"Alihkan matamu ke laut,airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,tapi hanya ALLAH yang maha tahu rahsia di dalamnya,begitulah dengan kehidupan manusia,riang ketawa tapi hanya ALLAH yang maha tahu rahsia disebaliknya...jika rasa kecewa,pandanglah ke sungai,airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu menghalang...jika rasa sedih,pandanglah ke langit,sedarlah bawa ALLAH sentiasa bersamu",begitulah bunyinya mesej yang dikirim teman juniorku dari Terengganu.Pabila membaca mesej yang dikirimnya,teringat daku ketika mana
dia bersuara meluahkan rasa,nekad dirinya membawa diri,melayari keluar dari bumi Maahad yang kucintai.Pesanku kepadanya,"Jadilah kamu sebagai duta yang akan mncorakkan dunia dengan penamu,jadilah kamu seperti mutiara,walau dicampak ke mana arahnya,namun tetap membawa sinar abadi untuk semua".Sejenak kurenung memikir kedhaifan diriku.Kalau dulu aku dikenali orang yang petah berkata-kata,bersemangat waja pabila bersuara namun kini ia lenyap mengikut deruan ombak yang menggila dan memukau setiap mata yang memandangnya.Pernah kusuarakan bisikan nuraniku kepada teman seperjuangan dahulu,yang kini menunggu menjadi Al-Hafiz di Kuala Kubu Baru,namun disapa dengan kalamnya,"Syeikh,teruskan perjuanganmu dalam medan dakwah,berada dalam deretan satu jemaah,walau di mana dirimu berada".Lantas diriku terkesima dan terpukau !!Apakah aku telah tersasar dari jalan yang sebenar?Di mana janjiku dahulu untuk mewakafkan diriku di dalam perjuangan agama?Suara kecil hatiku seolah-olah meronta mencari nur Illahi supaya ditunjukkan jalan dan tarikat yang sejati.Ku cuba menenangkan hati ini,mencari amalan pembersihan diri.Kucarinya di
segenap pelusuk negeri,dan kupasti janji Allah pasti menemui diri ini.Tanpa diri yang dhaif ini merancang,namun ketentuan ALLAH pasti terjadi.Ku dibawa rakan menyertai jemaah sufi,memohon kepada Illahi dibekalkan hati yang suci.Kalau dulu,kononnya diri ini dikatakan orang yang khilaf dengan fahaman sufi,namun kini cuba mencari ruang,menempatkan diri bersama golongan sufi dan al-habaib.Kini,kumenarik nafas lega,mengucap syukur kepada Illahi.Hati yang dulu gundah gelana namun beransur tenang mengikut kemerduan suara burung yang bersiulan.Kurakamkan Jazakallahu khairan jazaak kepada teman yang mengajak diriku menghadiri Majlis Haul Al-Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad kerana memimpin diri ini bersama mencari cahaya kehidupan ini.Hati ini ingin berpesan kepada teman yang bersama menyertai walaupun diri ini masih baru menjinakkan diri,"Amalkan ratib Al-Haddad setiap hari,InsyaAllah ketenangan pasti menusuk ke kalbu diri ini".


Terima kasih duhai sahabat..............Kalau ada majlis lagi,ajaklah teman lagi.InsyaALLAH jika berkelapangan,ingin sekali diri ini menyertai lagi..
Comments