Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

REZEKI BANJIR DI KELANTAN

Kiriman gambar daripada abang menjelaskan keadaan banjir terkini di kampung. YB Kak Lah,Ahli Parlimen Wanita bagi kawasan Rantau Panjang turun sendiri  menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir. Sumber : http://www.facebook.com/sitizailah?group_id=0 Assalamualaikum dan Salam dari Tanah Serendah Sekebun Bunga.... Sudah lama rasanya saya tidak update blog ni sejak mendaftarkan diri bagi meneruskan pengajian peringkat Master.Alhamdulillah,hari ini dapat juga saya coretkan sesuatu untuk pengikut blog saya.Ini adalah perkongsian pengalaman saya ketika menghadapi banjir di Kelantan.Untuk pengetahuan sahabat semua,di belakang rumah saya adalah Sungai Golok.Kawasan rumah saya ini memang sentiasa dilanda banjir.Dan untuk pengetahuan semua juga,banjir ini ada musim-musim tertentu iaitu biasanya ia datang antara bulan Oktober hingga Januari. Alhamdulillah,sepanjang banjir yang pernah melanda,rumah saya masih belum lagi ditenggelami air sepenuhnya.Paling-paling teruk p

TIDAK PERNAH KU LIHAT TEMPAT SEINDAH KAWAH BROMO

Alhamdulillah,ketika lima bulan di Indonesia,saya telah diberikan kesempatan ruang dan peluang untuk menjejakkan kaki di puncak Bromo,Jawa Timur Indonesia.Perjalanan ke sana sekitar 3 jam dari Kota Surabaya.Kami terpaksa berangkat ke sana pada malam hari kerana pemandu arah yang juga supir (pemandu) seorang guru dan perlu mengajar di sekolah pada siang hari.Sedikit pengenalan tentang latar belakang Kawah Bromo ini untuk sahabat-sahabat blogger semua. Gunung Bromo merupakan Gunung Berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai objek wisata di Jawa Timur Indonesia.Sebagai objek wisata atau tempat pelancongan,gunung ini menjadi menarik kerana ia juga merupakan gunung berapi yang masih aktif meletus.Bromo mempunyai ketinggian 2.392 meter di atas permukaan laut dan terletak di dalam empat wilayah iaitu daerah Probolinggo,Pasuruan,Lumajang,dan Malang.Bentuk Bromo ini seperti lembah dan mempunyai lautan pasir di sekitarnya.Gunung Bromo ini juga mempunyai sebuah kawah dan kawah ini

SELAMAT BERANGKAT BUAT JEMAAH HAJI

Di bulan ini,sebahagian saudara-saudara kita telah mendapat panggilan menunaikan haji.Apakah istimewanya Haji ini sehingga semua kita mengimpikan untuk menunaikannya.Saya masih ingat ketika masih kecil dahulu menghantar ibu dan ayah tercinta ke Lapangan Terbang Hatyai Thailand untuk berangkat menunaikan haji.Saat itu mereka sungguh gembira apabila telah terpilih menjadi tetamu Allah walaupun terpaksa meninggalkan kampung halaman dan ayam di reban.Ibadah haji ini sangat istimewa.Ia melibatkan ibadah fizikal dan hati.Apatah lagi,waktunya telah ditetapkan Allah pada bulan tertentu sahaja dan tempatnya pula hanya di Makah. Nabi pernah bersabda,"Haji yang Mabrur itu tiadalah balasan lain kecuali hanyalah syurga".Ikhlaskan niat kita untuk berangkat menunaikan haji.Kita ke Makah hanya mahu menunaikan ibadah dan menyempurnakan rukun Islam yang ke-5.Buangkan ke tepi niat-niat untuk melancong,membeli-belah jubah dan jilbab dan yang lain-lain itu.Bila telah terpilih menjadi tetam

KITA TIDAK SEMPURNA, MAKA TAUBAT PENAWARNYA

Ada lima perkara yang perlu dilakukan secara cepat iaitu menguburkan atau mengebumikan jenazah, mengahwinkan anak perempuan yang telah bersedia, membayar hutang, menghidangkan makanan kepada musafir yang bertamu ke rumah dan akhirnya adalah bertaubat apabila melakukan dosa.Taubat berasal daripada kalimah Taba, yatubu yang ertinya kembali daripada apa yang dilarang oeh Allah atau pulang kepada perintah Allah.Nabi pernah bersabda bahawa setiap manusia atau anak Adam itu pasti ada dosa.Dan sebaik-baik orang berdosa adalah mereka yang bertaubat kepada Allah.Tiada seorang pun yang  sempurna tanpa sebarang dosa dan kesalahan.Cuma, orang yang paling baik itu apabila telah melakukan dosa, dia akan segera ingat kepada Allah dan bertaubat atas dosa yang dilakukan. Iblis telah berjanji kepada Allah bahawa dia akan mengganggu kita semua anak Adam selagi mana roh berada dalam jasad.Iblis itu akan menarik ke tempat dosa dan maksiat.Namun Allah membalas kepada Iblis dengan mengatakan walaupun k

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini

MENCARI JODOH YANG DIANJUR NABI

Apabila seseorang igin mendirikan rumah, banyak plihan dan perimbangan yang perlu dibuat.Dari lokasi tempat yang ingin didirikan rumah hinggalah kos yang perlu disediakan.Demikian jugalah dengan bagaimana kita ingin mendirikan rumah tangga.Jodoh yang bagaimana yang perlu dipilih untuk bersama kita membina rumah tangga.Adakah jodoh itu akan bersama kita membina sebuah syurga atau neraka rumah tangga. Cinta itu harus dijaga dengan rapi.Jangan biarkan ia jatuh ke tempat yang tidak sepatutnya kerana cinta  tidak akan tumbuh di tanah yang gersang.Cinta itu akan mendatangkan semangat dan tenaga buat kita.Jarang sekali ia akan melemahkan dan menjatuhkan kita.Kecuali sekiranya cinta itu diberikan kepada yang tidak sepatutnya.Oleh itu, cinta itu harus disalurkan dengan nilai-nilai agama.Kerana apa-apa sahaja yang disalurkan dengan nilai agama, semuanya akan menjadi lebih indah dan segar. Sekiranya telah bertemu cinta, semuanya akan indah.Buktinya bila telah jatuh cinta, semuanya sangg

CANTIK RUPA CANTIK BUDI

Oki Setiana Dewi-(Gambar Hiasan) Ingatkah kita kepada kisah Nabi Yusuf Alaihissalam dan Zulaikha.Zulaikha yang asalnya merupakan ibu angkat kepada Nabi Yusuf telah mula jatuh hati kepada baginda tatkala melihat rupa dan budi baginda.SubhanAllah, besar sungguh kesan keindahan rupa paras dan budi.Ramai yang mengimpikan rupa paras yang indah dan agak terlupa mengimpikan keindahan akhlak dan budi.Dikisahkan bahawa Nabi Yusuf juga mempunyai hati kepada Zulaikha tetapi kerana tingginya akhlak dan hormat baginda kepada golongan wanita serta kuatnya iman baginda, akhirnya Nabi Yusuf dipelihara oleh Allah daripada dugaan itu. Saya pilih yang cantik rupa dan cantik budi.Kalau cantik rupa sahaja tapi akhlaknya jelek, ia hanyalah sia-sia.Oleh itu, cantik rupa dan cantik budi ini harus bersama dan tidak boleh dipisahkan. Satu perkara yang harus diingat.Cantik rupa itu adalah reletif dan subjektif.Mungkin bagi saya cantik, namun bagi anda tidak cantik.Boleh jadi juga, bagi anda cant

BERBAHAGIALAH MEREKA YANG MENJADI MUSUH SYAITAN

Iblis yang mana bala tenteranya adalah syaitan-syaitan telah lama mengibarkan bendera dan semboyang peperangan terhadap kita anak cucu Nabi Adam.Dia Iblis telah berjanji akan mengganggu kita walau di mana sahaja kita berada.Iblis itu jelas dinyatakan al-Quran sebagai musuh kita dan akan mengganggu kita agar tergelincir daripada jalan menuju Allah.Para Nabi adalah musuh utama syaitan ini.Bagi mereka, yang mana rapat dengan Allah itulah musuh mereka.Dan yang mana jauh dengan Allah, itulah teman mereka.Sedarlah temanku semua, syaitan itu jelas musuh kita sehingga ke hari kiamat.Janganlah sekali-kali kita menghulur tangan untuk berjabat mesra dengan mereka. Buat pejuang-pejuang dakwah, anda itu sangat dibenci oleh syaitan.Anda antara musuh-musuh utama mereka.Berjaga-jagalah dengan ujian yang datang dan berbahagialah dengan balasan Allah di akhirat.Sifirnya, jika manusia itu dekat dengan Allah, makin jauh dia dengan syaitan.Dan makin jauh manusia dengan Allah, maka makin dekat manusia

MALAYSIA DAN INDONESIA

Bersama seorang ibu muda dan anaknya yang merupakan mangsa letusan Gunung Merapi. Alhamdulillah, dapat juga saya menulis di laman ini setelah lama bercuti dari dunia blog.Satu perkongsian buat semua.Saya adalah antara produk Malaysia yang dihantar untuk menimba ilmu di Indonesia.Perjalanan saya di Indonesia bermula pada bulan Februari 2012 sehingga Julai 2012 yang lalu.Banyak tempat-tempat yang telah saya jelajahi sepanjang berada di sana bermula dari Surabaya, Malang, Ponorogo, Solo, Yogyakarta, Banjanegara, Magelang, Wonosobo, Garut, Bandung dan banyak lagi.Boleh dikatakan yang seluruh Tanah Jawa telah saya lawati bermula dari Jawa Timur, Jawa Barat dan Jawa Tengah.Kesempatan 5 bulan berada di sana telah memberikan saya peluang untuk mengenali Indonesia, budaya dan  rakyatnya secara dekat. Di dalam sebuah program misi bantuan untuk mangsa letusan Gunung Merapi. Secara jujur, sebelum saya berangkat ke Indonesia, saya merasa sedikit gusar apabila melihat berita d

BERJASA DI TANAH JAWA

Photo bersama relawan 'Go Green' Bakti Sosial Muslim Peduli UII. Merakam kenangan bersama pelancong dari Brazil. Antara jasa kepada tanah. Photo bersama teman-teman.Yang berkaca mata adalah roommate saya. Alhamdulillah,tanggal 10 Jun yang lalu,saya berpeluang mengikuti 'Go Green' Bakti Sosial Muslim Peduli sempena Milad ke-69 Universitas Islam Indonesia (UII).Program setengah hari ini telah diadakan di lereng Gunung Merapi,Kaliadem Yogyakarta anjuran Takmir Masjid Ulil Albab,UII Yogyakarta.Gunung Merapi Kaliadem adalah antara ratusan merapi yang masih aktif di dunia.Sempena Milad UII kali ke-69,program penanaman 1000 pohon di lereng Gunung Merapi Kaliadem telah diadakan sebagai bakti sosial dan peduli warga UII kepada masyarakat setempat. Kedudukan Gunung Merapi ini adalah sekitar 30 minit daripada UII.Sebagai sebuah universitas Islam tertua di Indonesia,adalah menjadi tanggungjawab sosial UII untuk berbakti kepada warga Indo

TERIMALAH SEADANYA.....

Untuk mengenali seseorang, perlulah kenal kelemahannya terlebih dahulu sebelum puncak kebanggaannya.Jika kelebihan dan pengiktirafan sosok tubuh yang diamati dahulu, bimbang kita akan tenggelam dengan dunia pujian singkat itu.Ramai yang biasanya akan terduduk diam apabila tanggapan pertamanya jauh tersasar daripada kenyataan yang dia lihat di depan mata.Kadang-kadang aku terasa sangat takut apabila ada yang mengenali diri ini dengan sekelumit pujian yang ditabur tanpa kenal sifat hina dan naif yang dimiliki.Takut-takut, ada yang bilang diri hipokrit dan penuh dengan kepura-puraan. Oleh kerana itu, aku sentiasa berpesan kepada diri.Pesan dan terus berpesan jika mahu kenal seseorang, jangan terus terpesona dengan pakaian putih yang digantung tanpa mengenal akal budinya.Mata yang berkaca putih itu bisa berkesepian bila ia telah jatuh berkecai bak halilintar menerjah bumi.Permintaan sama juga aku titipkan buat teman-teman semua agar mengenali cacat cela diriku.Pujian yang diberi

ANAK-ANAK KECIL ITU.......

The participants of Mini Ibadah Camp at Callier Gardens, Karaswara, Perth with their parents Power of the circle Bulan Mei tahun 2011 yang lalu, saya berpeluang untuk mengikuti satu rombongan ke Perth, Australia.Rombongan selama seminggu itu bagi merealisasikan KRA USIM "Ke Arah Menjadikan USIM tersohor di Peringkat Negara dan Antarabangsa".Kunjungan kami ke sana juga membawa misi kemasyarakatan untuk warga-warga Malaysia yang tinggal dan  menetap di Perth.Rata-rata rakyat Malaysia yang kami temui adalah yang menyambung pengajian peringkat PHD di sana dan ada juga yang telah menjadi Penduduk Tetap Australia.Sempena kunjungan kami ini, satu Mini Ibadah Camp telah diadakan di Callier Gardens, Karawara, Perth khusus untuk anak-anak warga Malaysia.Program ini adalah program kerjasama antara USIM, Konsul General Malaysia Perth dan Malaysian Postgraduate Student's Association of Western Australia. Sambutan penyertaan daripada peserta sangat luar biasa sehi

INDAHNYA MENDEKATI BAKAL ULAMA'

Inilah bakal-bakal ulama' Pewaris tugas Para Nabi (PKU-ISID) Nabi pernah bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, At-Tirmidzi dan Abu Daud "Sesungguhnya Ulama' itu pewaris para nabi.Para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham (harta).Mereka hanyalah mewariskan ilmu.Barangsiapa mengambilnya, sungguh dia telah mengambil bahagian yang banyak".Hadis ini telah dikuatkan lagi dengan ayat Quran sebagaimana firman Allah yang berbunyi "Kemudian kami wariskan Al-Kitab kepada yang kami pilih daripada hamba-hamba kami, lalu di antara mereka ada yang menganiyai diri mereka sendiri, dan ada juga di antara mereka yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah.Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar (Fathir : 35: 32). Berdasarkan keterangan daripada hadis dan ayat ini, jelas menunjukkan kepada kita tentang peranan dan kelebihan para ulama' itu.Tugas yang sangat berat digalas oleh mereka menjadikan mereka hamba yang sangat d

LI USIM DI AKHBAR INDONESIA

Alhamdulillah,saya mewakili teman-teman mengucapkan terima kasih dan matur suwon buat Koran Radar Surabaya di bawah Jawa Pos Group atas liputan sebanyak dua kali laporan berkenaan kunjungan kami ke SMP Muhammadiyah 2 Genteng, Surabaya.Kami berasa amat bertuah dan beruntung atas liputan ini.Semoga hubungan Malaysia dan Indonesia akan terus kekal terjalin. Abdullah Bin Long