Skip to main content

Posts

Showing posts from 2008

INGAT PESAN BONDA

Salam Maal Hijrah buat kalian yang dicintai.Disebalik tabir ungkapan keramat Maal Hijrah,marilah sama-sama kita mengingati perjuangan junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. atas pengorbanan yang dilakukan demi melihat Islam sebagi Al-Deen dan terpacak dimuka bumi ini.Selaku ummat yang mencintai baginda,sewajarnya kita menjaga amanat yang diberikan lantas melaksanakan demi melihat kesyumulan Islam diterima oleh seluruh makhluk di muka bumi ini.Geram hati ini apabila melihat kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi Laknatullah semalam yang telah membedil dari udara dan menyebabkan seramai 270 orang rakyat Palestin menemui syahid di tanah suci tercinta.Hati ini terus memuncak kemarahan apabila terpacul keluar dari Presiden Palestin yang mengutuk dan menyalahkan Hamas atas jen ayah yang dilakukan Yahudi sedangkan seluruh negara Arab dan Eropah sibuk mengutuk Yahudi atas kekejaman yang dilakukan.Persoalan ialah Siapakah sebenarnya penyokong Ummat Islam?Fatah atau negara Eropah yang lain?Tepuk dad

WARKAH UNTUK MAAHAD (2)

Kupanjatkan syukur kehadrat illahi,kerana restunya kita mampu bersua kembali.Rindu hati ini kian memuncak pabila mengingatkan sudah lama hati yang berpaut ini tidak bersama.Jari disusun dan diapit,memohon maaf daripada kalian atas pengasing an diri dari laman ini sebelum ini dek kerana kesibukkan urusan duniawi yang kupohon maghfirah dari Illahi.Terin gat diri ini selaku khatib di A idil Adha baru-baru ini,ketika mengingatkan diri dan jemaah di pagi hari suci Ummat ini, tentang kisah pengorbanan manusia agung Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Ismail atas menyahut perintah dari Illahi.Kuimbas kembali,kepad a pengorbanan yang dilakukan sepanjang hidup ini amatlah kecil jika dibandingkan dengan keikhlasan pengorbanan kekasih sejati Illahi.Berbuih-buih diri ini menggelegak kerana dahagakan cinta Illahi namun semakin hari semakin hilang dek kegilaan nafsu serakah yang memusnahkan diri.Teringat daku kepada pesanan ayahanda Tok Guru kepada mereka yang bergelar khalifah di bumi ini "Semak

RINTIHAN JIWA YANG BERHARAP KEPADANYA

Bertemu kita kembali di arena siber,arena yang cukup tenang tanpa gangguan emosi yang memudaratkan fikrah dan memusnahkan illusi.Kumulai kalam yang mulia dengan mengajak pencinta sekelian untuk menguatkan hubungan dengan Allah dan menambat rabitah ukhwah sesama kita.Sesungguhnya sudah hilang kabus dan jerebu yang menutupi mata dan telah terangkatlah hijab yang me nunjukkan di sana ada rabitah yang kuat antara ilmu fiqh dan tasawuf.Tiada guna ibadah yang dikatakan sempurna tanpa menghadirkan Allah dalam ibadahnya lantaran kerana kekhusukkan dan kemanisan pengabdian diri kepada zat yang suci.Hati akan terus bergelora dan menari mengikut arus kehidupan duniawi dan paluan gendang kehidupan jika tanpa ditelusuri ilmu kebatinan dan hati yang mampu menenangkan jiwa yang gundah ini.Kita tidak mampu melayari lautan yang bergelora tanpa menunjukkan ketaatan kepada sang pengemudi dengan penuh penghayatan dan pengharapan.Aslinya ilmu ini(yaitu jalan tasawuf) adalah tekun beribadah, berhubungan lan

ANTARA HARAPAN FAKULTI DAN IMPIAN DIRI

Salam Keamanan buat semua.Kuhulurkan tangan,berjabat mesra memohon kemaafan jika kalam yang akan diutarakan ini punyai kekhilafan antara kita.Berpegang kepada hak kebebasan bersuara di bawah naungan payungan gergasi PBB,aku tampil mengutarakan pandangan,memohon perhatian sahabat seperjuangan sekalian.Walaupun pada mata zahirnya,aku bercerai talak satu dengan SMSU,namun diri ini masih menunggu waktu tamatnya iddah natijah kita bersama dahulu.Kuharap waktu ini berpanjangan dan berlarutan tanpa dipisahkan oleh Laut China Selatan yang seringkali mengganas,membawa petanda dan amaran kepada manusia sejagat.Ikhlas hati ini mengatakan perasaan cinta terhadap rakan-rakan SMSU masih berkekalan disanubari.Jauh di dalam hati kecilku mengimbas kembali kenangan waktu kita bersama,bercangkarama di bawah sinaran kilauan matahari,dihujani percikan Air Terjun Sg Tekala yang pasti menunjukkan kebesaran dan keindahan ciptaan Illahi.Pendek kata,hati ini masih terikat dan ditambat dengan rabitah Ukhuwwah F

Kalam untuk Maahad

Kudahulukan kalam Salam Perjuangan buat adik-adik yang masih berjuang di bumi Maahad tercinta.Terlebih dahulu,setangkai kalungan terima kasih ku luruskan buat kalian kerana sudi melapangkan waktu untuk singgah di blog ini untuk menjamah secubit taujihah bagi mengubati kealpaan diri bersama.Telefonku berdering-dering petanda menerima kemasukan panggilan yang berkehendak diriku melayannya.Kelihatan nombor yang tidak bernama di skrin telefon bimbitku.Bimbang di hati untuk menyahutnya kerna memikirkan utusan dan perkhabaran apa bakal mencuri ruang perhatian sepasang telingaku.Kerunsingan mula menyelubungi diri ini bermula bilamana telefon resamku telah dicabul kehormatan hak asasinya pabila diragut oleh kekejaman tanganku sendiri.Kuberanikan diri menjawabnya dan kede ngaran suara yang dibawa deruan angin nun jauh dari Pasir Puteh,bumi lahirnya pejuang Tok Janggut,Tok Guru yang sama-sama menuntut kemerdekaan Tanah Melayu sehinga berguguran syahid di jalan Illahi.Semoga roh Allahyarham ditem

MENCARI SINAR SUFI

"Alihkan matamu ke laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,tapi hanya ALLAH yang maha tahu rahsia di dalamnya,begitulah dengan kehidupan manusia,riang ketawa tapi hanya ALLAH yang maha tahu rahsia disebaliknya...jika rasa kecewa,pandanglah ke sungai,airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang...jika rasa sedih,pandanglah ke langit,sedarlah bawa ALLAH sentiasa bersamu",begitulah bunyinya mesej yang dikirim teman juniorku dari Terengganu.Pabila membaca mesej yang dikirimnya,teringat daku ketika mana dia bersuara meluahkan rasa,nekad dirinya membawa diri,melayari keluar dari bumi Maahad yang kucintai.Pesanku kepadanya,"Jadilah kamu sebagai duta yang akan mncorakkan dunia dengan penamu,jadilah kamu seperti mutiara,walau dicampak ke mana arahnya,namun tetap membawa sinar abadi untuk semua".Sejenak kurenung memikir kedhaifan diriku.Kalau dulu aku dikenali orang yang petah berkata-kata,bersemangat waja pabila bersuara namun kini ia lenyap mengikut deruan

DI MANA KITA?

Hamas: Komuniti antarabangsa perlu bertanggungjawab atas semua tragedi. Selasa, 04/11/2008 -Gerakan Hamas menyatakan di ulang tahun per isytiharan Balfour yang ke-91 bahawa masyarakat antarabangsa terutama Britain perlu mengikut sejarah dan bertanggungjawab ke atas setiap malapetaka dan tragedi yang telah menimpa rakyat Palestin kesan dari perjanjian buruk ini. "Palestin adalah sebidang tanah Arab yang mempunyai satu identiti Islam dan tiada siapa yang mempunyai hak untuk meratakan walau seinci tanahnya, jadi sebarang perjanjian yang cuba untuk mengurangkan hak bersejarah tersebut, Arab dan negara Islam adalah secara hukumnya, kepentingan nasionalnya dan dari segi sejarahnya adalah tidak sah”, Hamas menekankan kenyataan tersebut kepada PIC. Kementerian Agama Kutuk Kebiadapan Israel Menghina Al-Quran Selasa, 04/11/2008 -Kementerian Agama dan Waqaf Palestin di G aza mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Israel laknat mengoyak serta membuang Al-Quran ke dalam tandas semasa menye

UMNO dan Politik Wang

Laporan Utusan : Awasi ejen, pelobi minta wang SLIM RIVER 2 Nov. - Pemimpin politik yang menggunakan ejen atau orang tengah sebagai pelobi dalam kempen bagi menghadapi pemilihan UMNO Mac depan boleh menyebabkan politik wang berleluasa dalam parti itu. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) berkata, gejala itu jika tidak dibanteras akan mewujudkan sesuatu yang tidak sihat dalam parti. ''Pasukan pemantau yang dilantik Majlis Tertinggi (MT) UMNO perlu mengawasi ejen atau pun orang tengah ini bagi memastikan tidak berlaku gejala rasuah," katanya pada majlis penutup program 4 x 4 Women Recreation dan Outdoor Challenge 2008 anjuran Yayasan Sukan dan Kecergasan Wanita Malaysia di Kampung Orang Asli, Pos Keding dekat sini hari ini. Kelmarin, MT UMNO memberi amaran kepada ejen pelobi, pengurus kempen dan perayu undi calon-calon pemilihan UMNO yang berada di hotel sekitar ibu negara dan negeri-negeri supaya pulang ke bahagian masing-masing sebelum dikesan oleh

Imtihan Nisfi

Kehadirannya memang tidak dinanti,namun kemunculannya sudah dijangka.Tidak dinamakan kehidupan jika kaki tidak terpijak onak dan duri.Restu Illahi dicari kerana ia mencengkam hati dan sanubari.Berkata sheikh kepada muridnya akan terbukalah lembaran kitab baru pabila fajar menyinsing di purnama ta...li.Walau tanpa dipinta,namun pasca kehidupa n bergerak ke hadpan tanpa menoleh ke belakang.Lantaran itu,berbekalkan keringat yang ada,murid menghadapi dengan restu guru dan keberkatan rabbnya.Duhai sahabat,bersiap siagalah sebelum badai menghanyutkan insan yang penuh dosa untuk menyucikan karat dan daki meniliputi jasadmu.Ku pohon keampunan dari Illahi sebelum kakiku mencecah duri.Pesan guruku,pohonlah keampunan sesamamu jika pernah mengguris hati dan mencucuk duri. Salam Kejayaan Dunia dan Akhirat buat sahabat FSU tahun 1.

Munajat dan Tazkirah Jumaat

Sempena pecutan terakhir lambaian imtihan nisfi,aku menggagahkan diri dan menghimpunkan kekuatan bangkit bermunajat ke hadrat illahi.Pada dinihari di penghulu segala hari,aku menghimpunkan bala tentera bersama satu saf untuk memohon keberkatan dan ketenangan dari illahi sempena imtihan nisfi dan kehidupan ini.Perancanganku di malam hari,menghantar utusan untuk memaklumkan niat di hati ekoran kepayahan dan kemalasan mata untuk melabuhkan diri.Fikirku semua mampu bangkit tanpa diri ini menghadirkan diri dengan bantuan Illahi,namun ianya meleset dan tersadai dalam lembah diri.Namun aku tetap bersyukur pada Illahi,dengan bantuan dan restu illahi,maka berlakulah apa yang dirancang oleh fikrah sunni.Hanya Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.Selepas tirai Fajar melabuhkan diri,fikirku untuk berpesan sesama mukmin bagi menyampaikan fikrah sunni ini.Aku menggagahkan diri menyambung tugas para nabi,walaupun diri ini jauh lebih kerdil dari memenuhi kehendak Illahi.Terfikir diri

Salam Perjuangan

Setiap orang berhak mempunyai fikrahnya yang tersendiri.Namun setiap fikrah yang dimiliki harus didasari dan dipagari dengan syariah Allah.Setiap orang bebas untuk berfikir dan memajukan pemikirannya dalam kehidupan,namun fikrah tanpa kawalan syariah akan membakar diri.Menyahut seruan dakwah illahi,minda sunni tampil membawa diri.Bantuan dipohon dan bimbingan dicari untuk memimpin diri,kerana diri ini baru bertatih dalam gerbang ini.Selamat berkenalan ......