Tuesday, March 22, 2011

JANGAN MUDAH DIKUASAI FITNAH


Dunia hari ini dipenuhi dengan pelbagai fitnah dan berita palsu.Ia ibarat sudah menjadi makanan bagi penduduk dunia.Dari barat hinggalah ke timur,dari utara hingga ke selatan,pasti ada fitnah dan berita palsu yang disebarkan.Dan kita pula ibarat sudah terpedaya dan dikuasai oleh fitnah-fitnah itu.Tidak kira samaada fitnah itu datang dalam bentuk harta,kedudukan,dan bermacam-macam lagi.Kadang-kadang,gelombang fitnah yang datang itu menjadikan kita sukar untuk menilai yang manakah benar dan yang manakah pula salah.Semuanya itu akan menyebabkan kita terpedaya sekiranya bekalan iman dan mental yang cukup tidak dimiliki.

Sebagai ummat Islam,kita diajar untuk berjaga-jaga dengan angin fitnah ini.Doa-doa juga dipohon supaya kita dijauhi dari fitnah dunia,dajjal dan sebagainya.Maknanya,berat sungguh angin fitnah ini sehinggakan kita diminta untuk berjaga-jaga.Kita bukan sahaja diajar untuk mempersiapkan diri kita menolak angin fitnah ini bahkan kita dilarang sama-sekali menjadi pembawa obor fitnah ini.Usah menjadi pemula kepada tersebarnya sesuatu fitnah dan berita palsu.Bukan sahaja kita menyebabkan masyarakat jadi berpecah dan kacau-bilau,bahkan kita akan mendapat azab yang pedih di akhirat nanti.Kerana dosa menfitnah itu amat besar dan berat.

Segelintir masyarakat kita hari ini ibarat sudah bahagia dengan kehidupan menfitnah ini.Asalkan segala hajat dan kepentingan peribadi mereka tercapai,mereka sanggup lakukan apa sahaja termasuk menfitnah seseorang jika itu menyebabkan hajat kotor mereka tercapai.Hari ini,mudah-mudah sahaja fitnah dan berita-berita palsu itu tersebar samaada melalui media cetak mahupun media elektronik.Lama-laman sesawang dan laman sosial juga sudah disalahgunakan dengan dijadikan medium utama penyebaran fitnah dan berita palsu itu.Sebagai mahasiswa,kita wajib menganalisis setiap berita dan isu yang disampaikan kepada kita supaya pingat MAHA+SISWA yang dianugerahkan berada di tempat mulia dan tinggi.

Memang menarik bunyinya fitnah itu kerana ia sudah diubah-suai agar pendengar tertarik dengannya.Manusia sifatnya gemar kepada berita pansa dan lain daripada yang lain.Begitu juga pemberita kita.Jika berita yang panaa dan hangat diperolehi,sudah pasti tulisan atau hasil kerja mereka akan laris dan dicari oleh orang ramai.Sudah begitu yang berlaku dalam masyarakat kita.Justeru,benarlah seruan untuk kita semua agar menjauhi fitnah akhir zaman yang akan memperdayakan kita dengan seribu cara dan ragam.Sebagai manusia beriman,berdoalah kepada Allah agar menunjukkan kita setiap jalan kebenaran dan menjauhkan setiap jalan kebatilan.


Wednesday, March 16, 2011

MASALAH INTEGRITI DAN RASUAH : MASALAH BERSAMA


Kerajaan melalui Institut Integriti Malaysia dilihat bersunguh-sunguh dalam membudayakan integriti masyarakat Malaysia secara menyeluruh.Kerajaan melalui jentera mereka telah memperkenalkan Tekad 2008 bermula pada tahun 2004 bagi memastikan budaya integriti dalam kalangan rakyat Malaysia dapat disemarakkan.Fasa ini memerlukan masa selama 5 tahun dalam memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai.Tekad 2008 tidak berhenti setakat itu sahaja bahkan disambung pula dengan Tekad Integriti yang fasanya juga memakan masa selama 5 tahun.Elemen-elemen yang menjadi sasaran kepada tekad ini adalah sektor kerajaan,sektor swasta dan kita masyarakat sivil.Ini bermakna,semua pihak yang terkandung dalam negara Malaysia mempunyai tanggungjawab dalam menjayakan misi dan objektif sasaran yang ditetapkan ini.

Namun,harus diingat kejayaan kepada perlaksanaan dasar yang diwujudkan itu tidak hanya bergantung kepada program-program dan usaha-usaha yang dianjurkan kerajaan sahaja.Kalau begitu mudah sahaja tugas untuk mengukurnya.Jika kerajaan sudah melaksanakan usaha dan program,maka semua masalah integriti berjaya dilaksanakan.Bukan semudah itu cara untuk kita ukur.Di peringkat IIM,bagi mereka apabila berlakunya peningkatan dari segi laporan rasuah,maka berjayalah tugas mereka memberikan kesedaran.Namun persoalannya,adakah peningkatan laporan terhadap rasuah dan salah laku dapat menafikan tidak berlakunya peningkatan terhadap kes rasuah ini?Indeks rasuah dunia tidak diukur seperti itu sahaja.Dan jelas hari ini,Malaysia masih lagi mengekalkan kedudukan dalam indeks persepsi Rasuah Antarabangsa pada tangga yang ke-56.

Kedudukan Malaysia adalah di tangga yang ke-3 di Asia Tenggara selepas Singapura dan Brunei.Maknanya,untuk mengukur sepenuhnya Malaysia berjaya menangani gejala rasuah dengan berlaku peningkatan laporan masyarakat adalah tidak wajar.Namun,ini tidak bermakna kedudukan indeks rasuah Malaysia pada hari ini kita hanya bebankan ke atas kerajaan semata-mata kerana rakyat juga menyumbang kepada berlakunya gejala rasuah itu.Rasuah dan masalah integriti tidak harus ditafsirkan kepada pemberian dalam bentuk wang sahaja kerana ia juga melibatkan penyalahgunaan kuasa demi kepentingan tertentu.Selaku rakyat Malaysia,kita perlulah menyedari bahawa kita juga memainkan peranan kepada jatuh dan naiknya indeks rasuah Malaysia.Kadang-kadang,rasa menyedihkan juga apabila masyarakat memandang remeh isu rasuah ini.Buktinya,walaupun telah terbukti seseorang pemimpin itu terlibat dengan rasuah,masyarakat masih memilih mereka sebagai wakil atau pemimpin.Malaysia ini ketandusan pemimpin sangatkah sehingga golongan-golongan tersebut diangkat sebagai wakil mereka?

Di bawah kepimpinan YAB Dato'Seri Najib,kita melihat ada tindakan-tindakan yang diambil bagi menangani isu rasuah ini.Misalnya pendakwaan terhadap bekas Presiden MCA dan bekas MB Selangor.Persoalannya,adakah pendakwaan terhadap mereka berdua ini sudah cukup kita katakan kerajaan bermati-matian menangani isu rasuah ini.Tepuk dada,tanyalah fikiran anda masing-masing.Kita diberikan akal untuk berfikir sejauh mana usaha tersebut.Kita mengharapkan kes mereka berdua dibicara secara adil dan semua rakyat mendapatkan perkembangan dan maklumat kes tersebut.Media juga harus diberikan kuasa dalam memastikan rakyat mendapat berita yang terus dan telus terhadap pendakwaan tokoh politik berdua ini.Kita juga mengharapkan,selepas ini ada lagi tangkapan-tangkapan yang lain melibatkan orang-orang besar seperti ini bagi memastikan imej kerajaan dapat dibersihkan di mata masyarakat.

Untuk memastikan jenayah integriti dan rasuah ini dapat ditangani secara besar-besaran,kita mesti kembali kepada Deklarasi Muafakat Memerangi Rasuah pada 1997 yang melibatkan wakil badan kerajaan seperti BPR,Institut Kajian Dasar dan wakil-wakil antarabangsa.Melalui deklarasi tersebut,kerajaan dituntut memberikan kuasa penuh terhadap BPR untuk memanggil sesiapa sahaja yang disyakki dan didapati terlibat.Saya tidak nafikan ada usaha seperti transformasi BPR kepada SPRM namun tidak nampak perubahan yang jelas dan besar dapat kita banggakan.Mungkin juga,hukuman terhadap pesalah-pesalah rasuah ini perlu diberatkan lagi agar masyarakat menjadi jelek dengan jenayah rasuah ini.Sekadar dikaitkan dengan Akta SPRM 2009 (Akta 694),ia hanyalah menghukum dengan penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda nilai suapan.Namun,amat sukar untuk disabitkan hukuman tersebut apatah lagi pesalah-pesalah rasuah ini sudah pasti mampu menjelaskan denda yang dikenakan.Apalah kiranya,kalau mereka-mereka ini dikenakan sebat juga agar menjadi pengajaran kepada masyarakat lain.

Saya kira,usaha memerangi gejala rasuah ini perlu ditingkatkan lagi.Saya tidak nafikan telah ada usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan namun ia memerlukan penglibatan lebih serius lagi dari semua sektor kerajaan.SPRM juga perlulah bertindak secara adil dalam memastikan rasuah ini ditangani dengan baik dan membantu kembali memulihkan imej kerajaan yang sudah tercalar.Ia tidak hanya kepada slogan semata-mata,namun tindakan bersepadu yang menjadi penanda aras dan penentu.Masyarakat juga perlulah memainkan peranan dengan menolak segala bentuk masalah integriti dan rasuah ini.Janganlah dipilih pemimpin-pemimpin yang terlibat rasuah ini kerana kita juga bisa menjadi penyumbang ke arah najis rasuah ini.Yang penting juga,rakyat janganlah terpedaya dengan rasuah-rasuah politik setiap kali apabila tibanya musim pilihanraya umum atau kecil kerana tugas kita adalah menyahut seruan memerangi jenayah rasuah ini.

Bersama Memerangi Jenayah Rasuah!!



Tuesday, March 15, 2011

MALAYSIA DAN TSUNAMI JEPUN


Beberapa hari yang lepas,dunia digemparkan dengan tsunami yang besar telah berlaku di Jepun dengan meragut hampir 1600 nyawa dan lebih 10,000 orang dikhuatiri hilang.Dalam keadaan dunia meratapi bencana yang dahsyat itu,tiba-tiba sebuah akhbar media arus perdana milik Malaysia dilihat telah bertindak mengecilkan hati masyarakat dunia dengan memaparkan kartun superhero ultraman yang sedang berlari dikejar tsunami.Paparan kartun tersebut telah dikritik hebat oleh dunia apabila didakwa menghina dan tidak sensisitf terhadap bencana yang sedang dialami oleh Jepun.Apatah lagi,Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang sentiasa diperhati dunia perlulah menonjolkan imej mereka mewakili dunia Islam dalam menunjukkan keprihatinan terhadap bencana yang berlaku.Selepas kritikan dibuat,Berita Harian telah tampil memohon maaf kepada seluruh masyarakat dunia.Persoalannya,adakah dengan permohonan maaf itu akan merawat luka yang telah dialami oleh masyarakat dunia dengan mudah?Namun,saya memuji tindakan Berita Harian tersebut yang menunjukkan kesanggupan mereka untuk mengakui kesilapan dan memohon maaf.

Belum sahaja isu tersebut reda sepenuhnya,tiba-tiba seorang isteri pemimpin tertinggi Malaysia pula bertindak mengeluarkan kenyataan bahawa berlakunya tsunami kerana Kerajaan Jepun tidak menitik-beratkan faktor alam sekitar dan perubahan iklim dalam pembangunannya.Kenyataan dari negara Malaysia kembali menghangatkan tajuk utama berita antarabangsa dan mula mengambil tempat di laman sosial facebook dan twitter.Kenyataan tersebut sekali lagi dilihat mewakili Malaysia dan tidak sensisitif terhadap bencana yang dialami oleh negara Jepun.Saya musykil terhadap kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh seorang isteri pemimpin tertinggi negara.Berkali-kali saya membaca kenyataan tersebut kalau-kalau berlaku kesilapan terhadap pemahaman atau bacaan saya.

Saya kira,sebagai sebuah negara yang berdaulat,tidak sepatutnya Malaysia bertindak mengeluarkan kenyataan dengan dibenarkan seorang wanita penting negara membuat ulasan terhadap bencana tsunami seperti itu.Setahu saya,jika seseorang itu ditimpa musibah dan masalah,kita perlu melahirkan rasa ambil-berat kita dan tidak membebankan mereka dengan kenyataan-kenyataan yang dilihat tidak ada nilai sensitiviti.Samalah dengan apa yang pernah dialami oleh Kedah sebelum daripada ini.Di saat Negeri Kedah ditimba bencana banjir yang besar,pemimpin-pemimpin negara melalui media-media rasmi negara melakukan serangan dan kritikan terhadap Kerajaan Negeri Kedah.Katanya Kerajaan Kedah tidak cekap dan tidak prihatin terhadap isu banjir yang berlaku sehinggalah Baginda Sultan Kedah melahirkan dukacita terhadap suara-suara sumbang yang tidak menghargai sumbangan dan pengorbanan kerajaan baginda dalam membantu mangsa banjir.Pada mereka,tindakan itu dianggap mulia kerana Kedah dipimpin oleh Pakatan Rakyat yang berlainan ideologi politik.Perkara-perkara inilah yang terbawa-bawa oleh mereka dengan mengeluarkan kenyataan terhadap tsunami di Jepun mungkin hanyalah kerana kita berlainan kerajaan.Ia dilihat mirip sama cuma teks ulasannya sahaja yang berbeza.Kenyataan-kenyataan seperti ini dibimbangi boleh mengeruhkan hubungan diplomatik Malaysia dengan negara luar.

Saya harap akan tindakan daripada beliau bagi memulihkan kembali imej Malaysia di mata dunia.Saya memahami aspirasi dan niat murni beliau dalam memberikan nasihat dan teguran terhadap rakan kita Jepun cuma kemungkinan masa atau waktunya sahaja yang tidak sesuai.Di saat mereka kesedihan ditimpa bencana,cukup sekadar kita menyampaikan ucapan takziah mewakili Malaysia serta menghantar bantuan kemanusian dan pertolongan antarabangsa terhadap mereka.Kaedah ini lebih berkesan untuk kita mengeratkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun.Untuk komen dan teguran,ia boleh diberikan semasa diadakan pembedahan dan post-mortem terhadap bencana itu nanti.Tidak perlu kita bergopoh-gapah menjelaskan kepada mereka kerana ia dilihat agak kurang sensitif.

Saya kira,Malaysia perlu mengambil iktibar terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan agar kita tidak mengulangi kembali di masa hadapan.Media perlu memainkan peranan dengan bertindak sebagai jaguh bagi menghubungkan hubungan antara negara-negara.Sewajarnya media membuat tapisan terhadap apa-apa sahaja berita yang ingin dikeluarkan samada daripada siapa kenyataan tersebut ia dikeluarkan.Usah dilihat siapa yang berkata tapi lihatlah kepada isi ucapannya.Bagi kita ummat Islam,disamping kita berusaha mencari apakah justifikasi dan faktor berlakunya tsunami tersebut,kita perlu akur bahawa apa yang berlaku itu adalah kuasa Allah.Tindakan sabar dan tenang menghadapi ujian yang ditunjukkan oleh rakyat Jepun haruslah dicontohi apabila kita ditimpa bencana dan musibah nanti.Walaupun kita dan mereka berlainan agama,tetapi mereka sedar bahawa setiap musibah yang berlaku itu adalah ujian daripada Allah dan ia memerlukan kesabaran dan ketahanan yang tinggi daripada kita hambanya.Sikap yang mulia inilah sebagaimana ditunjukkan oleh Islam.

Salam Perpaduan!!

Monday, March 14, 2011

ISU LOTERI : ISU AGAMA DAN BANGSA


Sebagai bangsa Melayu dan rakyat Kelantan,saya rasa sungguh terpanggil dalam mempertahankan tindakan Kerajaan Kelantan yang telah melaksanakan pengharaman penjualan tiket loteri di Kelantan.Tindakan ini bukanlah perkara yang baru dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan bahkan sudah lama dijelaskan keburukan dan pengharamannya oleh Allah S.W.T sejak 1400 tahun yang lalu.Janganlah kerana perbezaan ideologi politik sempit kita,kita menolak usaha murni kerajaan Kelantan ini.Sebagai seorang anak Melayu Islam,saya rasa teraib dengan tindakan pihak-pihak tertentu dalam mempolitikkan isu ini.Saya bimbang,tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam menggagalkan usaha Kerajaan Kelantan ini akan melibatkan persoalan akidah yang dipegang.

Saya ada membaca kenyataan-kenyataan pemimpin tertinggi negara dalam menjawab isu ini.Jangan kerana sikap yang terlalu ingin berpolitik dan mengekalkan kuasa, kita sanggup menggadaikan maruah agama.Secara jujur,amat sedih saya membaca kenyataan-kenyatan pemimpin tersebut dalam mengulas isu pengharaman loteri di Kelantan.Antaranya yang sempat dipetik adalah :

“Kita serahkan kepada masyarakat bukan Islam untuk menilai bagaimana sikap dan pendirian kerajaan PAS dalam isu ini. Pendirian kerajaan Persekutuan tidak perlu kita jelaskan lagi,” katanya.

Amat menyedihkan lagi apabila kenyataan ini datangnya dari pemimpin-pemimpin Islam.Sedarkah mereka ketika mereka melafazkan kata-kata tersebut?Bagi saya,sudah terang lagi bersuluh siapakah yang sebenarnya memperjuangkan Islam dan bangsa Melayu itu.Saya tiada niat memanjangkan kalam ini kerana saya tidak mahu mengheret isu ini ke kancah politik.Seharusnya,sebagai pemimpin Melayu Islam,mereka menerangkan isu loteri ini kepada masyarakat bukan Islam dalam konteks agama dan sosial dan bukannya menjadi jaguh bagi pihak mereka.Saya optimis bahawa semua agama menolak penindasan dan kezaliman melalui penjualan loteri ini daripada berlaku.

Kelantan merupakan negeri yang paling ramai penduduk Melayunya.Dan sudah pasti mereka ini adalah Ummat Islam.Bagi mengurangkan gejala sosial dikalangan masyarakat Melayu ini,maka amat wajarlah tindakan Kerajaan Kelantan tidak membenarkan penjualan tiket loteri.Islam akan terjaga dan bangsa Melayu juga dapat diselamatkan daripada keruntuhan moral.Saya bukan mahu menjaga kepentingan Melayu itu tapi saya ingin mempertahankan agama yang dianuti oleh bangsa saya ini.Bagi mereka yang melaung-laungkan ketuanan Melayu itu,mereka perlu mempertahankan tindakan kerajaan Kelantan itu.

Untuk masyarakat bukan Islam pula,mereka perlu memuji usaha Kerajaan Kelantan ini.Sekurang-kurangnya,mereka dapat mengelakkan gejala sosial dan ketidakadilan dalam sistem ekonomi ini daripada semakin melarat.Saya memuji tindakan Presiden Perseketuan Tiong Hua Johor Bharu Lim Ik Kim yang menggesa Kerajaan Johor sebelum daripada ini agar mengawal dan memantau penduduk Johor ke Singapura untuk berjudi.Bagi saya,beliau bersetuju bahawa semua agama dan bangsa menolak perbuatan tidak bermoral seperti judi dan loteri ini kerana ia merupakan masalah gejala sosial yang amat serius.Maka,kita pula yang beragama Islam lebih-lebih lagi perlu memahami bahawa isu pengharaman penjualan loteri ini adalah hasrat semua bangsa dan agama.

Saya berharap agar semua pihak samada kerajaan,badan-badan politik dan masyarakat sivil tidak mempolitikkan isu pengharaman penjualan loteri oleh Kerajaan Kelantan ini.Semua pihak haruslah berganding bahu dalam mencari penawar menyembuhkan penyakit gejala sosial yang semakin kronik dikalangan masyarakat hari ini.Mangsa yang paling ramai terjebak dengan penyakit gejala sosial ini adalah bangsa Melayu kita.Jika kita lambat bertindak memberikan penawar,penyakit kronik ini akan terus membarah dan menghancurkan bukan sahaja bangsa Melayu bahkan seluruh rakyat Malaysia.

Sekian.

Sunday, March 13, 2011

PANTUN : BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN



Barisan mantan kepimpinan MPP sesi 2009/2010
"Agi Hidup Agi Ngelaban"


Dari Kelantan ke Negeri Sembilan,
Singgah sebentar di Negeri Pahang;
Salam dihulur sebagai pembukaan,
Moga Islam terus berkembang.

Rasa tenang bergelar mantan,
Tanpa ada sebarang sekatan;
Bebas bergerak ke kiri ke kanan,
Hidup bahagia bertambah aman.

Bila sudah bergelar mantan,
Ada pengalaman yang boleh dikongsikan;
Yang baik jadikan pedoman,
Yang buruk jadikan sempadan.

Menjadi wakil mahasiswa banyak cabaran,
Perlu berhadapan dengan semua orang;
Kadang-kadang kawan dianggap lawan,
Demi Islam terus dijulang.

Pengalaman MPP tiada tandingan,
Dikenali kawan mahupun lawan;
Bukan ia satu kebanggaan,
Beratnya tugas yang perlu dilaksanakan.

Watikah diterima menyahut cabaran,
Bukan kebanggaan tapi bebanan;
Memberikan cadangan melontarkan pandangan,
Mewakili mahasiswa memimpin perubahan.

Bila bersuara dianggap lantang,
Bila diam ada pula kecaman;
Itulah lumrah sebagai pejuang,
Perlu bersabar setiap ujian.

Jangan bertindak menggunakan emosi,
Kelak akan merana diri;
Carilah hikmah yang tersembunyi,
Barulah makmur hidup harmoni.

Layanlah MPP sebagai kawan,
Kerana mereka wakil tuan-puan;
Sudah menjadi hukum alam,
Ada kelemahan dan juga kekurangan.

Ditagih mahasiswa memperjuangkan kebajikan,
Juga perantara mewakili pengurusan;
Perlu bijak melakukan tindakan,
Agar semua beroleh keuntungan.

Bila dimaki lemparkan senyuman,
Bila dipuji jadikan kekuatan;
Jauhkan ke tepi kata perasaan,
Berpegang teguhlah dengan Hadis dan Quran.

Bila tersilap itulah keindahan,
Bila tepat hanyalah kebetulan;
Jadikan kesilapan sebagai pengajaran,
Jangan diulang di masa hadapan.

Akhir kata maaf dipinta,
Jika ada yang rasa terkena;
Tiada niat untuk mengata,
Hanya mahu berkongsi rasa.

Sekian.

Nukilah Insan kerdil bernama Abdullah Long
Jam 1.15 petang bertarikh 14 Mac 2011.


Saturday, March 12, 2011

MERAKYATKAN MAHASISWA





Sejarah hari ini membuktikan bahawa dunia ini diwarnai dengan perjuangan mahasiswa sejak turun-temurun.Dengan keazaman dan semangat yang dimiliki,mahasiswa bersama-sama masyarakat telah mencorakkan arus perkembangan negara.Sirah Nabawiyah menunjukkan peranan golongan-golongan muda seperti Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam,Mus'ab Bin Umair dan Talhah Bin Ubaidullah yang setia bersama-sama Nabi Muhammad dalam memperjuangkan Islam.Kebangkitan orang-orang Muda seperti Syeikh Muhammad Abduh (Universiti Al-Azhar),Mao Tze Tung (China),dan Raden Anjeng Kartini (Indonesia) menyokong lagi keterangan bahawa mahasiswa yang sarat dengan ideologi mudanya bisa menguasai dan menakluki dunia pada hari ini.

Nama-nama yang disebutkan itu hanyalah secubit dari nama-nama tokoh besar mahasiswa yang bersama-sama masyarakat menggerakkan arus perkembangan rakyat.Kita tidak harus hanya mengagungkan zaman-zaman silam yang lepas tanpa memikirkan bagaimana mahu menggerakkan kembali masyarakat pada hari ini.Apatah lagi,kita ditegah sama sekali untuk menoktahkan perjuangan mahasiswa dengan mengagungkan nama-nama yang besar seperti yang disebutkan tadi.Darah mahasiswa dan orang muda yang mengalir deras dalam diri ini haruslah dibiarkan dan digunakan demi kepentingan masyarakat.Tuntasnya,mahasiswa pada hari ini adalah cerminan kepada masyarakat akan datang.Dan kitalah mahasiswa sebagai tulang-belakang kepada arus perubahan dan perkembangan masyarakat itu.




"Ya Allah,,jadikanlah kami ini lebih baik daripada apa yang mereka sangka,mereka sangka kami ini pandai maka biarlah kami ini pandai sungguh-sunguh,bahkan biar lebih lagi.Dan sebanyak mana cakap-cakap atau tuduhan mahupun sungutan yang disebut mengenai diri ini,kalau berlaku sungguh janganlah engkau ambil peduli wahai tuhan dan sebanyak mana kesilapan yang kami buat dan manusia-manusia tidak tahu,maka tolonglah ampunkan dosa-dosa kami itu.Sesungguhnya kami tiada daya upaya melainkan dengan rahmat dan kekusaanMu ya Allah"

Doa ini haruslah kita amalkan agar walaubagaimanapun kebijaksanaan yang dimiliki oleh kita mahasiswa tidak menyebabkan kita jadi takbur.Inilah kunci kejayaan ulama'-ulama' silam dalam menyebarkan ilmu mereka ikhlas kerana Allah.Sebagai mahasiswa yang sarat dengan ideologi yang segar dan bugar,masyarakat di luar sana menantikan bantuan dan bimbingan dari kita.Jauh dari raut wajah mereka mengharapkan kita meneruskan legasi perjuangan yang sedia ada.Tidak perlu untuk bercakap jauh,cukup dengan hanya membantu mereka dalam merawat anak-anak muda hari ini yang semakin melarat.Anak-anak muda di luar sana amat tenat dan memerlukan kita mahasiswa memimpin dan membimbing mereka pulang kembali kepada masyarakat.Barulah khidmat dan jasa mahasiswa pada hari ini tercatat dalam lipatan sejarah dan dikenang oleh dunia.

Lapangan masyarakat adalah dunia sebenar untuk kita belajar.Di kampus,kita hanya didedahkan dengan ilmu-ilmu bersifat teori semata-mata yang kadang-kadang sukar untuk kita buktikan.Nah,pembuktian sebenar adalah apabila kita turun ke lapangan masyarakat.Itulah medan belajar sebenar yang harus kita lalui.Dunia mahasiswa tidak hanya kampus dan dalam lingkungan sempit ini sahaja.Tidak ada tempat lain yang paling baik untuk kita belajar melainkan apabila kita pulang ke kampung dan tempat yang kita dibesarkan itu.Di situ,tempat terbaik untuk kita muhasabah kembali ilmu yang telah kita pelajari.Kalau kita masih kekok berhadapan dengan mereka,dengan masyarakat yang lain lebih-lebih lagi.Pulanglah berkhidmat untuk kampung sendiri walaupun hanyalah sekadar penjaga surau dan pendengar masalah rakyat.Mereka memerlukan kita mahasiswa.



Yang minat politiknya,boleh menggerakkan politik ilmu dan politik nilai dikalangan masyarakat.Yang minat berprogramnya,boleh malaksanakan program untuk mereka.Setiap daripada kita ada peranan dan kelebihan masing-masing.Jika kita tidak menggunakannya dengan baik,dunia akan kerugian darah-darah muda seperti kita.Tidak selamanya usia keemasan seperti ini akan kita miliki dan sedarlah ia akan meninggalkan kita juga.Masyarakat pula,tidak semua benda yang mereka faham dan tahu.Samalah keadaan itu dengan mahasiswa juga.Jadi,kalau yang tidak tahu bercampur dengan yang tahu,I.Allah ilmu yang kita miliki itu akan berkembang dan terus berkembang ke tempat yang sepatutnya.Mudah-mudahan,mahasiswa yang arif dengan perkembangan dunia sekarang boleh membantu masyarakat di luar sana.Zaman-zaman Hang Tuah,Pak Belalang,Hang Nadim sudah berlalu.Sekarang adalah zaman kita melakar sejarahnya pula.

Tinggalkanlah sementara dunia kampus itu.Turunlah walau sebentar ke dalam masyarakat.Baik sahabat-sahabat dari universiti tempatan mahupun luar negara,universiti kerajaan mahupun swasta,kita ada tanggungjawab yang besar di luar sana.Pergilah dan gaulilah dengan masyarakat.Kita akan tahu samaada serupa atau tidak dengan apa sahaja ilmu yang kita belajar.Adakah ilmu kita ini berpijak di bumi nyata atau ia hanya sekadar fantasi sahaja.Seperkara harus diingatkan,apabila kita sudah turun kepada masyarakat nanti,akan habislah duit dan masa sekejap, namun kita dapat belajar benda baru yang tidak wujud semasa kita berada di universiti mahupun di sekolah dahulu.




*Seruan bersama masyarakat.Daripada masyarakat kita datang,dan kepada masyarakat kita akan ditugaskan.


Thursday, March 10, 2011

USAH MALU DAN TAKUT BERCAKAP AGAMA





Terlebih dahulu,saya mulakan tulisan kali ini dengan memohon maaf kepada sahabat-sahabat sekelian.Saya tiada niat mengecilkan hati mana-mana pihak apatah lagi menjatuhkan maruah mana-mana pihak.Anda semua adalah orang-orang yang hebat dalam masyarakat.Saya hanya tumpang bersahabat sahaja.Sebagai sahabat,wajib bagi saya membuat teguran.Dan ia tidak bermakna saya ini sempurna.Semoga dengan teguran-teguran seperti ini akan mengingatkan saya kembali bahawa ada peranan dan tugas yang besar buat saya.Bagi saya Islam itu amat indah.

Para nabi dan rasul dihantar kepada kita adalah untuk menyampaikan pesanan agama.Mereka membawa bersama kitab-kitab sebagai bukti bahawa Allah memimpin dan mewahyukan setiap perkarakepada mereka.Nabi muhammad juga diturunkan Al-Quran sebagai penyelamat kita semua.Kita tahu bahawa golongan yang terbaik di muka bumi ini adalah para nabi dan rasul kerana mereka adalah utusan Allah.Oleh kerana mengetahui besarnya kehebatan golongan ini,maka ada pula dikalangan kita yang mengaku diri sebagai nabi agar dipandang mulia oleh masyarakat.Seharusnya mereka sedar,mulianya nabi adalah kerana menjadi utusan Allah dan menyebarkan risalah agama.Maknanya,golongan agama yang seangkatan dengan baginda juga adalah mulia.Justeru,untuk menjadi mulia,cukuplah sekadar mereka menjadi pendakwah kepada agama dan kebenaran tanpa perlu mengaku diri itu nabi.




Ada dikalangan kita malu dan segan bila berbicara soal agama.Rasa diri mereka seolah-olah mundur dan ketinggalan zaman.Hatta,keadaan seperti ini berlaku kepada penuntut jurusan agama.Malunya mereka mahu mengaku "saya adalah pelajar bidang syariah,saya adalah pelajar pengajian Islam,saya adalah pelajar Usuluddin".Adakah mereka rasa hina dengan gelaran yang dipegang.Saya akui amat malu mempunyai kawan seperti ini.Firman Allah S.W.T di dalam Surah al-Ankabut 29:25 maksudnya :

"Dan Nabi Ibrahim berkata pula (kepada kaumnya) : Perbuatan kamu menyembah berbagai berhala,tidak menyembah Allah,hanyalah kerana menjaga hubungan kasih mesra di antara kamu masing-masing dalam kehidupan dunia ini ; kemudian pada hari kiamat kelak setengah kamu akan membantah setengahnya yang lain ; dan tempat kembali kamu ialah neraka, dan kamu tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan (untuk melepaskan kamu daripadanya)".

Dalam ayat tadi,dapat difahami bahawa dakwah Nabi Ibrahim tidak diterima kerana masyarakat pada zaman itu menjaga hubungan sesama mereka dan dibimbangi mereka akan dibenci dan dipulaukan antara mereka.Mereka takut hubungan yang terbina atas dasar jahiliah akan terputus.Keadaan seperti ini saya kira berlaku juga pada zaman kita ini.Masyarakat takut berbicara soal Islam dan kebenaran kerana takut dianggap pemecah-belah perpaduan.Dangkalnya pemikiran manusia-manusia ini.Islam itu datang sebagai penyelamat dan pengukuh perpaduan.Tolong tunjukkan di mana ayat dalam Quran jika ada ayat yang apabila bercakap soal agama,maka ia boleh memecah-belahkan masyarakat.Anda semua golongan cendiakawan Islam.Tanggungjawab anda lebih besar dari kami yang hanya masyarakat biasa.Keluarkan kata-kata anda untuk Islam.Kami sedia menerima dan mengikutinya.

Tidak semua orang mengerti soal agama dan akhirat kecuali anda para cendiakawan Islam.Ingatkan kami semua pasal akhirat.Kami dahagakan cahaya-cahaya Islam.Sahabat-sahabat kami sudah ramai yang tersasar jauh dari jalan yang benar.Tugas anda semua adalah menasihati mereka semua agar kembali kepada Islam.Kami tidak minta perkara yang susah kecuali hanya berharap anda mengingatkan kami tentang akhirat sahaja.Hidup ini tidak terhenti setakat ini.Kita semua akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.Di sana,sudah pasti kami akan berhujah jika ditanya kenapa tidak ikut Islam,kami akan kata kerana ulama'-ulama'Mu menyembunyikan kebenaran daripada kami.Mereka hanya bersetuju dengan apa yang kami lakukan.Mereka menyokong kesalahan dan dosa kami.Ya Allah,kau azab mereka terlebih dahulu sebelum kami di azab.Itu sekiranya anda ulama' suk.Tapi,kalau anda ulama' yang benar,kami tumpang bahagia bersama anda di akhirat nanti.




Kalau kita ke sekolah,ada cikgu yang mengajar kita ABCD.Kalau kita di rumah,ada ibu yang medidik dan membimbing kita.Jadi,kalau kita ada masalah dalam soal agama,ada ulama' yang akan membimbing dan menasihati kita.Akur sahaja setiap pesanan mereka kerana mereka sudah tentu arif daripada kita.Kalau kita dengan cikgu di sekolah,mereka akan didik dan asuh kita sampai kita faham dan kenal abjad dan nombornya.Mereka tidak pernah kenal penat-lelah kerana tugas mereka adalah membimbing anak bangsa.Samalah dengan ulama' ini.Mereka akan terus-menerus mengajar dan membawa kita ke jalan akhirat.Kita tidak perlu membebel kenapa mereka ini menyibuk dengan urusan kita.Kerana mereka setia dengan ilmu mereka.Mereka tahu hukum-hakamnya kerana kitab ada di dada-dada mereka.

Berbalik kembali kepada akar pembincangan kita.Usahlah malu dan takut berbicara soal agama ini.Anda,saya dan sahabat semua adalah petugas-petugas agama Allah.Kita belajar agama mulanya dengan kenal Allah.Allah itu maha berkuasa.Jika kita malu dengan manusia,malulah lebih-lebih lagi dengan Allah.Allah tahu apa yang kita lakukan.Kita tidak boleh sekadar berdiam-diri dan menunggu orang datang bertanya kepada kita.Kita wajib keluar berdakwah dan menegur apa yang silap dengan kehidupan ini.Kita bukannya mahu menghukum tetapi hanya mahu mendidik dan membimbing masyarakat ke jalan yang sebenarnya.Jangan kita rendahkan keilmuan Islam demi kepentingan sempit diri.Usah jadi ustaz-ustaz seperti terompah kayu.Di mana ia dipijak,disitu dia akan mengikut.Kita ada maruah dan harga diri.Harga diri dan maruah kita hanyalah untuk Islam!!!



Wednesday, March 9, 2011

JANGAN MENCACI PEWARIS NABI







"Ulama' pewaris para nabi"
Hadis riwayah Ibn Majah

Saya mulakan tulisan pada kali ini dengan merujuk kepada hadis berkenaan dengan Ulama' adalah pewaris para nabi.Tidaklah nabi-nabi itu meninggalkan harta dan takhta kepada kita tetapi baginda semua meninggalkan ulama' untuk kita ikuti.Sudah menjadi adat masyarakat sekarang apabila dengan mudah mengina dan mencaci para ulama'.Dikatakan ulama' itu ketinggalan zaman,menolak kemajuan,,mundur,tidak tahu mentadbir dan berbagai-bagai kutukan dan cacian ditujukan kepada mereka.Apatah lagi,amat menyedihkan jika kutukan itu datangnya dari melayu kita yang mengaku Islam.Di manakah letaknya keimanan mereka terhadap hadis yang kita bicarakan di awal tadi?

Jangan dihina dan dicaci para ulama' itu.Bila kita caci ulama' dan tok-tok guru ini,kita juga telah mencaci agama kerana tugas mereka adalah menyampaikan pesanan agama.Bila kita caci mereka,dibimbangi kita juga mencaci para nabi kerana mereka adalah penyambung rantai-rantai perjuangan para nabi.Oleh kerana mereka adalah pewaris nabi,maka mereka tidak akan sama-sekali berdiam diri dalam menegur perkara mungkar.Jika adapun yang hanya mendiamkan diri dan bersetuju dengan kemungkaran yang dilakukan,mereka-mereka itu dikira ulama' suk atau ulama jahat.Kadang-kadang,mereka yang berdiam diri dipanggil juga dengan gelaran syaitan bisu.

Peranan dan tugas ulama' amat besar.Mereka sesekali tidak akan berdiam-diri dari mengingatkan masyarakat tentang akhirat.Setiap perbuatan yang kita lakukan ada dosa dan pahalanya.Dari dosa dan pahala itulah yang akan menentukan tempat kita di akhirat nanti.Teringat pesanan Tok Guru Nik Aziz bahawa apabila kita sudah sampai di akhirat,ia amat berbeza dengan dunia pada hari ini.Akhirat berbeza dengan Kelantan,Malaysia,England dan sebagainya.Kalau di dunia,kita boleh berurusan dengan mata wang Ringgit ataupun Dolar.Itupun sudah terbatas mengikut sempadan wilayah negara.Namun,di akhirat hanya amalan yang soleh sahaja diterima sebagai matawang.Segala yang kita miliki di dunia akan hancur dan ranap ditelan bumi.Pada saat itu, bukan waktunya untuk kita bekerja mencari amal tetapi ia waktu untuk kita menerima pembalasan amalan yang dilakukan di dunia ini.Jika kita menghina para ulama',saat itu kita akan dihitung dengan hitungan yang sebenar-benarnya dihadapan Allah.

Sebab itu,sejauh mana kita degil dan jahil sekalipun,jangan dihina para ulama' itu.Biarkan mereka dengan urusan dan kerja mereka.Tugas kita hanya mengikuti mereka sahaja.Ingatlah bahawa mereka yang menghina para ulama' dan tok-tok guru ini hidup mereka tidak akan bahagia selamanya.Sudah banyak bukti akibatnya yang telah berlaku dan ada juga yang saya saksikan.Saat bila dan di mana yang akan datang,semuanya urusan Allah yang menentukan.Kita sebagai hamba hanya perlu mengelakkan daripada peristiwa itu berlaku.Semoga Allah menjauhkan kita daripada azab disebabkan kejahilan dan kebodohan manusia-manusia seperti itu.

Ada yang berhujah kononnya ulama' ini bukannya mak'sum dan suci dari dosa.Jadi,mereka halal untuk kita kritik dan sanggah hujah mereka.Ya,saya tidak nafikan pendapat golongan-golongan seperti ini.Saya pun tidaklah taksub dengan mereka ini.Cuma persoalan saya kepada golongan ini,adakah mereka mahu jika diri mereka dan keluarga sendiri dihina dan dicaci tanpa ada hak pembelaan?Adakah mereka suka menghina kaum-kerabat dan sahabat-sahabat sendiri?Dan adakah mereka pernah menghina dan mencaci para pemimpin negara yang melakukan kemungkaran bersalahan dengan hukum yang ditetapkan syariah.Saya yakin mereka tidak melakukannya kerana ada kepentingan tertentu disebaliknya.Begitulah juga kita dengan para ulama' ini.Jika dengan golongan-golongan tadi kita ada kepentingan,maka dengan para ulama' adalah lebih-lebih lagi.

Akhirnya,saya merasakan lebih baik untuk kita ikut Quran dan Sunnah.Untuk ikita ukur sesuatu perkara itu samada betul atau salah,ukurlah dengan Quran dan Sunnah.I.Allah,segalanya akan baik dan selamat.Ia sudah menjadi peraturan bagi kita sebagai hambaNya.Dan peraturan seperti inilah kita katakan ia sebagai agama.Bagi mereka yang merasakan janggal dengan hukum agama,ingatlah setiap perkara dalam hidup ini ada undang-undang dan peraturannya.Kalau Malaysia ada peraturannya,Singapura pun ada peraturannya,maka lebih-lebih lagi kerajaan Allah itu juga ada peraturannya.Dan undang-undang peraturan Allah itu sudah tercatat dalam Quran sebagai asas perlembagaannya.Selamatlah mereka yang menjadikan ia sebagai asas rujukan kehidupan.

Sekian.



Tuesday, March 8, 2011

FENOMENA FILEM KOMEDI HANTU KAK LIMAH





Menarik untuk dikongsikan bersama sahabat sekelian tentang filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Kampung.Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. arahan Mamat Khalid mula ditayangkan kepada penonton pada 9 Disember 2010 lagi.Filem tersebut merupakan lanjutan dari kesinambungan filem Zombi Kampung Pisang yang telah diterbitkan sebelum ini.Filem ini dibarisi oleh pelakon-pelakon berbakat besar seperti Awie,Johan Raja Lawak,Zami Ismail,Man Kadir dan ramai lagi pelakon-pelakon yang lain.

Ia seolah-olah menjadi satu fenomena bagi seluruh masyarakat Malaysia apabila filem ini dijadikan bahan bualan bersahaja segenap lapisan masyarakat.Bermula daripada golongan-golongan kanak-kanak sehinggalah golongan tua yang sudah lanjut usia.Bahkan,ia juga dijadikan bahan-bahan pelaris ceramah motivasi dan para ustaz bagi menghiburkan hadirin.Maknanya,besarnya pengaruh filem tersebut kepada masyarakat Malaysia dan tidak salahlah kalau saya katakan ia ibarat satu fenomena.Moga kita mengambil ikhtibar disebaliknya.

Saya bersetuju dengan gaya penceritaan filem tersebut yang menunjukkan sikap masyarakat Melayu Malaysia yang sebenar apabila mempercayai khurafat secara berlebih-lebihan.Sehinggakan,kak Limah yang separuh akal dianggap hantu bagi penduduk Kampung Pisang.Dibawakan bomoh-bomoh untuk menghalaunya namun tidak berjaya kerana hanya kuasa Allah sahaja yang berhak menghalaunya.Sindrom yang berlaku dalam masyarakat Melayu kita pada hari ini apabila terlalu mempercayai kuasa bomoh-bomoh yang kononnya terlalu berkuasa mengubati sesuatu.Filem ini menjentik pemikiran masyarakat agar membuka mata seluas-luasnya terhadap sindrom ini.

Apabila mendapat satu berita,masyarakat kita jarang melakukan usul periksa secara mendalam.Mereka hanya suka menyebarkan sesuatu berita apabila ia dianggap sensasi dan hot.Inilah yang mahu ditunjukkan melalui filem tersebut.Tanpa usul periksa terhadap mayat yang dijumpai di rumah Kak Limah,mereka terus menganggap itulah jenazah Kak Limah yang sudah menjadi hantu.Lalu disebarkan berita segenap kampung agar semua mendapatkan maklumat yang sensasi tersebut.Begitulah juga keadaan sebenar masyarakat kita pada hari ini.

Selain itu,ditunjukkan juga keadaan sebenar perjalanan mesyuarat masyarakat Melayu kita pada hari ini.Banyak masa dihabiskan kepada perkara-perkara yang tidak penting sehinggakan mempengaruhi perjalanan mesyuarat.Mesyuarat juga tidak berfokus dan berlanjutan disebabkan masalah-masalah sampah yang dibangkitkan.Isu taat kepada ketua juga seakan-akan longgar kerana masing-masing menganggap mereka hebat daripada orang lain.

Secara jujurnya,saya merasakan filem tersebut amat baik dan bersikap jujur.Tahniah saya ucapkan kepada Abang Mamat Khalid atas filem yang ditayangkan.Disebalik banyaknya filem-filem tahyul dan mengarut yang membanjiri filem tanah air,masih ada filem seperti ini yang mengimbangkan kembali budaya khurafat masyarakat Melayu Malaysia.Namun,saya tetap akur bahawa filem tersebut ada juga kelemahannya yang perlu dibaiki untuk masa-masa yang akan datang.Saya cadangkan agar boleh dilakukan pembedahan terhadap filem tersebut oleh golongan-golongan akademik dan mungkin pihak universiti boleh memulakannya. Apapun,tahniah sekali lagi diucapkan kepada Abang Mamat Khalid dan seluruh krew penerbitan.


Monday, March 7, 2011

SEDERHANALAH DALAM SETIAP BERITA

"Imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai persamaan kerana mengaburi mata pengikutnya demi memuaskan segala nafsu mereka."

(Artikel asal dari Utusan Online 6/3/2011)


Saya melahirkan rasa dukacita dan sedih dengan kenyataan Pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Farahana Jamaludin apabila mengatakan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan) boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Sebagai rakyat Kelantan,saya berasa amat terhina dengan kenyataan seperti ini.Secara jujurnya,saya tidak memiliki apa-apa kepentingan dengan MB Kelantan ini kerana saya hanyalah rakyat biasa apatah lagi AUKU membataskan saya menjadi ahli pengikutnya.Namun,saya hormati keperibadian akhlak dan ilmu yang dimiliki oleh tokoh ulama' ini.Saya berkawan dengan semua orang.Saya mempunyai ramai teman-teman daripada kedua-dua belah pihak parti terbesar yang salah satunya dianggotai oleh tokoh ulama' ini.

Saya tidak suka untuk mencoretkan artikel ini dengan isu politik.Secara jujurnya,saya katakan seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira ideologi politik menghormati TGNA ini.Rakyat Kelantan sudah turun-temurun menjadikan ulama' sebagai tokoh masyarakat mereka.Ini kerana suasana persekitaran dan demografi negerinya yang penuh dengan pondok-pondok ilmu dan sekolah-sekolah ugama di seluruh negeri.Mereka amat memuliakan golongan-golongan ulama' ini tetapi tidaklah sampai ke tahap memuja dan menganggap mereka ini suci dari dosa.

Seandainya ada rakyatnya yang tidak berpuas-hati dengan TGNA ini,ia hanya berlegar-legar dalam aspek pentadbiran kerajaan negeri yang diketuainya sahaja.Tidak pernah menyentuh ketinggian ilmu yang dimiliki olehnya.Sebagai buktinya,kuliah ilmu yang diadakan olehnya di tengah-tengah bandar Kota Bharu dibanjiri oleh segenap rakyat negeri Kelantan.Bahkan,ia bukan hanya dihadiri oleh rakyat negeri Kelantan bahkan juga dihadiri oleh negeri-negeri jiran yang berdekatan.Inilah aura keilmuan yang dimiliki olehnya tetapi rakyat sedar itu hanyalah sedikit sahaja keilmuan yang diberikan Allah kepada tokoh ulama' ini.

Di dalam setiap ucapan dan ceramah yang dihadiri olehnya,beliau tidak pernah lupa dari mengingatkan hadirin tentang Islam sebagai agama penyelamat.Beliau mengingatkan setiap kehidupan ada dosa dan pahalanya.Oleh kerana itu,setiap perkara yang dilakukan akan menentukan titik akhir di akhirat nanti samaada ke syurga atau neraka.Itu sahaja perkataan yang menjadi zikir-zikir di dalam setiap ucapan dan ceramahnya.Seluruh rakyat di negeri ini seolah-olah sudah dipasak dengan ibadah dan iman sejak dari kecil lagi.Saya merasakan tidak salah untuk beliau mengingatkan rakyatnya tentang Islam ini.

Akhirnya,saya mengharapkan pihak-pihak tertentu samaada media atau sesiapa sahaja tidak berlebih-lebih dalam mengeluarkan kenyataan media terhadap tokoh rakyat negeri Kelantan ini.Kenyataan seperti ini langsung tidak menguntungkan mana-mana pihak bahkan menjatuhkan lagi imej Islam sebagai agama yang indah.Ia juga akan membangkitkan kebencian seluruh rakyat Kelantan terhadap media yang menyiarkan berita tersebut.Mungkin yang sudah disiarkan tidak dapat ditarik balik lagi.Tetapi,saya mengharapkan untuk siaran media yang akan datang,haruslah diteliti secara mendalam dan bersederhana dalam beritanya.


Friday, March 4, 2011

TUGAS DAN PERANAN BARU BERMULA



(Gambar insan dari Muslim Muhmad)


(Gambar ihsan dari Syazwan Suhaimi)


10 tahun lalu,aku baru memasuki sebuah sekolah Ugama yang tertua di Kelantan
10 tahun lalu,aku mula mengenal Allah dengan erti yang sebenar
10 tahun lalu,aku diajar solat dan ibadat dengan jalan yang lurus
10 tahun lalu,aku menangis apabila dipisahkan bersama keluarga buat seketika
10 tahun lalu,aku masih mencari siapa diri aku
10 tahun yang lalu,aku hanya tahu aku hanyalah aku.

Kini,usiaku melangkah 23 tahun
Kini,aku telah bebas melakukan apa sahaja
Kini,aku kenal siapa diri aku
Kini,aku bebas memilih cara hidupku tanpa dipaksa
Kini,aku berhak menentukan siapa kerajaan pilihanku
Kini,aku yakin adanya penghidupan di akhirat nanti
Kini,aku sedar aku hanyalah hamba Allah di muka bumi
Ada misi dan visi yang perlu aku laksanakan
Demi melihat Islam terus mekar melebarkan sayapnya.

(Nukilan khas sempena Hari Lahirku ke 23)

Esok,6 mac 2011,genaplah usiaku 23 tahun.Umur seperti ini biasanya ramai yang sudah berkeluarga dan berkerjaya.Namun,aku masih perlu menghabiskan pengajianku di peringkat ijazah sarjana muda di USIM.Banyak tanggungjawab yang terpikul dibahuku sekarang.Bermula dari hamba Allah yang kerjanya hanya beribadat kepadanya.Apatah lagi,diberati dengan pesanan bonda yang selalu perlu diingati.

Jika dibandingkan dengan sahabat yang lain,sekadar 23 tahun ini masih kurang pengalaman dan asam-garam kehidupannya.Namun,aku sedar putaran kehidupan ini biasanya sama sahaja.Skrip dan plot ceritanya sama tapi pelakonnya hanya sahaja biasa.Ke mana sahaja kita pergi selalu ingatkan Allah tuhan pencipta semesta.Walaupun apa sahaja darjat dan kedudukan kita,jangan kita lupa kaum kerabat dan keluarga yang sentiasa menyokong kita.

Aku sedar,kini aku yang perlu menguruskan diri sendiri.Aku yang perlu menentukan kehidupan sendiri tanpa ada sesiapa yang mencaturnya.Jika baik dan Islam pilihanku,segalanya baik untuk aku.

Aku bersyukur dilahirkan di dalam keluarga Melayu Islam di sebuah negara yang majmuk masyarakatnya.


Thursday, March 3, 2011

HANYA KERAJAAN ALLAH YANG KEKAL


Hanya kerajaan Allah yang kekal selamanya.Kerajaan manusia yang ada pada hari ini pasti ada waktu jatuh dan turunnya.Tiada kerajaan manusia yang kekal abadi.Landskap politik dunia Arab pada hari ini menunjukkan kebangkitan ummat Arab menolak pemimpin-pemimpin yang korup dan tidak amanah.Bermula dari kejatuhan Zine al Abidene Ben Ali di Tunisia,diikuti Husni Mubarak di Mesir,Yaman,Libya,Bahrain,Maghribi dan juga Jordan ada keinginan yang sama.Ini menunjukkan,benarlah bahawa tiada kerajaan yang kekal berkuasa kecuali kerajaan Allah.

Kebangkitan rakyat seluruh dunia menunjukkan mereka menuntut keadilan dan ketelusan demokrasi yang tulen.Mereka hanya mahukan hak mereka terbela tanpa sebarang kompromi.Mungkin rakyat Mesir boleh bertahan hampir 30 tahun lamanya,namun sampai bila mereka boleh bertahan dengan kekejaman yang berlaku.Manusia ada batas kesabarannya yang terhad.Apabila sudah tidak dapat dikawal,mereka akan bangkit daripada pertahanan yang dibuat.


Demokrasi ada baiknya juga namun kedudukannya adalah selepas Islam.Alangkah indahnya jika kebangkitan rakyat seluruh dunia pada hari ini didasari dengan Islam.Seharusnya,bumi Arab dijadikan rujukan utama dalam kebangkitan Islam seluruh dunia.Faktor arab sebagai tempat berhimpunnya para nabi menjadi asas kukuh bahawa mereka sepatutnya menjadikan Islam sebagai dasar negara.Islam tidak menolak sepenuhnya demokrasi dan Islam menjamin demokrasi walaupun demokrasi tidak pernah menjamin Islam itu sendiri.Saya mengimpikan kebangkitan rakyat bertunjangkan Islam.

Keadaan ini jelas memberikan signal bahawa rakyat tidak akan selamanya berdiam diri dan kerajaan juga tidak akan kekal selamanya.Kerajaan akan bertukar silih-gantinya jika tidak meletakkan Islam sebagai dasar negara.Bila-bila masa sahaja Allah boleh mencabut kuasa yang dipinjamkan kepada kerajaan yang ada pada hari ini.Kita sebagai rakyat biasa perlu meyakini bahawa mana-mana kerajaan memerintah akan melaksanakan kebaikan dan pembangunan untuk rakyatnya tanpa diminta.Jika sudah merasa jemu dengan apa yang ada,tiada sebab untuk kita tidak menolak mereka.


Kuasa segalanya di tangan kita.Jika kita terus berdiam diri,kita akan kerugian nikmat rakyat yang dipinjamkan kepada kita.Kita rakyat yang berkuasa menentukan dasar sesebuah negara.Jika kita memilih pemimpin kerana Islamnya,negara pasti akan diterapkan dengan acuan Islam.Persoalannya,adakah kita nak atau tak nak sahaja???


Wednesday, March 2, 2011

TAHNIAH ABANG BOB LOKMAN





Nama Bob Lokman adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air.Melihat susuk tubuh beliau sahaja,ramai yang tidak kering gusi ketawa.Berbakat besar dalam bidang lakonan,pelawak,pengacara dan berbagai-bagai lagi bakat yang dimiliki.Beliau juga seorang penulis lirik lagu Melayu yang begitu hebat. Akhil hay sudah hijrah,Renggo vokalis Arrow sudah,kini Bob lokman pula berhijrah,Mesti panas puak-puak tertentu yang tidak akan duduk diam bagi menarik kembali Abang Bob Lokman dan yang lain-lain agar kembali ke zaman silam mereka.

Sudah menjadi lumrah segelintir masyarakat kita.Apabila ada sahaja insan yang berhijrah ke arah kebaikan,maka makin ditayangkan dan ditunjukkan kembali kepada khalayak zaman-zaman gelap mereka ini.Perkara ini kita tidak dapat nafikan sebagaimana yang telah berlaku kepada rakan-rakan artis yang lain sebelum daripada ini.Astaghfirullah!!!Jika kita sudah bebal dan belum mahu berubah lagi,jangan dihalang orang lain yang sudah ingin berubah.Allah itu maha luas pengetahuannya dan maha pengampun.Siapa kita untuk menghalang mereka?

Perseolan untuk golongan seperti ini.Adakah mereka tuhan untuk tidak menerima taubat dan penghijrahan golongan-golongan ini.Sedangkan Allah itu maha pengampun,apatah lagi kita ummatnya.Ketika menyebarkan dakwah di Thaif, nabi Muhammad dibaling batu sehingga mengalir air darah ke dalam kasutnya,namun baginda memaafkan ummatnya.Marilah kita contohi keperibadian yang mulia dari insan yang agung ini.

Pesanan saya kepada Abang Bob Lokman dan rakan-rakan artis yang lain,teruskan niat mulia dan suci anda semua.Perjuangan meninggalkan kemungkaran pastinya banyak halangan dan memerlukan kesabaran.Saya tiada masalah jika anda semua mahu terus mengembangkan bakat yang ada melalui medan dakwah.Langkah itu lebih baik dalam mengajak masyarakat kembali kepada Islam.Walaupun Abdullah bin Rawahah telah nyata berhijrah danmemeluk Islam,nabi tidak pernah menghalang beliau meneruskan karier sebagai penyair (penyanyi) bahkan bergelar panglima perang yang hebat.Inilah tokoh terbaik yang kita perlu contohi.Apabila telah bersama Islam,Abdullah bin Rawahah banyak mencipta syair-syair yang memuji Islam dan Nabi Muhammad.

Saya menyokong penghijrahan Abang Bob Lokman dan rakan-rakan artis yang lain.Islam tidak pernah menolak golongan-golongan artis dan pencinta kebudayaan.Kembangkanlah Islam pula melalui bakat kebudayaan yang dimiliki.


JADILAH MANUSIA LUAR BIASA HEBATNYA!!



(KAMI MAHU JADI MANUSIA LUAR BIASA)

KUNCI BAGI MENJADI MANUSIA YANG LUAR BIASA HEBATNYA ADALAH DENGAN SELALU MELAKUKAN MUHASABAH DAN BERMOTIVASI SUPAYA HARI-HARI YANG DILALUI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA.ISLAM SELALU MENGGALAKKAN UMMATNYA YANG MAHU BERUBAH DAN BERHIJRAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK.WALAU SIAPA KITA,KITA TETAP BOLEH JADI MANUSIA YANG LUAR BIASA HEBATNYA.

AYUH!!!SEGALANYA DITANGAN KITA.

PENGHARGAAN BUAT SAHABAT SEMUA





Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada sahaba-sahabat semua.Terlebih dahulu,saya memohon maaf kepada sahabat semua kerana sudah lama tidak menjenguk laman blog ini.Tulisan ini saya tujukan khas kepada sahabat semua yang terus-menerus memberikan sokongan kepada saya sepanjang diberikan amanah sebagai MPP sehinggalah tamat tempoh perlantikan yang lalu.Saya juga melahirkan rasa syukur dan berbangga kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kepimpinan MPP USIM pada tahun ini.

Secara peribadinya,saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan pembantu saya saudara Ibrahim Husin Ibrahim dan sudari Maisarah Rafie atas sokongan yang diberikan sepanjang saya diberikan amanah lalu.Jasa dan pengorbanan saudara dan saudari hanya Allah mampu membalasnya.Saya juga ingin mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada sahabat berdua kerana telah dipilih oleh mahasiswa sebagai MPP USIM pada sesi ini.Saya doakan sahabat berdua akan berjaya dalam membawa misi kepimpinan masing-masing.Saya sedia bekerja di bawah kepimpinan sahabat berdua.

Saya merasakan pengalaman selama dua penggal berada di dalam MPP amat tinggi nilainya dan tidak mampu dibalas dengan harta dan wang ringgit.Saya amat berpuas-hati dengan sokongan sahabat mahasiswa sekelian dalam menjayakan misi kepimpinan MPP pada sesi lepas.Saya akui,masih ada suara-suara mahasiswa yang belum berjaya ditunaikan oleh pihak pengurusan namun ia tidak bermakna,suara kita semua ditolak sepenuhnya.Masih ada ruang-ruang yang boleh kita gunakan dalam mengajukan masalah kebajikan kepada pihak pengurusan.

Saya merasa bersyukur apabila misi MPP dalam membudayakan keilmuan dan mengetengahkan mahasiswa terhadap isu semasa dapat dijalankan dengan baik.Alhamdulillah,sudah menjadi kegemaran dikalangan mahasiswa terhadap aktiviti keilmuan yang dijalankan di kampus.Saya melihat,mahasiswa menyokong sepenuhnya USIM dalam menjulang tradisi keilmuan Islam dalam arus pendidikan tinggi negara.Setiap program berbentuk keilmuan yang dijalankan tidak pernah sunyi dari kebanjiran mahasiswa.

Akhir kata,saya merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak khususnya pihak pengurusan USIM dan BHEP yang banyak memberikan sokongan kepada kepimpinan MPP pada sesi lepas.Segala jasa dan sokongan yang diberikan saya ucapkan jazakumullahu khairan jazaak.

Saya ingin tegaskan bahawa khidmat saya terhadap perjuangan mahasiswa tidak akan ditamatkan walaupun kini saya hanyalah mahasiswa biasa.

Salam Hormat.