Ramadhan Kareem...Ucapan ini seringkali kita dengar di bulan yang mulia ini.Ucapan yang menunjukkan betapa mulianya Ramadhan buat kita ummat Islam semua.Ramadhan bukan hanya bulan puasa semata-mata tetapi adalah bulan ibadah untuk kita.Kita digalakkan untuk memperbanyakkan amalan sunat disamping meningkatkan ibadah wajib sehari-hari.Disebutkan bahawa ibadah sunat akan digandakan pahalanya seperti amalan wajib dan ibadah wajib digandakan 70 kali ganda.Sungguh hebat bagi mereka yang benar-benar mengabdikannya dirinya di bulan Ramadhan ini.
Bila disebutkan puasa bermakna kita mencegah diri kita daripada makan dan melakukan perbuatan yang boleh membatalkan puasa.Ini bermakna, bukan hanya puasa perut sahaja bahkan puasa mulut, telinga, mata dan seluruh anggota pancaindera.Oleh kerana itu, jika di bulan puasa seseorang itu mengumpat, maka orang lain akan berkata kepadanya adakah awak ini berpuasa?Jika beginilah ucapannya, maknanya yang bertanya itu benar-benar faham pengertian dan tuntut...
Berkongsi rasa, cerita dan coretan jiwa demi pendidikan anak bangsa.