Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2010

HASIL KUNJUGAN HORMAT MPP KE ATAS TNC (AA) USIM

ALUAN PENGERUSI MAJLIS (PROF. DR. MUSA AHMAD, TNC AA) Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada barisan MPP kerana mengatur pertemuan rasmi bersama TNC AA dalam membincangkan isu-isu berkaitan hal ehwal akademik. Pengerusi mengakui keperluan mewujudkan platform antara pihak pengurusan universiti dan pelajar, sama ada secara khusus melalui mesyuarat rasmi atau melalui dialog terbuka di peringkat fakulti. Beliau turut mencadangkan agar pertemuan ini diadakan secara berkala, sekurang-kurangnya sekali bagi setiap semester. ALUAN YANG DIPERTUA MPP Yang Dipertua MPP, saudara Muhammad Hilmi Juhari mengucapkan terima kasih atas kesudian Y.Bhg.Prof. menerima kunjungan hormat daripada MPP. Yang Dipertua memaklumkan bahawa kunjungan hormat MPP bersama pihak pengurusan tertinggi universiti merupakan salah satu agenda tahunan MPP dalam membawa isu-isu penting melibatkan hal ehwal mahasiswa. Beliau turut memaklumkan kehadiran empat orang wakil pelajar program Tamhidi yang