kampus dan diperdebatkan untuk keadilan bersama.

3)Kaedah pelaksanaan parlimen ini mestilah dibincangkan secara mendalam oleh semua pihak dan tidak memihak kepada mana-mana pihak.

4)Hak pengendalian mestilah diserahkan sepenuhnya kepada mahasiswa tetapi mestilah tertakluk kepada norma-norma keadilan dan sosial masyarakat.

5)Parlimen ini mestilah melibatkan semua wakil mahasiswa di setiap kampus tanpa mengetepikan hak perwakilan yang telah dipilih oleh mahasiswa kampus masing-masing.Untuk permulaan,semua wakil IPT perlu dilibatkan.

6)Cadangan wajar bincangkan di dalam MPPK kerana inilah platform yang telah meletakkan pimpinan mahasiswa bersama dari setiap kampus.

7)AUKU wajar diperhalusi kembali sejajar dengan idea penubuhan Parlimen Mahasiswa untuk memberikan kebebasan menyeluruh kepada mahasiswa untuk berbincang dan berdiskusi.

Demikiankanlah cadangan untuk melihat Parlimen ini benar-benar memberikan impak yang positif kepada pembangunan mahasiswa.Untuk makluman semua,USIM melalui Majlis Perwakilan Pelajar yang lepas telah menganjurkan Sidang Pleno sempena Karnival Mahasiswa ’09.Pelaksanaan sidang ini seakan-akan Parlimen Mahasiswa yang telah dicadangkan penubuhannya.Bezanya,sidang ini hanyalah melibatkan pimpinan mahasiswa USIM sahaja dan tidak melibatkan semua wakil kampus.Resolusi yang telah dicapai daripada sidang ini juga telah mendapat respon yang baik daripada pihak pengurusan Universiti.Akhirnya,saya mengharapkan idea penubuhan Parlimen Mahasiswa ini benar-benar tercapai dan memberikan kebaikan buat semua.

Salam 1 Mahasiswa!!

Mahasiswa Cerminan Pemimpin Masa Hadapan

Abdullah Bin Long

Monday, April 5, 2010

SUDUT PIDATO ASTRO AWANI



Alhamdulillah,pada 5 April 2010,satu rakaman sudut pidato oleh Astro Awani telah diadakan di Kampus USIM,Nilai.Sudut Pidato ini merupakan rancangan terbaru Astro melalui siaran Astro Awani dan merupakan rakaman ke dua yang telah diadakan selepas di Universiti Malaya.Rakaman ini akan disiarkan pada 24 April ini jam 9.30 malam di Astro Awani.Seramai 6 pemidato telah menunjukkan bakat mereka iatu saya sendiri,Ikhwan,Ustaz Najib Taha,Akalili,Ummu Umairah dan Azri Naim.Seramai 3 orang pemidato terbaik telah dipilih oleh pendengar untuk dijadikan ahli panel diskusi bersama En. Dzul sebagai moderator dan bersama panel jemputan Astro Awani.Dengan tajuk yang dibawa mengenai keganasan Amerika terhadap dunia,Alhamdulillah saya telah terpilih bersama 2 pemidato yang lain iaitu Ikhwan dan Ustaz Najib Taha.Pada saya,saya tidak melihat Sudut Pidato ini hanyalah sekadar rakaman untuk Astro Awani semata-mata,namun lebih daripada itu.Peluang yang diberikan telah digunakan semaksima mungkin untuk menghidupkan kembali suara mahasiswa dan demokrasi alam kampus.Dengan pidato yang dibawa,Alhamdulillah saya berjaya menarik perhatian rakan-rakan mahasiswa dan pensyarah yang ada di sekitar Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah untuk mendengar bersama pidato yang disampaikan.Sebenarnya,mahasiswa gemar untuk menghidupkan sudut pidato jika kena cara dan tindakannya.

*Perkara yang membanggakan mengenai Sudut Pidato Astro Awani ini di kampus USIM ialah kerana menggunakan Bahasa Melayu yakni bahasa kebangsaan.Syabas kepada Astro Awani yang bertindak melawan arus demi mahasiswa USIM.
*Terima kasih kepada Astro Awani yang bersama-sama mahasiswa untuk menghidupkan kembali Sudut Pidato di kampus.Semoga stesen-stesen TV yang lain dapat bersama-sama mencontohi Astro yang telah maju setapak ke hadapan dalam memperjuangkan hak mahasiswa.
*Terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan khas kepada Saudari Maisarah Rafie(PA Media NYPD 1) dan Saudara Ibrahim Husin Ibrahim (PA Gerak Kerja NYDP1) atas sumbangan bahan untuk penyampaian pidato kali ini,dan rakan-rakan mahasiswa yang lain.

Friday, April 2, 2010

AKADEMI FANTASIA 8

Salam Hiburan buat semua warga Malaysia.Hari ini,bagaimana diperlihatkan kepada kita kegemaran rakyat Malaysia terhadap rancangan realiti hiburan khususnya Akademi Fantasia.Rancangan yang diterbitkan oleh Astro ini bertujuan untuk melahirkan artis-artis yang berisfat seperti pisang goreng bagi membanjiri dunia hiburan tanah air.Akhirnya,pelajar-pelajar yang dilahirkan akan bergelar artis dan membawa gelaran selebriti.Inilah fenomena masyarakat kita pada hari ini.Apabila ditanya kepada kanak-kanak dan remaja,apakah cita-cita anda.Dengan selamba mereka akan berkata mahu menjadi artis dan bergelar selebriti.Apatah lagi,ibu bapa,keluarga dan pemimpin yang membudayakan dikalangan anak-anak muda untuk menjadi artis apabila tidak berminat lagi untuk belajar.Yang paling penting,boleh mengharumkan nama keluarga dan negara.Apa sudah jadi Malaysiaku tercinta?


Adakah Falsah Pendidikan Negara dan Dasar Pendidikan Negara yang mahu melahirkan insan berilmu tidak berjaya atau telah gagal?Dimanakah perjuangan untuk membentuk anak muda kita menjadi manusia yang berguna kepada agama,bangsa dan negara?Aku malu memikirkan keadaan masyarakat kita pada hari.Tidak salah untuk berhibur di dalam Islam tapi janganlah melampaui batas.Sehinggakan ada yang menangis teresak-esak apabila artis pujaan mereka tersingkir daripada AF.Jika minggu demi minggu bumi Malaysia dilinangi air mata hiburan,apa sudah jadi anak bangsa kita..Apatah lagi Melayu yang paling ramai...
Aku tidak menyalahkan kerajaan dalam kes ini kerana ini lumrah perasaan manusia.Aku juga tidak menyalahkan Astro kerana tugas mereka hanyalah mahu mengaut keuntungan dalam perniagaan.Namun,kita yang perlu memikirkan bersama.Jika benarlah mahu melahirkan artis yang boleh mengharumkan nama negara dan dunia hiburan,berapa orang yang lahir daripada AF yang mampu berbuat seperti itu?Sekadar menyebutkan 2,3 orang itu tidak mampu kerana sudah banyak yang dilahirkan daripada AF bermula AF1 hinggalah ke lapan pada hari ini.Apa sudah jadi?Tidak cukupkah dengan artis yang sudah ada pada hari ini kalau benar-benar mahu mengharumkan nama negara?Itupun kalau mereka boleh menguntungkan negara..Aku tidak pernah membenci dunia hiburan ataupun dunia artis.Namun,aku sedih melihat situasi masyarakat pada hari ini dalam ketaksuban mereka mendaulatkan artis melebihi Allah dan Rasulnya.Ataupun melebihi apa yang sepatutnya.Sebagai pimpinan mahasiswa di peringkat kampus,aku menyeru seluruh warga mahasiswa untuk kita kembali kepada matlamat asal tujuan penciptaan manusia.Tidak salah untuk kita berhibur namun biarlah Islam dijadikan panduan.Jangan biarkan kita diselebungi dunia hiburan yang melalaikan...