Skip to main content

SUARA SISWA 6 JULAI 2010

Assalamualaikum dan Salam Suara Siswa buat semua..
Disini saya catatkan sedikit pengalaman dan ucapan saya semasa Siaran Langsung Suara Siswa baru-baru ini.Untuk makluman semua,pada awalnya saya hanya menemani Saudara Hilmi Juhari YDP MPP USIM ke Angkasapuri.Atas permintaan dan pelawaan daripada pihak RTM,saya telah ditawarkan sebagai ahli panel bersama YDP MPP USIM pada malam itu kerana kekurangan ahli panel yang sepatutnya bersiaran.Alhamduluillah,dalam keterbatasan masa yang ada,saya mendapatkan pertolongan daripada sahabat-sahabat bagi membincangkan tajuk pada malam itu.Dengan tajuk “MENGARUSPERDANAKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL”,2 orang ahli panel dari USIM dan seorang dari MPP UNISEL telah berganding suara dalam mengupas tajuk pada malam itu.Saya berasa amat bersyukur kerana dengan pengalaman yang ada dan sedikit pengetahuan yang dimiliki,saya bersama-sama sahabat ahli panel yang lain mampu mengupas tajuk itu pada malam itu.Mungkin kupasan dari saya pada malam itu tidaklah secara menyeluruh kerana kekurangan persediaan yang rapi.


Bergambar ketika baru sampai dan belum diberitakan sebagai ahli panel juga pada malam itu.

Saya memulakan perbincangan pada malam itu dengan mengetengahkan kenyataan daripada Profesor Dato’ Dr. Noh Dalimin,Naib Canselor UTHM yang mengatakan bahawa peratusan pendidikan Teknikal di Malaysia ialah 10% jauh dibandingkan dengan negara German 59%.Saya mengajak warga penonton untuk memandang secara serius fakta ini kerana sasaran atau target Keluaran Dalam Negara Kasar dalam MBE tidak akan mampu dicapai jika angka ini berterusan.Saya tidak nafikan banyak usaha di pihak kerajaan yang telah dilaksanakan namun perlu dipergiatkan bahawa sokongan dan sambutan dikalangan masyarakat amat penting.Kerangka pemikiran anak muda perlulah diubah bahawa bidang pendidikan Teknikal dan Vokasional ini bukanlah pendidikan kelas ke dua.



Bergambar bersama ahli panel yang diundang.Merupakan pelajar Siswazah PHD dari UKM.Sedang kepeningan dalam mencari idea apa nak bincang.


Untuk makluman semua,saya tidak berkesempatan pada malam itu untuk menyatakan bahawa USIM bersama IPT lain komited dalam menyokong usaha kerajaan untuk memartabatkan pendidikan Teknikal dan Vokasional.Para mahasiswa telah didedahkan dengan bidang-bidang kemahiran malahan diwajibkan untuk melaksanakan praktikal usahawan dan latihan amali.Untuk makluman semua,banyak lagi program dan latihan berbentuk teknikal dan vokasional diperkenalkan di USIM.Melalui badan-badan pelajar,misalnya MPP USIM telah bersama-sama pihak kerajaan dalam menyahut seruan ini.Antaranya,kami akan melaksanakan program Karnival Mahasiswa dan Pesta Konvokesyen USIM dalam masa terdekat ini.Mahasiswa ditugaskan sepenuhnya dalam menganjurkan program bermula daripada sistem perfailan dan perkeranian hinggalah kepada urusan teknikal dan persiapan tempat.Banyak program-program lain yang telah diadakan dan akan diadakan demi mendedahkan mahasiswa kepada pelaksanaan mengadakan program.


Sedang memerhatikan gelagat Dr. Fazley.Apalah agaknya provokasi yang akan beliau kenakan kepada kami pada malam itu.

Harus diingatkan kepada generasi sekarang supaya menyedari kewujudan Wawasan 2020.Idea atau gagasan dari YABhg. Tun Dr. Mahathir perlulah disahut oleh semua.Untuk ke arah Wawasan 2020 ini,banyak projek kerajaan berteraskan perindusrian dan teknologi dan ini memerlukan kepakaran dan kemahiran kita generasi muda.Dengan erti kata lain,pendidikan Teknikal dan Vokasional ini amat penting dalam arus pembangunan negara masa kini.Saya yakin bahawa pendidikan ini akan menjadi pilihan utama kepada anak muda kita di masa akan datang.Usaha kita dalam melahirkan graduan yang holistik dan menyeluruh haruslah disahut dengan bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional tidak wajar dikesampingkan.


Gaya bercakap bersama kening terangkat memang inilah apa yang saya mampu.Walaupun tanpa persediaan rapi,namun gaya dan keunggulan itu penting.Seni pengucapan ada pada riak keyakinan wajah.

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak RTM khususnya krew Suara Siswa atas kepercayaan yang diberikan kepada saya dan seluruh warga USIM.Kami warga USIM amat berbangga atas kepercayaan ini.Usaha pihak RTM dalam mengetengahkan idea mahasiswa ini amatlah dipuji dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara.MPP USIM bersedia bila-bila masa dalam meyahut seruan murni pihak kerajaan memartabatkan Pendidikan Teknikal dan Vokasional.

Salam Hormat,
Abdullah Bin Long

Comments

Fazareez Fauzi said…
Syabas YB!

kali pertama melihat YDP bersiaran...barakllahulakum
hebat lah long..hebat mu..fazarez kurus mu~

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini