Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL

Assalamualaikum wrh... Marilah bersama kita mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana telah menjadikan kita sebagai Ummat Nabi Muhammad S.A.W ., yakni ummat yang terpilih.Selawat dan Salam ke atas junjungan penghulu nabi yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W ., ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh Muslimin dan Muslimat. Sesungguhnya, sebagai Ummat yang terpilih, kita perlu menghayati sirah perjuangan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Harus diingat, kita tidak dikatakan telah menghayati sunnah nabi dengan hanya berarak dan mengadakan majlis besar-besaran tanpa nilai keperibadiaan mulia baginda kita praktikkan.Ini tidak bermakna saya katakan sambutan Maulidur Rasul tidak perlu tapi hendak ditekankan di sini ialah penghayatan terhadap Sirah Rasul itu lebih penting dan perlu.Ramai dikalangan kita pada hari ini berbangga dengan pakaian seragam perarakan dan slogan yang dibawa, tapi tidak mampu mengenali dengan baik Nabi Muhammad S.A.W ., nabi terakhir kita. Bersempena dengan Maulidur Rasul i

IMUDA SAH BERKAHWIN

Imuda bergambar bersama pasangan hatinya Zabarina Hajar Siapa tak kenal dengan Imuda ini?Orangnya yang mudah mesra dan selalu menghiburkan orang ramai dengan lakonannya telah selamat berkahwin pagi tadi , selepas hampir tujuh tahun menduda. Selain merupakan seorang pelakon dan pelawak, beliau juga mempunyai bakat sebagai seorang pelukis. Beliau selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Zabarina Hajar Mushadi Ali, 28, di Masjid Negeri Pulau Pinang hari ini. Menurut Utusan Malaysia, Majlis akad nikah yang disempurnakan Penolong Pendaftar Nikah Daerah Timur Laut, Mansor Taib itu disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak kira-kira pada pukul 11 pagi. Melebarkan senyuman walau dalam apa jua keadaan dan ujian Imuda atau nama sebenarnya, Abdul Rahim Muda, 50, sah bergelar seorang suami kepada Zabarina Hajar yang merupakan seorang Penolong Pengurus di sebuah bank di ibu negara, hanya dengan sekali lafaz. Beliau yang cukup popular menerusi siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu, menikahi cinta

ULASAN AKHBAR HARI INI

Mafia dadah Iran Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIASpenga mailto:ALIASpengarang@utusan.com.my KUALA LUMPUR 15 Feb. – Kumpulan mafia yang terkenal kerana mempunyai organisasi jenayah tersendiri khususnya dalam pengedaran dadah antarabangsa dikesan kini melebarkan sayapnya ke negara ini. Perkara itu terbongkar apabila polis menahan tiga warganegara Iran di ibu negara baru-baru ini yang bertanggungjawab menyebabkan ramai rakyat negara tersebut ditahan kerana menyeludup sejumlah besar dadah ke negara ini. Apa yang mengejutkan, siasatan mendapati mereka disyaki turut mempunyai kaitan dengan kumpulan mafia antarabangsa dari negara itu. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Othman Harun berkata, ketiga-tiganya diberkas hasil penahanan 41 warga Iran kerana menyeludup dadah ke negara ini sejak awal tahun ini. Katanya, ketiga-tiga suspek itu akan melatih dan merekrut rakyat Iran sama ada di negara itu atau yang berada di Malaysia untuk menyeludup dadah. Ulasan :

ANGIN PERUBAHAN KIAN TERASA

Salam 1 Mahasiswa!! Alhamdulillah..Baru-baru ini,MPP yang baru dilantik telah mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan daripada Y.Bhg. Dato’ NC.Sekarang,giliran MPP yang dipilih ini untuk membuktikan setiap manifesto yang ditabur kepada mahasiswa/I baru-baru ini berjaya dicapai.Kejayaan KRA MPP sesi ini bergantung kepada kemaksimaan kepuasan warga universiti dan mahasiswa khususnya.Ramai calon yang bertanding baru-baru ini melaungkan angin perubahan.Dan kini, mereka telah berada dalam barisan kepimpinan MPP.Sudah pasti,seluruh mahasiswa akan menuntu t perubahan yang dilaungkan.Dan aku,antara puluhan orang yang akan diuji kebenaran kata dan kemampuan tindakan. Aku tidak nafikan,setiap orang inginkan perubahan.Hatta,DS Najib juga melaungkan Program Transformasi Kerajaan yang hala tujunya mahukan perubahan.Maknanya,bukan hanya DS Anwar sahaja yang inginkan perubahan.Seluruh rakyat Malaysia samada kerajaan, pembangkang, usahawan, petani, nelayan, buruh, pelajar dan mahasiswa juga

SENYUM KAMBING HARI INI

Di manakah letaknya moral pemimpin dan masyarakat kita pada hari ini jika dialog sebegini terus menjadi bualan?Di manakah letaknya prinsip dan sikap tegas dalam tindakan jika ia tidak menjadi budaya seharian?Di manakah letaknya nilai suci sebuah perjuangan,jika Islam tidak dijadikan kiblat tujuan?Moga kita terus mendapat naungan daripada tuhan pencipta alam.

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh? Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka

NAIB CANSELOR BERTEMU MAHASISWA/I

BARISAN KABINET MPP USIM SESI 2009/2010

Yang Dipertua : Muhammad Hilmi Juhari (FEM) Naib Yang Dipertua 1 : Abdullah Long (FSU) Naib Yang Dipertua 2 : Nur Akalili Zubair (FEM) Setiausaha Agung : Mohd Hazimin Harun (FSU) Timbalan Setiausaha Agung : Sumaiyah Al Muniroh bt Mohd Fuad (FST) Bendahari : Muhamad Tobrani bin Muhamad Yusof (FEM) Exco Kebajikan dan Khidmat Komuniti : Mohd Fakhruddin bin Adnan (FPBU) Nur Zeta binti Mohd Zahari (FPBU) Muhammad Rahimie bin Mustapa (FPSK) Exco Pembangunan Sahsiah dan Kerohanian : Mohamad Sahril bin A. Rahim (FPQS) Nurul Mu’azzah Roalli (FEM) Exco Akademik dan Intelektual : Najib ‘Afif bin Arip (FPBU) Siti Fatihah binti Khotil (FST) Exco Ekonomi dan Keusahawanan : Mohd Rafizi b. Roslan (FEM) Mohamad Yusof bin Mahmod (FPQS) Zaki Yamani Rosdi (FSU) Exco Perhubungan Korporat dan Pengantarabangsaan : Khairul Arafat bin Wahit

SEKITAR MAJLIS WATIKAH MPP USIM

Majlis Watikah MPP USIM sesi 2009/2010 telah diadakan pada 9 Februari 2010 bertempat di Dewan Senat.Seramai 24 orang MPP yang baru memenangi PRK telah menerima watikah pelantikan daripada Y.Bhg. Dato' NC USIM.Sekarang,bermulalah waktu untuk bekerja bagi semua anggota MPP.Kami mengharapkan kerjasama dan sokongan daripada semua mahasiswa/i untuk memastikan gerak kerja MPP pada tahun berjalan lancar serta MISI kepimpinan dapat dicapai. Akhirnya,doakan kami untuk terus sukses dalam perjuangan. Salam Mahasiswa!!