Dunia hari ini dipenuhi dengan pelbagai fitnah dan berita palsu.Ia ibarat sudah menjadi makanan bagi penduduk dunia.Dari barat hinggalah ke timur,dari utara hingga ke selatan,pasti ada fitnah dan berita palsu yang disebarkan.Dan kita pula ibarat sudah terpedaya dan dikuasai oleh fitnah-fitnah itu.Tidak kira samaada fitnah itu datang dalam bentuk harta,kedudukan,dan bermacam-macam lagi.Kadang-kadang,gelombang fitnah yang datang itu menjadikan kita sukar untuk menilai yang manakah benar dan yang manakah pula salah.Semuanya itu akan menyebabkan kita terpedaya sekiranya bekalan iman dan mental yang cukup tidak dimiliki. Sebagai ummat Islam,kita diajar untuk berjaga-jaga dengan angin fitnah ini.Doa-doa juga dipohon supaya kita dijauhi dari fitnah dunia,dajjal dan sebagainya.Maknanya,berat sungguh angin fitnah ini sehinggakan kita diminta untuk berjaga-jaga.Kita bukan sahaja diajar untuk mempersiapkan diri kita menolak angin fitnah ini bahkan kita dilarang sama-sekali menjadi pembawa obor fi...
Berkongsi rasa, cerita dan coretan jiwa demi pendidikan anak bangsa.