Assalamualaikum wrh... Marilah bersama kita mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana telah menjadikan kita sebagai Ummat Nabi Muhammad S.A.W ., yakni ummat yang terpilih.Selawat dan Salam ke atas junjungan penghulu nabi yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W ., ahli keluarga baginda, para sahabat dan seluruh Muslimin dan Muslimat. Sesungguhnya, sebagai Ummat yang terpilih, kita perlu menghayati sirah perjuangan mulia Nabi Muhammad S.A.W. Harus diingat, kita tidak dikatakan telah menghayati sunnah nabi dengan hanya berarak dan mengadakan majlis besar-besaran tanpa nilai keperibadiaan mulia baginda kita praktikkan.Ini tidak bermakna saya katakan sambutan Maulidur Rasul tidak perlu tapi hendak ditekankan di sini ialah penghayatan terhadap Sirah Rasul itu lebih penting dan perlu.Ramai dikalangan kita pada hari ini berbangga dengan pakaian seragam perarakan dan slogan yang dibawa, tapi tidak mampu mengenali dengan baik Nabi Muhammad S.A.W ., nabi terakhir kita. Bersempena dengan Maulidur Rasul i...
Berkongsi rasa, cerita dan coretan jiwa demi pendidikan anak bangsa.