Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

SUARA SISWA 6 JULAI 2010

Assalamualaikum dan Salam Suara Siswa buat semua.. Disini saya catatkan sedikit pengalaman dan ucapan saya semasa Siaran Langsung Suara Siswa baru-baru ini.Untuk makluman semua,pada awalnya saya hanya menemani Saudara Hilmi Juhari YDP MPP USIM ke Angkasapuri.Atas permintaan dan pelawaan daripada pihak RTM,saya telah ditawarkan sebagai ahli panel bersama YDP MPP USIM pada malam itu kerana kekurangan ahli panel yang sepatutnya bersiaran.Alhamduluillah,dalam keterbatasan masa yang ada,saya mendapatkan pertolongan daripada sahabat-sahabat bagi membincangkan tajuk pada malam itu.Dengan tajuk “MENGARUSPERDANAKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL”,2 orang ahli panel dari USIM dan seorang dari MPP UNISEL telah berganding suara dalam mengupas tajuk pada malam itu.Saya berasa amat bersyukur kerana dengan pengalaman yang ada dan sedikit pengetahuan yang dimiliki,saya bersama-sama sahabat ahli panel yang lain mampu mengupas tajuk itu pada malam itu.Mungkin kupasan dari saya pada malam itu tidakl