Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

PENUTUP TIRAI SUARA SISWA 2010

Assalamualaikum dan Salam Suara Siswa!! Terlebih dahulu,saya merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penerbitan Suara Siswa khususnya Penerbit Suara Siswa,Encik Hishamullah dan pengacara Saudara Fadzley kerana sudi menjemput saya buat kali ke-4 sebagai panel Suara Siswa pada tahun ini.Saya juga mewakili pihak universiti mengucapkan terima kasih kepada penerbitan Suara Siswa atas pelawaan kali ini.Semoga kerjasama antara pihak Penerbitan Suara Siswa dengan USIM khususnya Majlis Perwakilan Pelajar diteruskan hingga ke masa yang akan datang.Suara Siswa yang dirakamkan baru-baru ini I.Allah akan disiarkan pada 28 Disember 2010. IKON NEGARA : GOLONGAN INTELEKTUAL ATAU ARTIS? Tajuk yang dibincangkan pada kali adalah berkenaan pemilihan ikon negara samada daripada golongan intelektual atau artis.Saya memulakan penceritaan berkenaan tajuk ini dengan memperincikan siapa sebenarnya yang layak dijadikan ikon.Dengan 3 prinsip yang diperkenalkan iaitu 3M (Moraliti,Mentali