Salam kejayaan buat anda pencinta kecemerlangan semua.Kuhulurkan tangan tanda berjabat mesra,moga luruhlah segala dosa sepanjang kita bersama dan berkenalan di dunia yang fana.Teringat daku kepada dialog dalam layar "Pendekar Bujang Lapok" apabila Ramlee dan rakan-rakannya diuji untuk bergelar murid pendekar musyhtar.Ketika berkelana membawa diri di tanah perkuburan yang padanya penuh lagenda dan dongengan kehidupan,mulut terucap dengan kalimah keramat "CUBAAN............." tanda kecekalan dan wala' yang tinggi kepada bentara guru.Lantas hati ini terfikir tentang ujian yang kiranya besar dalam pelajaran ini bakal menerjah kamar mimpiku kembali.Adakah ujian ini mampu kutempuhi dengan jujur dan ikhlas diri atau hanya sekadar hangat-hangat tahi seperti dinukilkan Tan Sri P. Ramleee dalam minda filemnya itu?Bersemangat diawalnya dan hancur terkubur di pengakhirannya.Teringat kembali kepada kuliah A 'llamah Dr. Zilkifli Al-Bakri bahawa diri ini akan diklasifikas...
Berkongsi rasa, cerita dan coretan jiwa demi pendidikan anak bangsa.