Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2012

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

MAHASISWA DI TAHUN BARU 2012

Gerbang sambutan tahun baru 2012 dibuka dengan penuh suram buat golongan mahasiswa.Walaupun hanya segelintir mahasiswa yang berhimpun di hadapan UPSI baru-baru ini,saya kira ia tetap membawa batang tubuh seluruh mahasiswa.Mana mungkin untuk kita menafikan diri mereka adalah mahasiswa seperti kita.Maknanya,apa sahaja yang mereka alami pada malam itu,saya dan anda semua yang juga mahasiswa akan merasakan perkara yang sama.Kita mahasiswa ibarat 1 keluarga kerana kita yang sebenarnya merasai keperitan dan kesusahan pada zaman kita.Mereka golongan-golongan yang telah berumur itu sudah lama meninggalkan alam mahasiswa ini dan jauh sekali dapat merasai apakah sebenarnya keadaan yang dialami kini. Menyentuh perhimpunan baru-baru ini oleh kumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka BEBAS,saya kira ia adalah respon daripada perhimpunan yang telah diadakan oleh wakil daripada parti-parti politik tertentu samada daripada Pemuda,Puteri atau Wanitanya dan NGO-NGO yang bernaung bersama mereka.K