Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2011

JANGAN MUDAH DIKUASAI FITNAH

Dunia hari ini dipenuhi dengan pelbagai fitnah dan berita palsu.Ia ibarat sudah menjadi makanan bagi penduduk dunia.Dari barat hinggalah ke timur,dari utara hingga ke selatan,pasti ada fitnah dan berita palsu yang disebarkan.Dan kita pula ibarat sudah terpedaya dan dikuasai oleh fitnah-fitnah itu.Tidak kira samaada fitnah itu datang dalam bentuk harta,kedudukan,dan bermacam-macam lagi.Kadang-kadang,gelombang fitnah yang datang itu menjadikan kita sukar untuk menilai yang manakah benar dan yang manakah pula salah.Semuanya itu akan menyebabkan kita terpedaya sekiranya bekalan iman dan mental yang cukup tidak dimiliki. Sebagai ummat Islam,kita diajar untuk berjaga-jaga dengan angin fitnah ini.Doa-doa juga dipohon supaya kita dijauhi dari fitnah dunia,dajjal dan sebagainya.Maknanya,berat sungguh angin fitnah ini sehinggakan kita diminta untuk berjaga-jaga.Kita bukan sahaja diajar untuk mempersiapkan diri kita menolak angin fitnah ini bahkan kita dilarang sama-sekali menjadi pembawa obor fi

MASALAH INTEGRITI DAN RASUAH : MASALAH BERSAMA

Kerajaan melalui Institut Integriti Malaysia dilihat bersunguh-sunguh dalam membudayakan integriti masyarakat Malaysia secara menyeluruh.Kerajaan melalui jentera mereka telah memperkenalkan Tekad 2008 bermula pada tahun 2004 bagi memastikan budaya integriti dalam kalangan rakyat Malaysia dapat disemarakkan.Fasa ini memerlukan masa selama 5 tahun dalam memastikan sasaran yang ditetapkan dapat dicapai.Tekad 2008 tidak berhenti setakat itu sahaja bahkan disambung pula dengan Tekad Integriti yang fasanya juga memakan masa selama 5 tahun.Elemen-elemen yang menjadi sasaran kepada tekad ini adalah sektor kerajaan,sektor swasta dan kita masyarakat sivil.Ini bermakna,semua pihak yang terkandung dalam negara Malaysia mempunyai tanggungjawab dalam menjayakan misi dan objektif sasaran yang ditetapkan ini. Namun,harus diingat kejayaan kepada perlaksanaan dasar yang diwujudkan itu tidak hanya bergantung kepada program-program dan usaha-usaha yang dianjurkan kerajaan sahaja.Kalau begitu mudah sahaja

MALAYSIA DAN TSUNAMI JEPUN

Beberapa hari yang lepas,dunia digemparkan dengan tsunami yang besar telah berlaku di Jepun dengan meragut hampir 1600 nyawa dan lebih 10,000 orang dikhuatiri hilang.Dalam keadaan dunia meratapi bencana yang dahsyat itu,tiba-tiba sebuah akhbar media arus perdana milik Malaysia dilihat telah bertindak mengecilkan hati masyarakat dunia dengan memaparkan kartun superhero ultraman yang sedang berlari dikejar tsunami.Paparan kartun tersebut telah dikritik hebat oleh dunia apabila didakwa menghina dan tidak sensisitf terhadap bencana yang sedang dialami oleh Jepun.Apatah lagi,Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh yang sentiasa diperhati dunia perlulah menonjolkan imej mereka mewakili dunia Islam dalam menunjukkan keprihatinan terhadap bencana yang berlaku.Selepas kritikan dibuat,Berita Harian telah tampil memohon maaf kepada seluruh masyarakat dunia.Persoalannya,adakah dengan permohonan maaf itu akan merawat luka yang telah dialami oleh masyarakat dunia dengan mudah?Namun,saya memuji

ISU LOTERI : ISU AGAMA DAN BANGSA

Sebagai bangsa Melayu dan rakyat Kelantan,saya rasa sungguh terpanggil dalam mempertahankan tindakan Kerajaan Kelantan yang telah melaksanakan pengharaman penjualan tiket loteri di Kelantan.Tindakan ini bukanlah perkara yang baru dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan bahkan sudah lama dijelaskan keburukan dan pengharamannya oleh Allah S.W.T sejak 1400 tahun yang lalu.Janganlah kerana perbezaan ideologi politik sempit kita,kita menolak usaha murni kerajaan Kelantan ini.Sebagai seorang anak Melayu Islam,saya rasa teraib dengan tindakan pihak-pihak tertentu dalam mempolitikkan isu ini.Saya bimbang,tindakan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam menggagalkan usaha Kerajaan Kelantan ini akan melibatkan persoalan akidah yang dipegang. Saya ada membaca kenyataan-kenyataan pemimpin tertinggi negara dalam menjawab isu ini.Jangan kerana sikap yang terlalu ingin berpolitik dan mengekalkan kuasa, kita sanggup menggadaikan maruah agama.Secara jujur,amat sedih saya membaca kenyataan-kenyatan p

PANTUN : BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN

Barisan mantan kepimpinan MPP sesi 2009/2010 "Agi Hidup Agi Ngelaban" Dari Kelantan ke Negeri Sembilan, Singgah sebentar di Negeri Pahang; Salam dihulur sebagai pembukaan, Moga Islam terus berkembang. Rasa tenang bergelar mantan, Tanpa ada sebarang sekatan; Bebas bergerak ke kiri ke kanan, Hidup bahagia bertambah aman. Bila sudah bergelar mantan, Ada pengalaman yang boleh dikongsikan; Yang baik jadikan pedoman, Yang buruk jadikan sempadan. Menjadi wakil mahasiswa banyak cabaran, Perlu berhadapan dengan semua orang; Kadang-kadang kawan dianggap lawan, Demi Islam terus dijulang. Pengalaman MPP tiada tandingan, Dikenali kawan mahupun lawan; Bukan ia satu kebanggaan, Beratnya tugas yang perlu dilaksanakan. Watikah diterima menyahut cabaran, Bukan kebanggaan tapi bebanan; Memberikan cadangan melontarkan pandangan, Mewakili mahasiswa memimpin perubahan. Bila bersuara dianggap lantang, Bila diam ada pula kecaman; Itulah lumrah sebagai pejuang, Perlu bersabar setiap ujian. Jangan ber

MERAKYATKAN MAHASISWA

Sejarah hari ini membuktikan bahawa dunia ini diwarnai dengan perjuangan mahasiswa sejak turun-temurun.Dengan keazaman dan semangat yang dimiliki,mahasiswa bersama-sama masyarakat telah mencorakkan arus perkembangan negara.Sirah Nabawiyah menunjukkan peranan golongan-golongan muda seperti Al-Arqam Bin Abi Al-Arqam,Mus'ab Bin Umair dan Talhah Bin Ubaidullah yang setia bersama-sama Nabi Muhammad dalam memperjuangkan Islam.Kebangkitan orang-orang Muda seperti Syeikh Muhammad Abduh (Universiti Al-Azhar),Mao Tze Tung (China),dan Raden Anjeng Kartini (Indonesia) menyokong lagi keterangan bahawa mahasiswa yang sarat dengan ideologi mudanya bisa menguasai dan menakluki dunia pada hari ini. Nama-nama yang disebutkan itu hanyalah secubit dari nama-nama tokoh besar mahasiswa yang bersama-sama masyarakat menggerakkan arus perkembangan rakyat.Kita tidak harus hanya mengagungkan zaman-zaman silam yang lepas tanpa memikirkan bagaimana mahu menggerakkan kembali masyarakat pada hari ini.Apatah lagi

USAH MALU DAN TAKUT BERCAKAP AGAMA

Terlebih dahulu,saya mulakan tulisan kali ini dengan memohon maaf kepada sahabat-sahabat sekelian.Saya tiada niat mengecilkan hati mana-mana pihak apatah lagi menjatuhkan maruah mana-mana pihak.Anda semua adalah orang-orang yang hebat dalam masyarakat.Saya hanya tumpang bersahabat sahaja.Sebagai sahabat,wajib bagi saya membuat teguran.Dan ia tidak bermakna saya ini sempurna.Semoga dengan teguran-teguran seperti ini akan mengingatkan saya kembali bahawa ada peranan dan tugas yang besar buat saya.Bagi saya Islam itu amat indah. Para nabi dan rasul dihantar kepada kita adalah untuk menyampaikan pesanan agama.Mereka membawa bersama kitab-kitab sebagai bukti bahawa Allah memimpin dan mewahyukan setiap perkarakepada mereka.Nabi muhammad juga diturunkan Al-Quran sebagai penyelamat kita semua.Kita tahu bahawa golongan yang terbaik di muka bumi ini adalah para nabi dan rasul kerana mereka adalah utusan Allah.Oleh kerana mengetahui besarnya kehebatan golongan ini,maka ada pula dikalangan kita ya

JANGAN MENCACI PEWARIS NABI

"Ulama' pewaris para nabi" Hadis riwayah Ibn Majah Saya mulakan tulisan pada kali ini dengan merujuk kepada hadis berkenaan dengan Ulama' adalah pewaris para nabi.Tidaklah nabi-nabi itu meninggalkan harta dan takhta kepada kita tetapi baginda semua meninggalkan ulama' untuk kita ikuti.Sudah menjadi adat masyarakat sekarang apabila dengan mudah mengina dan mencaci para ulama'.Dikatakan ulama' itu ketinggalan zaman,menolak kemajuan,,mundur,tidak tahu mentadbir dan berbagai-bagai kutukan dan cacian ditujukan kepada mereka.Apatah lagi,amat menyedihkan jika kutukan itu datangnya dari melayu kita yang mengaku Islam.Di manakah letaknya keimanan mereka terhadap hadis yang kita bicarakan di awal tadi? Jangan dihina dan dicaci para ulama' itu.Bila kita caci ulama' dan tok-tok guru ini,kita juga telah mencaci agama kerana tugas mereka adalah menyampaikan pesanan agama.Bila kita caci mereka,dibimbangi kita juga mencaci para nabi kerana mereka adalah penyambung

FENOMENA FILEM KOMEDI HANTU KAK LIMAH

Menarik untuk dikongsikan bersama sahabat sekelian tentang filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Kampung.Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. arahan Mamat Khalid mula ditayangkan kepada penonton pada 9 Disember 2010 lagi.Filem tersebut merupakan lanjutan dari kesinambungan filem Zombi Kampung Pisang yang telah diterbitkan sebelum ini.Filem ini dibarisi oleh pelakon-pelakon berbakat besar seperti Awie,Johan Raja Lawak,Zami Ismail,Man Kadir dan ramai lagi pelakon-pelakon yang lain. Ia seolah-olah menjadi satu fenomena bagi seluruh masyarakat Malaysia apabila filem ini dijadikan bahan bualan bersahaja segenap lapisan masyarakat.Bermula daripada golongan-golongan kanak-kanak sehinggalah golongan tua yang sudah lanjut usia.Bahkan,ia juga dijadikan bahan-bahan pelaris ceramah motivasi dan para ustaz bagi menghiburkan hadirin.Maknanya,besarnya pengaruh filem tersebut kepada masyarakat Malaysia dan tidak salahlah kalau saya katakan ia ibarat satu fenomena.Moga kita mengambil ikhtibar di

SEDERHANALAH DALAM SETIAP BERITA

"Imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh disamakan dengan pengamal ajaran sesat, Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya. Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai persamaan kerana mengaburi mata pengikutnya demi memuaskan segala nafsu mereka." (Artikel asal dari Utusan Online 6/3/2011) Saya melahirkan rasa dukacita dan sedih dengan kenyataan Pengarah Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Farahana Jamaludin apabila mengatakan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat (MB Kelantan) boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya. Sebagai rakyat Kelantan,saya berasa amat terhina dengan kenyataan seperti ini.Secara jujurnya,saya tidak memiliki apa-apa kepentingan dengan MB Kelantan ini kerana saya hanyalah rakyat biasa apatah lagi AUKU membataskan saya menjadi ahli pengikutnya.

TUGAS DAN PERANAN BARU BERMULA

(Gambar insan dari Muslim Muhmad) (Gambar ihsan dari Syazwan Suhaimi) 10 tahun lalu,aku baru memasuki sebuah sekolah Ugama yang tertua di Kelantan 10 tahun lalu,aku mula mengenal Allah dengan erti yang sebenar 10 tahun lalu,aku diajar solat dan ibadat dengan jalan yang lurus 10 tahun lalu,aku menangis apabila dipisahkan bersama keluarga buat seketika 10 tahun lalu,aku masih mencari siapa diri aku 10 tahun yang lalu,aku hanya tahu aku hanyalah aku. Kini,usiaku melangkah 23 tahun Kini,aku telah bebas melakukan apa sahaja Kini,aku kenal siapa diri aku Kini,aku bebas memilih cara hidupku tanpa dipaksa Kini,aku berhak menentukan siapa kerajaan pilihanku Kini,aku yakin adanya penghidupan di akhirat nanti Kini,aku sedar aku hanyalah hamba Allah di muka bumi Ada misi dan visi yang perlu aku laksanakan Demi melihat Islam terus mekar melebarkan sayapnya. (Nukilan khas sempena Hari Lahirku ke 23) Esok,6 mac 2011,genaplah usiaku 23 tahun.Umur seperti ini biasanya ramai yang sudah berkeluarga dan b

HANYA KERAJAAN ALLAH YANG KEKAL

Hanya kerajaan Allah yang kekal selamanya.Kerajaan manusia yang ada pada hari ini pasti ada waktu jatuh dan turunnya.Tiada kerajaan manusia yang kekal abadi.Landskap politik dunia Arab pada hari ini menunjukkan kebangkitan ummat Arab menolak pemimpin-pemimpin yang korup dan tidak amanah.Bermula dari kejatuhan Zine al Abidene Ben Ali di Tunisia,diikuti Husni Mubarak di Mesir,Yaman,Libya,Bahrain,Maghribi dan juga Jordan ada keinginan yang sama.Ini menunjukkan,benarlah bahawa tiada kerajaan yang kekal berkuasa kecuali kerajaan Allah. Kebangkitan rakyat seluruh dunia menunjukkan mereka menuntut keadilan dan ketelusan demokrasi yang tulen.Mereka hanya mahukan hak mereka terbela tanpa sebarang kompromi.Mungkin rakyat Mesir boleh bertahan hampir 30 tahun lamanya,namun sampai bila mereka boleh bertahan dengan kekejaman yang berlaku.Manusia ada batas kesabarannya yang terhad.Apabila sudah tidak dapat dikawal,mereka akan bangkit daripada pertahanan yang dibuat. Demokrasi ada baiknya juga namun k

TAHNIAH ABANG BOB LOKMAN

Nama Bob Lokman adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air.Melihat susuk tubuh beliau sahaja,ramai yang tidak kering gusi ketawa.Berbakat besar dalam bidang lakonan,pelawak,pengacara dan berbagai-bagai lagi bakat yang dimiliki.Beliau juga seorang penulis lirik lagu Melayu yang begitu hebat. Akhil hay sudah hijrah,Renggo vokalis Arrow sudah,kini Bob lokman pula berhijrah,Mesti panas puak-puak tertentu yang tidak akan duduk diam bagi menarik kembali Abang Bob Lokman dan yang lain-lain agar kembali ke zaman silam mereka. Sudah menjadi lumrah segelintir masyarakat kita.Apabila ada sahaja insan yang berhijrah ke arah kebaikan,maka makin ditayangkan dan ditunjukkan kembali kepada khalayak zaman-zaman gelap mereka ini.Perkara ini kita tidak dapat nafikan sebagaimana yang telah berlaku kepada rakan-rakan artis yang lain sebelum daripada ini.Astaghfirullah!!!Jika kita sudah bebal dan belum mahu berubah lagi,jangan dihalang orang lain yang sudah ingin berubah.All

JADILAH MANUSIA LUAR BIASA HEBATNYA!!

(KAMI MAHU JADI MANUSIA LUAR BIASA) KUNCI BAGI MENJADI MANUSIA YANG LUAR BIASA HEBATNYA ADALAH DENGAN SELALU MELAKUKAN MUHASABAH DAN BERMOTIVASI SUPAYA HARI-HARI YANG DILALUI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA.ISLAM SELALU MENGGALAKKAN UMMATNYA YANG MAHU BERUBAH DAN BERHIJRAH KE ARAH YANG LEBIH BAIK.WALAU SIAPA KITA,KITA TETAP BOLEH JADI MANUSIA YANG LUAR BIASA HEBATNYA. AYUH!!!SEGALANYA DITANGAN KITA.

PENGHARGAAN BUAT SAHABAT SEMUA

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada sahaba-sahabat semua.Terlebih dahulu,saya memohon maaf kepada sahabat semua kerana sudah lama tidak menjenguk laman blog ini.Tulisan ini saya tujukan khas kepada sahabat semua yang terus-menerus memberikan sokongan kepada saya sepanjang diberikan amanah sebagai MPP sehinggalah tamat tempoh perlantikan yang lalu.Saya juga melahirkan rasa syukur dan berbangga kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada kepimpinan MPP USIM pada tahun ini. Secara peribadinya,saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan pembantu saya saudara Ibrahim Husin Ibrahim dan sudari Maisarah Rafie atas sokongan yang diberikan sepanjang saya diberikan amanah lalu.Jasa dan pengorbanan saudara dan saudari hanya Allah mampu membalasnya.Saya juga ingin mengambil kesempatan merakamkan penghargaan kepada sahabat berdua kerana telah dipilih oleh mahasiswa sebagai MPP USIM pada sesi ini.Saya doakan sahabat berdua a