Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2012

CATATAN UNTUK PONDOK MODERN DARUSSALAM GONTOR (SIRI-1)

Kali ini, izinkan saya untuk menulis serba-sedikit berkenaan dengan Pondok Modern Darussalam Gontor.Mungkin ada teman-teman saya di Malaysia yang tidak mengenali Pondok ini dan mungkin ramai juga yang telah mengenalinya sebelum daripada ini.Peluang saya berada di sini bagi menjalani Latihan Industri serta menjadi salah seorang warganya (pinjam penggunaan) akan saya gunakan untuk mengenali secara lebih dekat Pondok Modern ini.Sebetulnya, saya rasa amat bertuah kerana dihantar oleh USIM untuk menjalani Latihan Industri di sini dan ia merupakan peluang yang sangat bermakna dalam hidup ini.Untuk makluman teman-teman semua, saya kini menjalani Latihan Industri di institut Studi Islam Darussalam Gontor yang mana merupakan sebuah Universiti Islam yang diuruskan oleh Lembaga Pondok ini.Saya kongsikan kepada teman semua serba-sedikit mengenai Pondok berdasarkan sesi penerangan yang telah disampaikan sendiri oleh KH Syukri Zarkasyi, Pimpinan Pondok Modern Darussalam Gontor.Catatan-catatan ini a

PERGINYA SANG MURABBI

Aku masih ingat saat aku memohon untuk memasuki Maahad Muhammadi Lelaki, antara orang yang paling kuat memberikan sokongan dan dorongan kepadaku adalah ayahku sendiri.Bagiku, Maahad itu amat ganjil dalam kamus hidupku apatah lagi ia merupakan sebuah sekolah Ugama.Cuma, yang istimewa menurut hematku pada waktu itu adalah kedudukan Maahad itu yang sangat strategik di bandar Kota Bharu sahaja.Namun, tampil sang ayah iyang kuanggap sebagai Murabbi mengesyorkan untuk aku masuk ke Maahad ini.Katanya, dia mahu aku belajar sekolah Ugama dan membantunya dan keluarga suatu hari nanti.Saat itu, dia melihat Maahad sebagai Pusat Mendidik Ummah. Pernah beberapa kali dia memintaku untuk mengajarnya cara-cara memakai serban.Bagi seseorang yang umurnya sudah menjangkau 60 tahun, umur yang ada merupakan waktu yang paling bermakna untuk dirinya lebih mengingati Allah.Mungkin kerana beliau terpaku dan terpesona dengan gaya serban yang dipakai, lantas dia tertarik untuk memakainya juga.Sungguh indah serban