Di sini hanyalah catatan pandangan peribadi daripada saya dan tidak dikaitkan dengan mana-mana pihak.Alhamdulillah, sudut pidato atau Mimbar Ilqa’ telah dilancarkan di kampus USIM baru-baru ini. Sesungguhnya, saya menyambut baik sudut pidato ini dan sebagai buktinya,saya telah menghadiri majlis pelancaran sudut pidato yang diadakan di Dataran Selera oleh Dato’ NC.Namun,pada pandangan saya,wujud beberapa kelemahan pada pelaksanaan sudut pidato ini samada ia sengaja diadakan atau tanpa sedar.Saya melihat kekurangan yang wujud ini wajar ditangani bersama. Saya menyifatkan kekurangan ini bersifat halangan dalam sedar kepada pelajar untuk berpidato dan melontarkan idea iaitu : 1) Sudut Pidato di USIM hanyalah dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sahaja dengan mengenepikan Bahasa Melayu.Jadi,penguasaan bahasa yang kurang menyebabkan mahasiswa terhalang menyampaikan pidato dan pandangan. Cadangan : Perlu diwujudkan juga Pidato dalam Bahasa Melayu demi mendaulatkan baha...
Berkongsi rasa, cerita dan coretan jiwa demi pendidikan anak bangsa.