Saya merasa agak kecewa dan sedih dengan permainan media dan pihak-pihak tertentu dalam mensensasikan isu hudud demi kepentingan agenda sempit mereka.Benarlah jika dikata orang politik itu hanya tahu menjaga survival politik mereka sahaja asalkan mereka boleh kekal berkuasa dan memerintah sahaja.Persoalan menghormati agama dan norma kehidupan itu hanyalah perkara ke dua atau mungkin ke tiga dalam kamus kehidupan mereka.Apabila dekat sahaja pilihanraya, isu hudud ini akan dipalu untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu dan menjatuhkan imej Islamik parti lawan.Astaghfirullah!!Di manakan prinsip dan pegangan Islam mereka ini? Hudud itu adalah hak Allah dan ianya bukan hak parti tertentu.Perlaksanaannya adalah wajib apatah lagi bagi kita yang dikatakan sebuah negara Islam.Kenyataan-kenyataan janggal seperti "Saya akan pastikan hudud tidak dapat dilaksanakan di Malaysia","Hudud belum tiba masanya untuk dilaksanakan di Malaysia","Malaysia adalah negara multiraci...
Berkongsi rasa, cerita dan coretan jiwa demi pendidikan anak bangsa.