Skip to main content

Nik Aziz: Rakyat Kelantan perlu setia pada Pemangku Sultan

KOTA BARU, Jan 13 – Kerajaan negeri yakin Tengku Muhammad Faris Petra telah bertindak dengan baik dalam melaksanakan tugasnya yang diamanahkan dalam menjalankan segala kuasa sebagai Pemangku Sultan Kelantan.

Justeru, kerajaan negeri sentiasa patuh dan taat dalam menjalankan segala perkara yang dititahkan Pemangku Sultan Kelantan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan perkara itu pada sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini.

“Kerajaan negeri Kelantan adalah sebuah kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat mengikut saluran undang-undang, iaitu melalui sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

“Selaras dengan tata urus dan pentadbiran kerajaan negeri yang dijalankan berlandaskan undang-undang, terutamanaya Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, maka kerajaan negeri sentiasa mematuhi serta menjalankan segala perkara yang dititahkan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia pada sepanjang masa.

“Ini termasuklah juga segala titah dan arahan Pemangku Raja selaras dengan peruntukan perkara 4 fasal 1,” katanya.

Menurut Nik Aziz, bahawa mematuhi dan mentaati titah dan arahan Pemangku Raja bermakna mematuhi dan mentaati titah dan arahan Pemangku Sultan Kelantan.

Kenyataan Menteri Besar itu difahamkan sebagai respons kepada beberapa kenyataan berhubung isu semasa yang turut melibatkan pihak istana sebagaimana didakwa telah mengelirukan banyak pihak.

Selain itu konflik istana yang dikatakan semakin tegang membabitkan Pemangku Raja dan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry dalam isu pengguguran keahliannya dalam Majlis Perajaan Negeri.

Tengku Muhammad Fakhry digugurkan daripada ahli Majlis Perajaan Negeri oleh Pemangku Raja dan isu tersebut menjadi semakin hangat apabila Tengku Muhammad Fakhry membawa kes tersebut ke dalam prosiding mahkamah.

Baru-baru ini Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad membuat kenyataan bahawa Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakhry tidak mempunyai autoriti, dipercayai kuasa untuk membuat kenyataan media menyentuh urusan istana, bahkan difahamkan termasuk urusan kerajaan negeri.

Bagaimanapun Abdul Halim tidak menyebut dengan secara specifik bentuk kenyataan dimaksudkan.

Pada masa sama Nik Aziz menyeru semua pihak termasuk para pegawai kerajaan, pimpinan masyarakat serta seluruh rakyat Kelantan sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi lepada Pemangku Raja demi kesejahteraan, keamanan dan kebajikan semua.

“Dan kita sama-sama berdoa ke hadrat Ilahi semoga Sultan akan bertambah sihat dari kegeringan,” ujarnya.

(Diambil daripada The Malaysian Insider)

*Sebagai rakyat Kelantan,saya mendoakan agar Tuanku Sultan cepat sembuh dan dapat menaungi negeri dalam keadaan baik dan aman.Saya juga berharap agar pihak media,masyarakat tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan kedaulatan Sultan dan kerabat baginda.Semoga Allah memberkati pemerintahan pemangku Sultan Kelantan

Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini