Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

NASIHAT BUAT SAYA DAN SAHABAT SEMUA

Bonda Siti Meriam binti Loman yang sedang bermain bersama cucunda tercinta Alhamdulillah,tinggal beberapa bulan dan sem sahaja lagi kita bakal menamatkan pengajian dan bakal bergelar graduan.Mesti banyak perancangan yang telah disusun oleh sahabat semua tatkala tamat pengajian nanti.Ada yang bercadang ingin manyambung pengajian lagi ke peringkat yang lebih tinggi,ada yang ingin bekerja dan bekerjaya dan tidak kurang juga yang mahu mendirikan segera rumah tangga bersama pasangan hati.Semua ini pasti diimpikan oleh kita semua.Namun begitu,tidak kiralah apa jua perancangan dan impian yang disusun,jangan lupa tugas dan peranan utama kita untuk berbakti dan membalas segala jasa ibu bapa kita yang membesarkan kita dan mendidik kita sehingga kita berjaya ke menara gading. Dalam Surah al-Isra' ayat 23-25,Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada ibu bapa. :"Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepad

HUDUD : SEMUA PIHAK PERLU DUDUK SEMEJA

Saya merasa agak kecewa dan sedih dengan permainan media dan pihak-pihak tertentu dalam mensensasikan isu hudud demi kepentingan agenda sempit mereka.Benarlah jika dikata orang politik itu hanya tahu menjaga survival politik mereka sahaja asalkan mereka boleh kekal berkuasa dan memerintah sahaja.Persoalan menghormati agama dan norma kehidupan itu hanyalah perkara ke dua atau mungkin ke tiga dalam kamus kehidupan mereka.Apabila dekat sahaja pilihanraya, isu hudud ini akan dipalu untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu dan menjatuhkan imej Islamik parti lawan.Astaghfirullah!!Di manakan prinsip dan pegangan Islam mereka ini? Hudud itu adalah hak Allah dan ianya bukan hak parti tertentu.Perlaksanaannya adalah wajib apatah lagi bagi kita yang dikatakan sebuah negara Islam.Kenyataan-kenyataan janggal seperti "Saya akan pastikan hudud tidak dapat dilaksanakan di Malaysia","Hudud belum tiba masanya untuk dilaksanakan di Malaysia","Malaysia adalah negara multiraci

KENALI ISU SEBENAR

Hari ini,banyak isu dan perkara yang dibangkitkan oleh media massa khususnya media arus perdana.Rakyat dan mahasiswa saban hari dimomok-momokkan dengan pelbagai isu baru dan lagaknya seperti panas.Namun, isu-isu itu hanyalah ibarat ayam berkokok, telornya sebiji tetapi riuhnya pula sekampung.Jika dianalisis dengan baik isu yang dilambakkan di media massa itu, tiada input dan manfaat yang kita perolehi sebagai rakyat mahupun mahasiswa.Apatah lagi, belum reda lagi sesuatu isu yang dibuat-buat, bangkit pula isu baru yang pasti tidak akan senyap sampai bila-bila.Isu itu pasti akan dibangkitkan dan terus dibangkitkan.Kadang-kadang naik muak kita memerhatikannya. Tidak keterlaluan jika diibaratkan isu yang sengaja diada-adakan itu seperti sampah kepada pemikiran kita sahaja.Jadi, tidak perlulah kita memikirkannya kerana ia hanyalah sekadar isu yang memang telah disengajakan dan dirancang.Sebagai rakyat dan mahasiswa, amat wajar kita kenal pasti isu sebenar disebalik isu yang sengaja diada-ad

INILAH JALAN KITA.....

Inilah jalan yang kita pilih.Jalan sebagai seorang Muslim yang berpegang teguh dengan agama.Kita rela untuk mewakafkan diri demi perjuangan Islam.Kita tidak runsing untuk menegakkan agama Allah kerana keyakinan kita bahawa pertolongan Allah akan datang.Kita pula tidak akan sekali-kali gentar apabila diasak oleh musuh-musuh Islam samada dari dalam atau luar.Semakin banyak ugutan dan kecaman yang kita terima,semakin tinggi semangat juang dan keimanan kita. Inilah jalan yang kita pilih.Jalan yang tidak ada bengkok dan cacat-celanya.Jalan sebagai seorang mahasiswa dan penuntut bidang jurusan agama.Jalan yang jarang ada mereka yang sanggup melaluinya kerana memikirkan amanah dan bebanan yang akan dipikul.Sekali kita telah masuk ke jalannya,kita sekali-kali tidak akan berpatah balik.Ilmu yang diterima perlu diaplikasikan dalam masyarakat.Kita yang akan memimpin masyarakat dan bukan masyarakat yang memimpin kita. Inilah jalan yang kita pilih.Jalan sebagai seorang hamba Allah.Tidak kiralah sia

MENSYUKURI NIKMAT RAMADHAN (2)

Ramadhan Kareem...Ucapan ini seringkali kita dengar di bulan yang mulia ini.Ucapan yang menunjukkan betapa mulianya Ramadhan buat kita ummat Islam semua.Ramadhan bukan hanya bulan puasa semata-mata tetapi adalah bulan ibadah untuk kita.Kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat disamping meningkatkan ibadah wajib sehari-hari.Disebutkan bahawa ibadah sunat akan digandakan pahalanya seperti amalan wajib dan ibadah wajib digandakan 70 kali ganda.Sungguh hebat bagi mereka yang benar-benar mengabdikannya dirinya di bulan Ramadhan ini. Bila disebutkan puasa bermakna kita mencegah diri kita daripada makan dan melakukan perbuatan yang boleh membatalkan puasa.Ini bermakna, bukan hanya puasa perut sahaja bahkan puasa mulut, telinga, mata dan seluruh anggota pancaindera.Oleh kerana itu, jika di bulan puasa seseorang itu mengumpat, maka orang lain akan berkata kepadanya adakah awak ini berpuasa?Jika beginilah ucapannya, maknanya yang bertanya itu benar-benar faham pengertian dan tuntut

PERTH SEGAR DALAM INGATAN (1)

Tiba-tiba, teringatkan kenangan yang cukup bermakna ketika melawat bumi Perth Mei yang lalu.Alhamdulillah pada 23-29 Mei, saya berkesempatan melawat Perth bersama sahabat-sahabat.Turut serta dalam rombongan tersebut adalah seorang pegawai HEP USIM.Semingu kami berada di Perth.Banyak pengalaman dan kenangan yang dikutip sepanjang berada di sana.Segalanya masih segar dalam ingatan. Apa yang masih segar apabila kami mengadakan program kemasyarakatan bersama anak-anak rakyat Malaysia yang berada di Perth.Mereka ini adalah anak-anak kepada rakyat Malaysia yang bekerja, belajar di sana dan ada yang telah menjadi PR di Australia.Telatah adik-adik itu tidak dapat saya lupakan dan terasa masih bermain-main di fikiran.Rindu sangat kepada adik-adik semua. Hampir 7 jam hari itu kami bersama mereka.Antara program utama yang diadakan adalah modul tahsin al-quran dan Solat.Sempat juga hari itu diadakan modul pidato dan pengucapan awam.Modul yang diadakan lebih banyak dalam bentuk kumpulan-kumpulan ke

HORMATILAH KEPUTUSAN FATWA MUFTI

Ramadhan kareem.. Sedih saya apabila membaca akhbar dan membaca komen segelintir ahli politik kita berkenaan hal-hal agama dan pandangan mereka terhadap alim ulama'.Kerana nafsu, tuntutan sebenar agama dibaikan dan dimanupulasi untuk kepentingan politik.Agak malu juga saya dengan kenyataan orang-orang Islam kita ini berkenaan sesuatu isu agama.Apatah lagi jika ilmu agamanya tidak seberapa, tetapi pandai-pandai mengkritik dan mempertikaikan fatwa dan nasihat ahli agama dan para mufti yang diakui kewibawaannya.Kata mereka politik dan agama itu perlu dipisahkan.Tapi, apa yang berlaku sebaliknya.Isu-isu agama sengaja disensasikan semata-mata mahu meraih sokongan politik terutama orang-orang kita yang jahil pasal agama. Terbaru berkenaan fatwa dikeluarkan oleh Majlis Fatwa negeri.Sebagai pelajar bidang jurusan agama khususnya dalam bidang Fiqh dan Fatwa, saya rasa terpanggil melontarkan pandangan berkenaan isu ini.Saya tidaklah selayaknya untuk melakukan semakan terhadap isi fatwa

MENSYUKURI NIKMAT RAMADHAN (1)

Ramadhan Kareem..... Bersyukur ke hadrat Allah atas nikmat Ramadhan yang ditempuhi.Tahun ini, genap 23 tahun saya hidup dan menghirup udara Ramadhan.Yang saya benar-benar menghayati nikmat Ramadhan apabila sudah melangkah ke alam menengah di Maahad Muhammadi Lelaki.Sebelum ini, saya pun tidak tahu apa itu sebenarnya Ramadhan.Kalau orang puasa,saya pun berpuasa.Apabila hendak raya, sayalah antara orang yang paling gembira menyambut raya.Namun, segala mimpi buruk saya itu berakhir apabila mula melangkah kaki bergelar Tholib diMaahad Muhammadi.Bersyukur juga rasanya di hantar ke Maahad, kalaulah saya dihantar ke sekolah yang lain, entah apa jadi agaknya.Mungkin masih tidak mengerti erti nikmat Ramadhan. Teringat ketika di Maahad Muhammadi dahulu.Diadakan program Ihya' Ramadhan sepanjang bulan ini.Banyak program yang dibuat terutama yang paling meriah adalah pesta Tadarus Quran.Berlumba-lumba kami pada masa itu beradu membaca Quran.Saya masih ingat lagi, sempat saya menghabiskan

WACANA PERDANA : HAK KEBEBASAN AKADEMIK

Menampilkan panel : 1)YBhg. Prof Dr. Musa Ahmad 2)Prof. Madya Abu Hassan Hasbullah 3)En Faridzul Nasarudin Moderator : Ibrahim Husin Ibrahim Bin Husin Anjuran Kelab Debat dengan kerjasama Kelab Syariah dan Undang-undang USIM

JANGAN MUDAH DIKUASAI FITNAH

Dunia hari ini dipenuhi dengan pelbagai fitnah dan berita palsu.Ia ibarat sudah menjadi makanan bagi penduduk dunia.Dari barat hinggalah ke timur,dari utara hingga ke selatan,pasti ada fitnah dan berita palsu yang disebarkan.Dan kita pula ibarat sudah terpedaya dan dikuasai oleh fitnah-fitnah itu.Tidak kira samaada fitnah itu datang dalam bentuk harta,kedudukan,dan bermacam-macam lagi.Kadang-kadang,gelombang fitnah yang datang itu menjadikan kita sukar untuk menilai yang manakah benar dan yang manakah pula salah.Semuanya itu akan menyebabkan kita terpedaya sekiranya bekalan iman dan mental yang cukup tidak dimiliki. Sebagai ummat Islam,kita diajar untuk berjaga-jaga dengan angin fitnah ini.Doa-doa juga dipohon supaya kita dijauhi dari fitnah dunia,dajjal dan sebagainya.Maknanya,berat sungguh angin fitnah ini sehinggakan kita diminta untuk berjaga-jaga.Kita bukan sahaja diajar untuk mempersiapkan diri kita menolak angin fitnah ini bahkan kita dilarang sama-sekali menjadi pembawa obor fi

MASALAH INTEGRITI DAN RASUAH : MASALAH BERSAMA

Kerajaan melalui Institut Integriti Malaysia dilihat bersunguh-sunguh dalam membudayakan integriti masyarakat Malaysia secara menyeluruh.Kerajaan melalui jentera mereka telah memperkenalkan Tekad 2008 bermula pada tahun 2004 bagi memastikan budaya integriti dalam kalangan rakyat Malaysia dapat disemarakkan.Fasa ini memerlukan masa selama 5 tahun dalam memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai.Tekad 2008 tidak berhenti setakat itu sahaja bahkan disambung pula dengan Tekad Integriti yang fasanya juga memakan masa selama 5 tahun.Elemen-elemen yang menjadi sasaran kepada tekad ini adalah sektor kerajaan,sektor swasta dan kita masyarakat sivil.Ini bermakna,semua pihak yang terkandung dalam negara Malaysia mempunyai tanggungjawab dalam menjayakan misi dan objektif sasaran yang ditetapkan ini. Namun,harus diingat kejayaan kepada perlaksanaan dasar yang diwujudkan itu tidak hanya bergantung kepada program-program dan usaha-usaha yang dianjurkan kerajaan sahaja.Kalau begitu mudah sahaja

MALAYSIA DAN TSUNAMI JEPUN

Beberapa hari yang lepas,dunia digemparkan dengan tsunami yang besar telah berlaku di Jepun dengan meragut hampir 1600 nyawa dan lebih 10,000 orang dikhuatiri hilang.Dalam keadaan dunia meratapi bencana yang dahsyat itu,tiba-tiba sebuah akhbar media arus perdana milik Malaysia dilihat telah bertindak mengecilkan hati masyarakat dunia dengan memaparkan kartun superhero ultraman yang sedang berlari dikejar tsunami.Paparan kartun tersebut telah dikritik hebat oleh dunia apabila didakwa menghina dan tidak sensisitf terhadap bencana yang sedang dialami oleh Jepun.Apatah lagi,Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang sentiasa diperhati dunia perlulah menonjolkan imej mereka mewakili dunia Islam dalam menunjukkan keprihatinan terhadap bencana yang berlaku.Selepas kritikan dibuat,Berita Harian telah tampil memohon maaf kepada seluruh masyarakat dunia.Persoalannya,adakah dengan permohonan maaf itu akan merawat luka yang telah dialami oleh masyarakat dunia dengan mudah?Namun,saya memuji

ISU LOTERI : ISU AGAMA DAN BANGSA

Sebagai bangsa Melayu dan rakyat Kelantan,saya rasa sungguh terpanggil dalam mempertahankan tindakan Kerajaan Kelantan yang telah melaksanakan pengharaman penjualan tiket loteri di Kelantan.Tindakan ini bukanlah perkara yang baru dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan bahkan sudah lama dijelaskan keburukan dan pengharamannya oleh Allah S.W.T sejak 1400 tahun yang lalu.Janganlah kerana perbezaan ideologi politik sempit kita,kita menolak usaha murni kerajaan Kelantan ini.Sebagai seorang anak Melayu Islam,saya rasa teraib dengan tindakan pihak-pihak tertentu dalam mempolitikkan isu ini.Saya bimbang,tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam menggagalkan usaha Kerajaan Kelantan ini akan melibatkan persoalan akidah yang dipegang. Saya ada membaca kenyataan-kenyataan pemimpin tertinggi negara dalam menjawab isu ini.Jangan kerana sikap yang terlalu ingin berpolitik dan mengekalkan kuasa, kita sanggup menggadaikan maruah agama.Secara jujur,amat sedih saya membaca kenyataan-kenyatan p

PANTUN : BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN

Barisan mantan kepimpinan MPP sesi 2009/2010 "Agi Hidup Agi Ngelaban" Dari Kelantan ke Negeri Sembilan, Singgah sebentar di Negeri Pahang; Salam dihulur sebagai pembukaan, Moga Islam terus berkembang. Rasa tenang bergelar mantan, Tanpa ada sebarang sekatan; Bebas bergerak ke kiri ke kanan, Hidup bahagia bertambah aman. Bila sudah bergelar mantan, Ada pengalaman yang boleh dikongsikan; Yang baik jadikan pedoman, Yang buruk jadikan sempadan. Menjadi wakil mahasiswa banyak cabaran, Perlu berhadapan dengan semua orang; Kadang-kadang kawan dianggap lawan, Demi Islam terus dijulang. Pengalaman MPP tiada tandingan, Dikenali kawan mahupun lawan; Bukan ia satu kebanggaan, Beratnya tugas yang perlu dilaksanakan. Watikah diterima menyahut cabaran, Bukan kebanggaan tapi bebanan; Memberikan cadangan melontarkan pandangan, Mewakili mahasiswa memimpin perubahan. Bila bersuara dianggap lantang, Bila diam ada pula kecaman; Itulah lumrah sebagai pejuang, Perlu bersabar setiap ujian. Jangan ber

MERAKYATKAN MAHASISWA

Sejarah hari ini membuktikan bahawa dunia ini diwarnai dengan perjuangan mahasiswa sejak turun-temurun.Dengan keazaman dan semangat yang dimiliki,mahasiswa bersama-sama masyarakat telah mencorakkan arus perkembangan negara.Sirah Nabawiyah menunjukkan peranan golongan-golongan muda seperti Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam,Mus'ab Bin Umair dan Talhah Bin Ubaidullah yang setia bersama-sama Nabi Muhammad dalam memperjuangkan Islam.Kebangkitan orang-orang Muda seperti Syeikh Muhammad Abduh (Universiti Al-Azhar),Mao Tze Tung (China),dan Raden Anjeng Kartini (Indonesia) menyokong lagi keterangan bahawa mahasiswa yang sarat dengan ideologi mudanya bisa menguasai dan menakluki dunia pada hari ini. Nama-nama yang disebutkan itu hanyalah secubit dari nama-nama tokoh besar mahasiswa yang bersama-sama masyarakat menggerakkan arus perkembangan rakyat.Kita tidak harus hanya mengagungkan zaman-zaman silam yang lepas tanpa memikirkan bagaimana mahu menggerakkan kembali masyarakat pada hari ini.Apatah lagi

USAH MALU DAN TAKUT BERCAKAP AGAMA

Terlebih dahulu,saya mulakan tulisan kali ini dengan memohon maaf kepada sahabat-sahabat sekelian.Saya tiada niat mengecilkan hati mana-mana pihak apatah lagi menjatuhkan maruah mana-mana pihak.Anda semua adalah orang-orang yang hebat dalam masyarakat.Saya hanya tumpang bersahabat sahaja.Sebagai sahabat,wajib bagi saya membuat teguran.Dan ia tidak bermakna saya ini sempurna.Semoga dengan teguran-teguran seperti ini akan mengingatkan saya kembali bahawa ada peranan dan tugas yang besar buat saya.Bagi saya Islam itu amat indah. Para nabi dan rasul dihantar kepada kita adalah untuk menyampaikan pesanan agama.Mereka membawa bersama kitab-kitab sebagai bukti bahawa Allah memimpin dan mewahyukan setiap perkarakepada mereka.Nabi muhammad juga diturunkan Al-Quran sebagai penyelamat kita semua.Kita tahu bahawa golongan yang terbaik di muka bumi ini adalah para nabi dan rasul kerana mereka adalah utusan Allah.Oleh kerana mengetahui besarnya kehebatan golongan ini,maka ada pula dikalangan kita ya