Bajet 2010 telah dibentangkan oleh YAB DS Najib, Perdana Menteri Malaysia di dalam parlimen,lambang demokrasi negara.Pelbagai tafsiran diberikan,lantaran terbitlah sejuta sokongan dan kritikan untuknya.Disebutkan Bajet 1 Malaysia untuk semua lapisan tanpa mengira kedudukan bangsa dan agama dengan tema 1malaysia,kemakmuran bersama.Nikmat kemanisan telah dicurah untuk semua dengan sempadan ideologi politik bukan batasannya.Sekalung tahniah buat DS Najib,Perdana Menteri Rakyat kita semua.Tatkala timbul persoalan dibenak fikiran kecil ini maka sedikit analisis ingin dibuat demi kebajikan kita semua kerana Bajet 1 Malaysia,kemakmuran kita bersa ma.Sejauh manakah kebajikan para pelajar menjadi sandarannya dek kerana diskaun 50% perjalanan kereta api jarak jauh bukanlah buktinya apabila tiada penglibatan semua pelajar boleh menikmatinya.Lagipun,sebelum bajet 2010 dibentangkan,memang pelajar sudah menikmati diskaunnya.Persoalah mudah untuk kita semua.Benarkah wujud landasan kereta api menuju S...