Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

SUBSIDI PENDIDIKAN : BUKTI KERAJAAN BERKEBAJIKAN

Saya sedar bahawa kerajaan telah banyak menanggung kos pembiayaan subsidi kepada pelbagai lapisan rakyat di negara ini.Tindakan kerajaan yang mahu menilai dan mengkaji pemberian subsidi amatlah diharap tidak akan mengakibatkan kepada penarikan pemberian subsidi pendidikan kepada semua pelajar di peringkat rendah, menengah dan universiti.Kerajaan diharap untuk mengekalkan subsidi pendidikan sebagai bukti kesungguhan dan keperihatinan terhadap mutu kecemerlangan pendidikan negara. Sebagai seorang pelajar dan juga mahasiswa, saya percaya kerajaan akan memberikan perhatian serius terhadap mutu pendidikan negara khususnya melibatkan golongan-golongan yang berpendapatan rendah.Saban tahun, banyak permohonan daripada golongan keluarga berpendapatan rendah yang memohon biasiswa kerajaan dan subsidi pendidikan kerana tidak mampu meneruskan pengajian mereka.Saya memandang serius kenyataan YB Timbalan Menteri Pengajiaan Tinggi bahawa 90 peratus pelajar di Institusi Pengajiaan Tinggi bergantung ke

PERUTUSAN YDP MPP USIM SEMPENA KEMASUKAN PELAJAR TAMHIDI 2010/2011

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas kurniaan nikmat Iman dan Islam.Saya merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mempertemukan kita di Laman Ilmu Universiti Sains Islam Malaysia ini (USIM). USIM merupakan Universiti Islam pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad 21 ini. Ia merupakan IPTA yang ke-12 di negara ini dan diasaskan bertujuan memartabatkan Pendidikan Islam dan membawanya ke dalam arus pendidikan Negara. Sepanjang 10 tahun penubuhan USIM,banyak kejayaan dan kecemerlangan yang telah dicapai. USIM berhasrat mahu melahirkan graduan yang berketrampilan tinggi, berdisiplin, berkebolehan dan mempunyai keimanan yang jitu. Selaras dengan itu, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 bertekad mahu melahirkan mahasiswa yang holistik, dinamik dan matang dalam menyahut hasrat universiti serta berdaya saing di arena Nasional dan Antarabangsa. Dengan tekad yang diletakkan, Majlis Perwakilan Pelajar bergerak untuk memacu kecemerlangan ilmu dan p

WAWANCARA EKSKLUSIF SEMPENA 10O HARI MPP USIM

Untuk pengetahuan sahabat semua, pada 19 Mei 2010 merupakan 100 hari pentadbiran MPP USIM sesi 2009/2010.Bersempena dengan sambutan 100 hari tersebut, satu rakaman wawancara telah diadakan oleh krew Usim Online yang disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat.Rakaman ini telah diadakan pada 6 Mei 2010.

SUKAN DAN JUDI ; 1 ANALISIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya melahirkan rasa terkejut dan dukacita atas kenyataan wakil kerajaan di Dewan Negara baru-baru ini yang mahu memberikan lesen pertaruhan bola sepak sempena piala dunia yang akan bermula pada bulan hadapan.Sebagai seorang mahasiswa Islam dan juga pemimpin pelajar di salah sebuah Universiti Islam, saya melihat tindakan ini amat memalukan negara Malaysia sebagai sebuah Negara Islam.Apatah lagi, memandangkan Malaysia suatu ketika dahulu pernah diamanahkan sebagai Pengerusi Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC).Saya melihat, alasan yang diberikan untuk menghalalkan lesen judi ini kerana mahu mengelakkan pertaruhan haram daripada merebak adalah tidak relevan dan bercanggah dengan hukum Islam.Sebagai seorang yang beragama Islam, kita perlu akur bahawa Allah jelas mengharamkan judi ini melalui ayatnya secara qat'ie atau nyata.Tuntasnya, sebagai sebuah negara yang meletakkan Perlembagaan Perseketuan sebagai undang-undang tertinggi negara, Artikel 3 ha

ASTRO AWANI DI USIM

Bergambar bersama Hos Mohd Dzulfitri Md Yusop dan sabahat-sahabat rakaman Sudut Pidato di USIM baru-baru ini. *Insyaallah,rakaman akan disiarkan pada 9 Mei 2010 (Ahad) jam 9.30 malam di Astro Awani.Saksikan bersama.

DARI SUARA SISWA KALI KE-2

Alhamdulillah,pada 4 Mei 2010 baru-baru ini,USIM buat kali ke dua telah dijemput sebagai ahli panel Suara Siswa RTM .Buat kali ke-2 nya juga,saya telah tampil sebagai ahli panel bersama sahabat-sahabat iaitu Saudara Zaki,YDP UTM dan Salwa,Su Kerja MPP Kolej Segi.Dengan pengalaman kali pertama yang ada,Alhamdulillah sedikit penambahbaikan terhadap ucapan saya pada malam itu.Dalam keadaan musim peperiksaan yang dihadapi,saya terpaksa mengakui jadual belajar terpaksa diubah kerana memberikan sedikit masa untuk persiapan bagi Suara Siswa kali ini. Suara Siswa pada kali ini amat bermakna bagi saya kerana Ibrahim Husin sebagai S/u Gerak Kerja saya juga hadir memberikan sokongan.Saudari Maisarah,S/u Media tidak dapat hadir kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan namun tetap memberikan sokongan dengan membekalkan bahan dan fakta untuk dibincangkan pada malam itu.Saya berasa amat bangga dengan kehebatan kedua-dua mereka ini atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.Saya melihat,mereka ber