Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

KITA TIDAK SEMPURNA, MAKA TAUBAT PENAWARNYA

Ada lima perkara yang perlu dilakukan secara cepat iaitu menguburkan atau mengebumikan jenazah, mengahwinkan anak perempuan yang telah bersedia, membayar hutang, menghidangkan makanan kepada musafir yang bertamu ke rumah dan akhirnya adalah bertaubat apabila melakukan dosa.Taubat berasal daripada kalimah Taba, yatubu yang ertinya kembali daripada apa yang dilarang oeh Allah atau pulang kepada perintah Allah.Nabi pernah bersabda bahawa setiap manusia atau anak Adam itu pasti ada dosa.Dan sebaik-baik orang berdosa adalah mereka yang bertaubat kepada Allah.Tiada seorang pun yang  sempurna tanpa sebarang dosa dan kesalahan.Cuma, orang yang paling baik itu apabila telah melakukan dosa, dia akan segera ingat kepada Allah dan bertaubat atas dosa yang dilakukan. Iblis telah berjanji kepada Allah bahawa dia akan mengganggu kita semua anak Adam selagi mana roh berada dalam jasad.Iblis itu akan menarik ke tempat dosa dan maksiat.Namun Allah membalas kepada Iblis dengan mengatakan walaupun k

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini

MENCARI JODOH YANG DIANJUR NABI

Apabila seseorang igin mendirikan rumah, banyak plihan dan perimbangan yang perlu dibuat.Dari lokasi tempat yang ingin didirikan rumah hinggalah kos yang perlu disediakan.Demikian jugalah dengan bagaimana kita ingin mendirikan rumah tangga.Jodoh yang bagaimana yang perlu dipilih untuk bersama kita membina rumah tangga.Adakah jodoh itu akan bersama kita membina sebuah syurga atau neraka rumah tangga. Cinta itu harus dijaga dengan rapi.Jangan biarkan ia jatuh ke tempat yang tidak sepatutnya kerana cinta  tidak akan tumbuh di tanah yang gersang.Cinta itu akan mendatangkan semangat dan tenaga buat kita.Jarang sekali ia akan melemahkan dan menjatuhkan kita.Kecuali sekiranya cinta itu diberikan kepada yang tidak sepatutnya.Oleh itu, cinta itu harus disalurkan dengan nilai-nilai agama.Kerana apa-apa sahaja yang disalurkan dengan nilai agama, semuanya akan menjadi lebih indah dan segar. Sekiranya telah bertemu cinta, semuanya akan indah.Buktinya bila telah jatuh cinta, semuanya sangg

CANTIK RUPA CANTIK BUDI

Oki Setiana Dewi-(Gambar Hiasan) Ingatkah kita kepada kisah Nabi Yusuf Alaihissalam dan Zulaikha.Zulaikha yang asalnya merupakan ibu angkat kepada Nabi Yusuf telah mula jatuh hati kepada baginda tatkala melihat rupa dan budi baginda.SubhanAllah, besar sungguh kesan keindahan rupa paras dan budi.Ramai yang mengimpikan rupa paras yang indah dan agak terlupa mengimpikan keindahan akhlak dan budi.Dikisahkan bahawa Nabi Yusuf juga mempunyai hati kepada Zulaikha tetapi kerana tingginya akhlak dan hormat baginda kepada golongan wanita serta kuatnya iman baginda, akhirnya Nabi Yusuf dipelihara oleh Allah daripada dugaan itu. Saya pilih yang cantik rupa dan cantik budi.Kalau cantik rupa sahaja tapi akhlaknya jelek, ia hanyalah sia-sia.Oleh itu, cantik rupa dan cantik budi ini harus bersama dan tidak boleh dipisahkan. Satu perkara yang harus diingat.Cantik rupa itu adalah reletif dan subjektif.Mungkin bagi saya cantik, namun bagi anda tidak cantik.Boleh jadi juga, bagi anda cant

BERBAHAGIALAH MEREKA YANG MENJADI MUSUH SYAITAN

Iblis yang mana bala tenteranya adalah syaitan-syaitan telah lama mengibarkan bendera dan semboyang peperangan terhadap kita anak cucu Nabi Adam.Dia Iblis telah berjanji akan mengganggu kita walau di mana sahaja kita berada.Iblis itu jelas dinyatakan al-Quran sebagai musuh kita dan akan mengganggu kita agar tergelincir daripada jalan menuju Allah.Para Nabi adalah musuh utama syaitan ini.Bagi mereka, yang mana rapat dengan Allah itulah musuh mereka.Dan yang mana jauh dengan Allah, itulah teman mereka.Sedarlah temanku semua, syaitan itu jelas musuh kita sehingga ke hari kiamat.Janganlah sekali-kali kita menghulur tangan untuk berjabat mesra dengan mereka. Buat pejuang-pejuang dakwah, anda itu sangat dibenci oleh syaitan.Anda antara musuh-musuh utama mereka.Berjaga-jagalah dengan ujian yang datang dan berbahagialah dengan balasan Allah di akhirat.Sifirnya, jika manusia itu dekat dengan Allah, makin jauh dia dengan syaitan.Dan makin jauh manusia dengan Allah, maka makin dekat manusia

MALAYSIA DAN INDONESIA

Bersama seorang ibu muda dan anaknya yang merupakan mangsa letusan Gunung Merapi. Alhamdulillah, dapat juga saya menulis di laman ini setelah lama bercuti dari dunia blog.Satu perkongsian buat semua.Saya adalah antara produk Malaysia yang dihantar untuk menimba ilmu di Indonesia.Perjalanan saya di Indonesia bermula pada bulan Februari 2012 sehingga Julai 2012 yang lalu.Banyak tempat-tempat yang telah saya jelajahi sepanjang berada di sana bermula dari Surabaya, Malang, Ponorogo, Solo, Yogyakarta, Banjanegara, Magelang, Wonosobo, Garut, Bandung dan banyak lagi.Boleh dikatakan yang seluruh Tanah Jawa telah saya lawati bermula dari Jawa Timur, Jawa Barat dan Jawa Tengah.Kesempatan 5 bulan berada di sana telah memberikan saya peluang untuk mengenali Indonesia, budaya dan  rakyatnya secara dekat. Di dalam sebuah program misi bantuan untuk mangsa letusan Gunung Merapi. Secara jujur, sebelum saya berangkat ke Indonesia, saya merasa sedikit gusar apabila melihat berita d