Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

PANDANGAN SUDUT PIDATO

Di sini hanyalah catatan pandangan peribadi daripada saya dan tidak dikaitkan dengan mana-mana pihak.Alhamdulillah, sudut pidato atau Mimbar Ilqa’ telah dilancarkan di kampus USIM baru-baru ini. Sesungguhnya, saya menyambut baik sudut pidato ini dan sebagai buktinya,saya telah menghadiri majlis pelancaran sudut pidato yang diadakan di Dataran Selera oleh Dato’ NC.Namun,pada pandangan saya,wujud beberapa kelemahan pada pelaksanaan sudut pidato ini samada ia sengaja diadakan atau tanpa sedar.Saya melihat kekurangan yang wujud ini wajar ditangani bersama. Saya menyifatkan kekurangan ini bersifat halangan dalam sedar kepada pelajar untuk berpidato dan melontarkan idea iaitu : 1) Sudut Pidato di USIM hanyalah dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sahaja dengan mengenepikan Bahasa Melayu.Jadi,penguasaan bahasa yang kurang menyebabkan mahasiswa terhalang menyampaikan pidato dan pandangan. Cadangan : Perlu diwujudkan juga Pidato dalam Bahasa Melayu demi mendaulatkan baha

Suara Dari Hati

Salam Semangat 1 Mahasiswa buat rakan-rakan seperjuangan semua.. Hari ini, sepatutnya bersama-sama kita memimpin universiti dan masyarakat ke arah kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Aku bimbang kalau-kalau sebenarnya kita khususnya aku dipimpin untuk kepentingan sempit orang-orang tertentu. Aku takut aku mula dipengaruhi oleh orang-orang yang akan menjahanamkan aku dan sahabat yang ada. Ini hanyalah andaian aku semata-mata dan bukan pengakuan yang hakiki.Aku mengharapkan ini tidak berlaku.... Kadang-kadang, aku mahu sahaja bertindak mengikut kata hati tapi aku bimbang ia hanya desakan emosi. Aku amat mengharapkan bantuan semua agar membantu aku memimpin bersama. Aku takut dihanyut arus kehidupan orang-orang yang lara dan akhirnya aku juga diselebungi dosa. Bimbang aku memikirkan keadaan ini.Harap-harap ia tidak berlaku..... Aku yakin,kalau tiada yang mengawalku sudah pasti aku akan melawan arus. Hati aku kata perlu tapi mereka kata jangan...Siapa mereka ini?Adakah aku benar berada di a

PENGALAMAN DARIPADA SUARA SISWA

Salam Perjuangan Mahasiswa buat semua.. Bersyukur ke hadrat Illahi atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga. Aku diminta untuk mencatatkan sedikit perasaan dan pengalaman sebagai panel dalam Suara Siswa baru-baru ini. Tiada apa yang unik untuk dikongsikan bersama kerana aku hanyalah orang baru dan pengalaman yang hanya sekali belum lagi mematangkan aku dengan Suara Siswa. Pertama, aku hanyalah menggantikan tempat YDP MPP USIM yang tidak dapat hadir kerana ditahan dalam wad di saat akhir. Segala persiapan yang dilakukan juga hanyalah di saat akhir dan menggunakan ilmu yang sedikit yang pernah dipelajari daripada guru-guru. Aku merupakan panel terakhir yang tiba di RTM pada ketika itu dan telah diberitahu akan digandingkan dengan dua orang panel yang hebat daripada MPP UPM. Syabas dan terima kasih kepada Bergambar bersama Rasyadan ( P.A YDP), Tobrani ( Bendahari MPP USIM, Qadri (MPP UPM), Zulkhairi (MPP UPM) dan Nawawi (P.A Hanif Exco Penerangan) Muhammad Zulkhairi dan Ahmad Qadri.Penga