Wednesday, November 10, 2010

KENYATAAN ISU BANJIR


Assalamualaikum dan Salam Mahasiswa Berkebajikan!!

Saya mengucapkan takziah terhadap rakyat negeri Kedah, Perlis, dan Kelantan khususnya mahasiswa/mahasiswi yang berasal dari negeri tersebut.Ucapan takziah ini juga saya tujukan khas kepada Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan YAB Dato'Seri Ustaz Azizan atas bencana yang menimpa negeri Kedah.Sesungguhnya, setiap ujian dan dugaan daripada Allah ini ada hikmah disebaliknya.Sebagai rakayat Malaysia dan negeri Kelantan, saya cukup merasai kepayahan dan kesengsaraan rakyat negeri Kedah mengharungi dugaan dan ujian ini.

Kerjasama yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia terhadap bencana yang menimpa negeri Kedah cukup mengagumkan saya.Bantuan demi bantuan telah diberikan oleh pelbagai pihak termasuk daripada parti-parti poltik dan NGO dari seluruh Malaysia.Apatah lagi, seluruh jentera kerajaan di peringkat Pusat dan Negeri telah diturunkan dalam memastikan kebajikan mangsa-mangsa banjir ini terbela.Tidak dilupakan juga, nasib yang sama juga melanda negeri Perlis dan negeri Kelantan kelahiran saya yang masing-masing memerlukan bantuan daripada semua pihak.

Sebagai seorang Islam, kita wajib mengucapkan takziah terhadap mereka yang ditimpa bencana ini dan bukan dengan menyerang atau menyalahkan mana-mana pihak terhadap bencana yang berlaku ini.Media-media yang ada perlulah memainkan peranan dalam melaporkan isu yang berlaku ini dengan telus dan tepat.Media tidak harus untuk membebankan pemikiran-pemikiran mangsa banjir ini dengan laporan-laporan yang berat sebelah dan tidak tepat.Media wajar bertindak sebagai penenang dan pereda terhadap masalah yang berlaku ini.Sebagai pengamal media, mereka seharusnya jujur dalam memperjuangkan isu-isu kebajikan semua.Apa yang ditagih oleh mangsa-mangsa banjir ini sekarang adalah bantuan kemanusian bukannya kempen-kempen politik sempit yang memberatkan mereka.

Akhir kalam, saya menyeru kepada semua pihak untuk berfokus dalam memberikan bantuan kemanusian terhadap bencana-bencana yang melanda negara.Saya mengucapkan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan bantuan bagi meredakan masalah yang melanda ini.Sebagai mahasiswa berkebajikan, kami sedia untuk berbakti terhadap masyarakat yang memerlukan.USIM juga telah menghantar bantuan misi kemanusian terhadap mangsa-mangsa banjir di negeri Kedah.Terbaru, USIM akan mula menghantar sukarelawan dalam membantu mangsa-mangsa banjir di negeri Perlis.

*RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN*

Sekian.

Abdullah Bin Long
Naib Yang DiPertua (1),
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Sains Islam Malaysia.

11 November 2010.