Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

HUDUD : SEMUA PIHAK PERLU DUDUK SEMEJA

Saya merasa agak kecewa dan sedih dengan permainan media dan pihak-pihak tertentu dalam mensensasikan isu hudud demi kepentingan agenda sempit mereka.Benarlah jika dikata orang politik itu hanya tahu menjaga survival politik mereka sahaja asalkan mereka boleh kekal berkuasa dan memerintah sahaja.Persoalan menghormati agama dan norma kehidupan itu hanyalah perkara ke dua atau mungkin ke tiga dalam kamus kehidupan mereka.Apabila dekat sahaja pilihanraya, isu hudud ini akan dipalu untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu dan menjatuhkan imej Islamik parti lawan.Astaghfirullah!!Di manakan prinsip dan pegangan Islam mereka ini? Hudud itu adalah hak Allah dan ianya bukan hak parti tertentu.Perlaksanaannya adalah wajib apatah lagi bagi kita yang dikatakan sebuah negara Islam.Kenyataan-kenyataan janggal seperti "Saya akan pastikan hudud tidak dapat dilaksanakan di Malaysia","Hudud belum tiba masanya untuk dilaksanakan di Malaysia","Malaysia adalah negara multiraci

KENALI ISU SEBENAR

Hari ini,banyak isu dan perkara yang dibangkitkan oleh media massa khususnya media arus perdana.Rakyat dan mahasiswa saban hari dimomok-momokkan dengan pelbagai isu baru dan lagaknya seperti panas.Namun, isu-isu itu hanyalah ibarat ayam berkokok, telornya sebiji tetapi riuhnya pula sekampung.Jika dianalisis dengan baik isu yang dilambakkan di media massa itu, tiada input dan manfaat yang kita perolehi sebagai rakyat mahupun mahasiswa.Apatah lagi, belum reda lagi sesuatu isu yang dibuat-buat, bangkit pula isu baru yang pasti tidak akan senyap sampai bila-bila.Isu itu pasti akan dibangkitkan dan terus dibangkitkan.Kadang-kadang naik muak kita memerhatikannya. Tidak keterlaluan jika diibaratkan isu yang sengaja diada-adakan itu seperti sampah kepada pemikiran kita sahaja.Jadi, tidak perlulah kita memikirkannya kerana ia hanyalah sekadar isu yang memang telah disengajakan dan dirancang.Sebagai rakyat dan mahasiswa, amat wajar kita kenal pasti isu sebenar disebalik isu yang sengaja diada-ad

INILAH JALAN KITA.....

Inilah jalan yang kita pilih.Jalan sebagai seorang Muslim yang berpegang teguh dengan agama.Kita rela untuk mewakafkan diri demi perjuangan Islam.Kita tidak runsing untuk menegakkan agama Allah kerana keyakinan kita bahawa pertolongan Allah akan datang.Kita pula tidak akan sekali-kali gentar apabila diasak oleh musuh-musuh Islam samada dari dalam atau luar.Semakin banyak ugutan dan kecaman yang kita terima,semakin tinggi semangat juang dan keimanan kita. Inilah jalan yang kita pilih.Jalan yang tidak ada bengkok dan cacat-celanya.Jalan sebagai seorang mahasiswa dan penuntut bidang jurusan agama.Jalan yang jarang ada mereka yang sanggup melaluinya kerana memikirkan amanah dan bebanan yang akan dipikul.Sekali kita telah masuk ke jalannya,kita sekali-kali tidak akan berpatah balik.Ilmu yang diterima perlu diaplikasikan dalam masyarakat.Kita yang akan memimpin masyarakat dan bukan masyarakat yang memimpin kita. Inilah jalan yang kita pilih.Jalan sebagai seorang hamba Allah.Tidak kiralah sia