Saya sedar bahawa kerajaan telah banyak menanggung kos pembiayaan subsidi kepada pelbagai lapisan rakyat di negara ini.Tindakan kerajaan yang mahu menilai dan mengkaji pemberian subsidi amatlah diharap tidak akan mengakibatkan kepada penarikan pemberian subsidi pendidikan kepada semua pelajar di peringkat rendah, menengah dan universiti.Kerajaan diharap untuk mengekalkan subsidi pendidikan sebagai bukti kesungguhan dan keperihatinan terhadap mutu kecemerlangan pendidikan negara. Sebagai seorang pelajar dan juga mahasiswa, saya percaya kerajaan akan memberikan perhatian serius terhadap mutu pendidikan negara khususnya melibatkan golongan-golongan yang berpendapatan rendah.Saban tahun, banyak permohonan daripada golongan keluarga berpendapatan rendah yang memohon biasiswa kerajaan dan subsidi pendidikan kerana tidak mampu meneruskan pengajian mereka.Saya memandang serius kenyataan YB Timbalan Menteri Pengajiaan Tinggi bahawa 90 peratus pelajar di Institusi Pengajiaan Tinggi bergantung ke...
Berkongsi rasa, cerita dan coretan jiwa demi pendidikan anak bangsa.