Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

ISU KOLEJ KEDIAMAN

Saya merakamkan ucapan takziah kepada mahasiswa dan mahasiswi yang tidak diterima permohonan mereka untuk tinggal di kolej kediaman pada sesi hadapan.Adalah dimaklumkan,sebanyak 906 permohonan telah diterima daripada jumlah permohonan untuk tinggal di kolej kediaman sebanyak 2624 permohonan.Angka ini jauh tersasar daripada ramalan yang dilakukan oleh segelintir rakan-rakan melalui FB dan Blog sejak isu ini sedang hangat dibicarakan.Besar kemungkinan,ramalan saudara/I sebelum ini adalah dengan mengambil kira jumlah mahasiswa/I yang tidak memohon untuk tinggal di kolej kediaman bagi sesi hadapan.Walaubagaimanapun,saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memperjuangkan isu ini melalui laman sosial seperti ini.Tindakan yang dilakukan oleh rakan-rakan menunjukkan keperihatinan dan kecaknaan yang tinggi terhadap isu kampus khususnya kebajikan mahasiswa dan mahasiswi.Saya mengharapkan,momentum ini berkekalan sepanjang pengajian kita di USIM ini.Kami di peringkat

Apco bersih imej negara angkara tohmahan Anwar

Oleh Sariha Mohd Ali sariha@bharian.com.my 2010/04/24 KUALA LUMPUR: Isu Apco Worldwide, syarikat perunding komunikasi antarabangsa yang memberi khidmat kepada kerajaan sehingga dituduh pembangkang kononnya menggugat keselamatan negara, mewarnai perbahasan sepanjang Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 yang berakhir kelmarin. Namun, keputusan Dewan meluluskan usul menghadapkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana membuat tuduhan itu ‘membuktikan ada kes’ untuk disiasat. Selepas pelbagai penjelasan diberikan di dalam dan luar Dewan, pembangkang masih bertegas mengatakan kehadiran Apco boleh mengancam keselamatan negara, selain dikatakan bertanggungjawab mencipta 1Malaysia selepas membentuk One Israel. Isu Apco diputarbelitkan pembangkang untuk menimbulkan kebencian rakyat khususnya orang Melayu terhadap kerajaan kononnya mempunyai hubungan dengan regim Israel. Ia digunakan sepenuhnya pada kempen di

MAKLUMAN SIARAN

ASTRO AKAN MENAYANGKAN RANCANGAN SUDUT PIDATO YANG DIRAKAM DI USIM TEMPOH HARI.BERIKUT ADALAH MAKLUMAT SIARAN : TARIKH: 24 APRIL 2010 HARI : SABTU MASA : 10 MALAM-11 MALAM SIARAN : ASTRO AWANI 501 BERSAMA : MOHD IKHWAN ROSELI (PENDEBAT) ABDULLAH LONG (NYDP 1 MPP) MOHD NAJIB TAHA (MANTAN NYDP 1 MPP) MOHD AZRI NAIM (TIMB. PENGERUSI KELAB DEBAT) AKALILI ZUBAIR (NYDP 2 MPP) UMMU UMAIRAH AZAHARI (PENDEBAT) TERIMA KASIH...

JADUAL KULIAH MASJID BANDAR BARU NILAI (BULAN APRIL)

Salam.Saya mengalu-alukan rakan-rakan mahasiswa untuk memeriahkan kuliah ilmu di Masjid Bandar Baru Nilai.InsyaAllah,ini akan memantapkan thaqafah kita lagi dalam menuntut ilmu Allah. TARIKH WAKTU PENCERAMAH TAJUK-KITAB 23 JUMAAT UST FAKRURRAZI UMUM MAGHRIB UST ABDULLAH-USIM MAKNA BIDAA’H 24 SUBUH UST NAJMUDDIN TAZKIRAH AL-QURTUBI MAGHRIB DR ZULKIFLI TASAWUF 25 SUBUH UST FAKRURRAZI RAWATAN ISLAM MAGHRIB UST IKMAL ZAIDI TAFSIR 26 MAGHRIB UST FADHIL FEQAH-ALJAUHARILMAUHUD 27 MAGHRIB DR AZMI MOHD YUSOF MANHAJ MUSLIM 28 MAGHRIB UST FAISAL TAUHID-MISBAHUL MUNIR 29 MAGHRIB IMAM BACAAN Y

MAAHAD DALAM KENANGAN

Salam Maahadian buat rakan-rakan semua.Disini,sengaja diletakkan gambar-gambar pemandangan di Maahad Muhammadi Lelaki yang mengingatkan kembali memori ketika di Maahad suatu ketika dahulu.Maahad telah mengajar dan membentuk diri ini sehingga boleh berdiri dan mengenal siapa diri sebenarnya.Semoga dengan gambar-gambar dari Maahad ini akan mengingatkan kembali asal usul diri ini dan sahabat dalam medan perjuangan pelajar dan mahasiswa. Ini Asrama Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Bangunan inilah aku ditempatkan tatkala melangkah ke alam Peralihan di Maahad.Banyak kisah suka dan duka berlaku sepanjang aku menginap di sini. Inilah Dorm pelajar di Maahad.Semua pelajar baru ditempatkan di tingkat paling atas.Di sinilah,aku berlari-lari mengejar kehidupan sebagai pelajar yang berdikari. Masjid Islah di mana banyak mengukir sejarah ketika bergelar pelajar Maahad.Alhamdulillah,aku antara yang mengasaskan Maktabah di Masjid ini bersama sahabat yang lain.Apakah cerita sekarang Maktabah ini dengan Ustaz

PARLIMEN MAHASISWA

Parlimen Mahasiswa Perlu Mampu Tonjol Imej IPT PULAU PINANG, 7 Jan (Bernama) -- Pembentukan Parlimen Mahasiswa di setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu mampu mengetengahkan imej tersendiri IPT tanpa ada pengaruh luar, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata asas itu penting memandangkan cadangan pembentukannya datang dari golongan mahasiswa yang mahu satu saluran bagi menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. "Modelnya juga perlu berbeza bagi menonjolkan kematangan dan identiti mahasiswa di setiap IPT, format serta garis panduannya juga terpulang kepada pihak universiti."Ini sebagai latihan kepada mahasiswa dalam memperkasakan kokurikulum iaitu kemahiran insaniah dan teras kokurikulum khususnya dalam pengucapan awam dan kepimpinan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kertas cadangan kerangka penubuhan Parlimen Mahasiswa oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universit

SUDUT PIDATO ASTRO AWANI

Alhamdulillah,pada 5 April 2010,satu rakaman sudut pidato oleh Astro Awani telah diadakan di Kampus USIM,Nilai.Sudut Pidato ini merupakan rancangan terbaru Astro melalui siaran Astro Awani dan merupakan rakaman ke dua yang telah diadakan selepas di Universiti Malaya.Rakaman ini akan disiarkan pada 24 April ini jam 9.30 malam di Astro Awani.Seramai 6 pemidato telah menunjukkan bakat mereka iatu saya sendiri,Ikhwan,Ustaz Najib Taha,Akalili,Ummu Umairah dan Azri Naim.Seramai 3 orang pemidato terbaik telah dipilih oleh pendengar untuk dijadikan ahli panel diskusi bersama En. Dzul sebagai moderator dan bersama panel jemputan Astro Awani.Dengan tajuk yang dibawa mengenai keganasan Amerika terhadap dunia,Alhamdulillah saya telah terpilih bersama 2 pemidato yang lain iaitu Ikhwan dan Ustaz Najib Taha.Pada saya,saya tidak melihat Sudut Pidato ini hanyalah sekadar rakaman untuk Astro Awani semata-mata,namun lebih daripada itu.Peluang yang diberikan telah digunakan semaksima mungkin untuk menghid

AKADEMI FANTASIA 8

Salam Hiburan buat semua warga Malaysia.Hari ini,bagaimana diperlihatkan kepada kita kegemaran rakyat Malaysia terhadap rancangan realiti hiburan khususnya Akademi Fantasia.Rancangan yan g diterbitkan oleh Astro ini bertuju an untuk melahirkan artis-artis yang berisfat seperti pisang goreng bagi membanjiri dunia hiburan tanah air.Akhirnya,pelajar-pelajar yang dilahirkan akan bergelar artis dan membawa gelaran selebriti.Inilah fenomena masyarakat kita pada hari ini.Apabila ditanya kepada kanak-kanak dan remaja,apakah cita-cita anda.Dengan selamba mereka akan berkata mahu menjadi artis dan bergelar selebriti.Apatah lagi,ibu bapa,keluarga dan pemimpin yang membudayakan dikalangan anak-anak muda untuk menjadi artis apabila tidak berminat lagi untuk belajar.Yang paling penting,boleh mengharumkan nama keluarga dan negara.Apa sudah jadi Malaysia ku tercinta? Adakah Falsah Pendidikan Negara dan Dasar Pendidikan Negara yang mahu melahirkan insan berilmu tidak berjaya atau telah gagal?Dimanaka