Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

TERIMALAH SEADANYA.....

Untuk mengenali seseorang, perlulah kenal kelemahannya terlebih dahulu sebelum puncak kebanggaannya.Jika kelebihan dan pengiktirafan sosok tubuh yang diamati dahulu, bimbang kita akan tenggelam dengan dunia pujian singkat itu.Ramai yang biasanya akan terduduk diam apabila tanggapan pertamanya jauh tersasar daripada kenyataan yang dia lihat di depan mata.Kadang-kadang aku terasa sangat takut apabila ada yang mengenali diri ini dengan sekelumit pujian yang ditabur tanpa kenal sifat hina dan naif yang dimiliki.Takut-takut, ada yang bilang diri hipokrit dan penuh dengan kepura-puraan. Oleh kerana itu, aku sentiasa berpesan kepada diri.Pesan dan terus berpesan jika mahu kenal seseorang, jangan terus terpesona dengan pakaian putih yang digantung tanpa mengenal akal budinya.Mata yang berkaca putih itu bisa berkesepian bila ia telah jatuh berkecai bak halilintar menerjah bumi.Permintaan sama juga aku titipkan buat teman-teman semua agar mengenali cacat cela diriku.Pujian yang diberi

ANAK-ANAK KECIL ITU.......

The participants of Mini Ibadah Camp at Callier Gardens, Karaswara, Perth with their parents Power of the circle Bulan Mei tahun 2011 yang lalu, saya berpeluang untuk mengikuti satu rombongan ke Perth, Australia.Rombongan selama seminggu itu bagi merealisasikan KRA USIM "Ke Arah Menjadikan USIM tersohor di Peringkat Negara dan Antarabangsa".Kunjungan kami ke sana juga membawa misi kemasyarakatan untuk warga-warga Malaysia yang tinggal dan  menetap di Perth.Rata-rata rakyat Malaysia yang kami temui adalah yang menyambung pengajian peringkat PHD di sana dan ada juga yang telah menjadi Penduduk Tetap Australia.Sempena kunjungan kami ini, satu Mini Ibadah Camp telah diadakan di Callier Gardens, Karawara, Perth khusus untuk anak-anak warga Malaysia.Program ini adalah program kerjasama antara USIM, Konsul General Malaysia Perth dan Malaysian Postgraduate Student's Association of Western Australia. Sambutan penyertaan daripada peserta sangat luar biasa sehi

INDAHNYA MENDEKATI BAKAL ULAMA'

Inilah bakal-bakal ulama' Pewaris tugas Para Nabi (PKU-ISID) Nabi pernah bersabda di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, At-Tirmidzi dan Abu Daud "Sesungguhnya Ulama' itu pewaris para nabi.Para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham (harta).Mereka hanyalah mewariskan ilmu.Barangsiapa mengambilnya, sungguh dia telah mengambil bahagian yang banyak".Hadis ini telah dikuatkan lagi dengan ayat Quran sebagaimana firman Allah yang berbunyi "Kemudian kami wariskan Al-Kitab kepada yang kami pilih daripada hamba-hamba kami, lalu di antara mereka ada yang menganiyai diri mereka sendiri, dan ada juga di antara mereka yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah.Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar (Fathir : 35: 32). Berdasarkan keterangan daripada hadis dan ayat ini, jelas menunjukkan kepada kita tentang peranan dan kelebihan para ulama' itu.Tugas yang sangat berat digalas oleh mereka menjadikan mereka hamba yang sangat d

LI USIM DI AKHBAR INDONESIA

Alhamdulillah,saya mewakili teman-teman mengucapkan terima kasih dan matur suwon buat Koran Radar Surabaya di bawah Jawa Pos Group atas liputan sebanyak dua kali laporan berkenaan kunjungan kami ke SMP Muhammadiyah 2 Genteng, Surabaya.Kami berasa amat bertuah dan beruntung atas liputan ini.Semoga hubungan Malaysia dan Indonesia akan terus kekal terjalin. Abdullah Bin Long

BIAR PANTUN BERBICARA

Belakang :  Mas Yunan, Mas Anas, Abdullah, Mas Iwan, Pak Mukarram, Pak Sudar, Pak Azahari, Baari, Tabrani Depan : Munirah, Naila, Bu Fahmi, Fazila, Sharifah Shazwani Dari Malaysia, menuju Indonesia, Singgah dahulu, di Surabaya; Bandar makmur, wongnya perkasa, Tempat Pahlawan, parajurit negara. Orang tua-tua, ada berkata, Suro dan boyo, telah berjumpa; Maka sejarah, telah tercipta, Kota Surabaya, diberi nama. Kami disambut, penuh ceria, Ibarat seperti, sebuah keluarga; Walaupun terpisah, antara negara, Namun rumpun, tetap sama. Rasa gembira, tidak terkira, Keluarga Muhammadiyah, bisa menerima; Asal kedatangan, tanpa diduga, Tapi sambutan, amat luar biasa. Kurang sebulan, kami bersama, Namun seperti, seabad lamanya; Rindu berjauhan, selalu dirasa, Sebab kerna Allah, kami berjumpa. Mas Iwan dan Mas Anas, masih belia, Penuh ikhlas, mendidik anak bangsa; Umurnya muda, otaknya geliga, Menjadi guru, berbakti untuk negara. Sungguh ayu dan gantang, ora

CATATAN UNTUK PONDOK MODERN DARUSSALAM GONTOR (SIRI-3)

Antara perusahaan yang dimiliki Pondok iaitu kilang pemprosesan air minuman Perusahaan percetakan milik Pondok Antara bakat dan kebolehan pelajar Pondok yang dipersembahkan sempena Festival Sukan Tahunan Adakah anda bisa melakukan aksi ini? Antara persembahan pembukaan Pertandingan menaip dengan cepat dan paling banyak jumlah perkataan Ketika menceritakan pengalaman beliau dalam memimpin Pondok, Pak Kiai Haji Shukri Zarkasyi menceritakan sebuah kisah saat beliau berdoa di Muzdalifah.Beliau menulis doa yang ingin dipohon pad

CATATAN UNTUK PONDOK MODERN DARUSSALAM GONTOR (SIRI-2)

Ujar Pak Kiai Haji Syukri Zarkasyi berkali-kali, Pondok ini dibina dengan sepenuh jiwa keikhlasan, kesungguhan dan pengorbanan.Ini semua kerana semata-mata ingin mendapatkan jalan, sistem dan tujuan yang benar.Oleh kerana itu, banyak juga pondok-pondok yang dibina tidak kekal lama kerana tujuan dan niat asal penubuhannya itu yang salah.Antara tindakan utama yang dilakukan oleh pengasas Pondok Modern Darussalam Gontor ini, beliau telah mewakafkan Pondok kepada orang-orang yang mengerti tujuan dan aspirasi pondok.Pak Kiai telah memandang jauh ke hadapan dengan memikirkan kesan yang akan berlaku sekiranya Pondok ini tidak diwakafkan kepada sebuah lembaga atau badan.Barangkali, mungkin akan berlaku perebutan antara anak-anak Kiai sekiranya ia menjadi harta warisan keluarga. Berbicara tentang perlantikan pimpinan pondok, ia ditentukan oleh Badan Wakaf Pondok Modern Gontor tanpa ada campur tangan pihak luar atau keluarga Kiai sendiri.Kepimpinan yang dipilih adalah yang benar-benar ikhlas