Kalau dulu,aku pernah dilahirkan di zaman Wawasan 2020 yang menjadi mercu tanda harapan,namun ia hanya tinggal kenangan apabila Imam Islam Hadhari dilantik sebagai Pengumudi Negara ini.Kini,rakyat Malaysia mula menuturkan di bibir,kalimah 1 Malaysia menjadi perbualan impian diri.Rakyat didahulukan,prestasi diutamakan, Kerajaan Rakyat, Kabinet Rakyat adakah ia hanya sekadar 1 Illusi??Tepuklah dada dan tanya selera.....Aku bukan dilahirkan di dalam sebuah negara kayangan.Aku bukan juga membesar di dalam intan dan permata menjadi perhiasan diri.Apatah lagi aku bukan berjalan di atas karpe t merah menjadi laluan diri.Yang pasti, aku bukan juga manusia yang hanya mahu meratapi kekurangan dan kekurangan diri.Namun,akulah insan yang sedia menunggu perubahan di masa hadapan untuk pelengkap diri. Tidak kurangnya fitnah dilemparkan kepada PM yang menggelarkan diri sebagai kabinet rakyat mula menghantui negara ini.Kalau dulu aku bermotokan Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang,namun kini hanya Hant...