Skip to main content

HASIL KUNJUGAN HORMAT MPP KE ATAS TNC (AA) USIM

ALUAN PENGERUSI MAJLIS (PROF. DR. MUSA AHMAD, TNC AA)

Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada barisan MPP kerana mengatur pertemuan rasmi bersama TNC AA dalam membincangkan isu-isu berkaitan hal ehwal akademik.
Pengerusi mengakui keperluan mewujudkan platform antara pihak pengurusan universiti dan pelajar, sama ada secara khusus melalui mesyuarat rasmi atau melalui dialog terbuka di peringkat fakulti. Beliau turut mencadangkan agar pertemuan ini diadakan secara berkala, sekurang-kurangnya sekali bagi setiap semester.

ALUAN YANG DIPERTUA MPP

Yang Dipertua MPP, saudara Muhammad Hilmi Juhari mengucapkan terima kasih atas kesudian Y.Bhg.Prof. menerima kunjungan hormat daripada MPP.
Yang Dipertua memaklumkan bahawa kunjungan hormat MPP bersama pihak pengurusan tertinggi universiti merupakan salah satu agenda tahunan MPP dalam membawa isu-isu penting melibatkan hal ehwal mahasiswa. Beliau turut memaklumkan kehadiran empat orang wakil pelajar program Tamhidi yang turut serta dalam sesi mesyuarat kali ini.


ADUAN / ISU

Isu penamatan kontrak dua pengajar Pusat Tamhidi

Tuntutan/Cadangan MPP: Memohon pertimbangan dan budi bicara daripada Y.Bhg. Prof. untuk mendengar penjelasan secara lisan daripada wakil pelajar Tamhidi berhubung isu tersebut.

Respon wakil pelajar:
1. Ketiadaan dua pensyarah tersebut dianggap suatu kehilangan besar kepada USIM. Kebanyakan pelajar program Tamhidi menyambung pengajian di USIM atas saranan bekas pelajar Tamhidi yang memberi keyakinan kepada mereka terhadap kredibiliti dan kualiti kedua-dua tenaga pengajar itu. (Asyraf)
2. Sikap pensyarah tersebut cukup memberi kesan kepada pelajar, terutama dari sudut kesungguhan belajar dan pentingnya nilai ukhuwah yang diterapkan. (Azly)
3. Hubungan akrab antara pensyarah dan pelajar yang ditonjolkan menyebabkan pelajar selesa berdampingan bagi meminta bantuan dalam hal akademik. (Amirul)

Respon TNC AA:
1. Mengakui rekod cemerlang ditunjukkan oleh kedua-dua pensyarah tersebut sepanjang karier mereka sebelum ini, serta menganggap mereka bukan sekadar guru biasa, sebaliknya menjalankan peranan sebagai pendidik yang sebenar.
2. Menjelaskan bahawa isu yang timbul bukan disebabkan oleh isu prestasi, tetapi isu pentadbiran yang tidak dapat dielakkan, terutama apabila melibatkan isu audit urustadbir sumber manusia mengikut panduan yang ditetapkan oleh JPA dan akta-akta berkaitan (RUJ: USIM(S) 1.1.2/10/1 JILID 2 (29)).
3. Pensyarah terbabit dimaklumkan telah mengambil pilihan untuk bersara secara pilihan. Dalam masa yang sama, pihak universiti mengambil langkah alternatif bagi memastikan keperluan pelajar mendapatkan tenaga pengajar berkualiti dipenuhi, seperti tawaran kepada pihak terbabit untuk bertugas sebagai TPS.
4. Mengharapkan agar isu tersebut tidak menjejaskan tumpuan pelajar dalam akademik serta mengambil sikap positif sebelum menduduki peperiksaan akhir.

Pelaksanaan e-Hadir

Tuntutan/Cadangan MPP: Perlaksanaan sistem e-Hadir bagi menentukan status pelajar layak menduduki peperiksaan akhir, tidak digunapakai pada semester ini.
- Dicadangkan agar sistem e-Hadir hanya dilaksanakan secara sepenuhnya pada semester depan, ketika semua pihak bersedia dan yakin sistem tersebut tidak memberi sebarang masalah lagi.

Respon wakil pelajar:
1. Sebahagian besar komen daripada pensyarah dan pelajar yang diperoleh berhubung sistem ini membuktikan sistem e-Hadir masih diragui. Bahkan, ada sebilangan pelajar yang menipu dalam kehadiran mereka. (Abdullah)
2. Pegawai PTM memaklumkan bahawa sistem tersebut masih lagi di peringkat percubaan. Justeru, setiap pensyarah telah diingatkan agar turut mengambil kedatangan secara manual bagi mengelakkan pelajar tersilap maklum apabila merujuk kehadiran mereka dalam sistem tersebut. (Fakhruddin)

Respon TNC AA:
1. Perbincangan secara khusus telah diadakan dalam Mesyuarat Pengurusan Akademik (MPA) berkenaan hal ehwal operasi akademik, termasuk kepengurusan dalam sistem e-Hadir.
2. Senarai pelajar yang gagal menduduki peperiksaan telah dikeluarkan oleh Bahagian Akademik. Diakui jumlahnya sangat ramai dan menimbulkan keraguan.
3. Surat arahan telah dikeluarkan kepada semua dekan bagi mengingatkan kepada semua pensyarah agar menggunapakai kedua-dua kaedah (sistem dan manual) bagi mendapatkan kehadiran pelajar ke kuliah.
4. Bagi pelajar yang disenarai gagal menduduki peperiksaan, Bahagian Akademik akan mengambil tindakan mengesahkan senarai tersebut di peringkat fakulti terlebih dahulu. Pelajar yang berkaitan hanya disahkan gagal menduduki periksaan apabila menerima surat daripada PPS.
5. Pihak Universiti sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan sistem tersebut. Sekiranya masih wujud keraguan atau masalah dalam sistem e-Hadir, pihak universiti akan menimbangkan cadangan untuk menggunakan kaedah bio-matrik (cap jari) menggantikan sistem tersebut.

Jadual Peperiksaan Akhir bagi Semester 1 sesi Akademik 2010/2011

Tuntutan/Cadangan MPP:
1. Sistem Jadual Peperiksaan Akhir bagi semester ini dirombak semula mengikut tarikh asal dalam Takwim Akademik sesi 2010/2011, iaitu selama 3 minggu.
2. Peperiksaan dijalankan pada dua sesi sahaja dalam satu hari (pagi dan petang), dan tidak seperti perubahan terkini, iaitu 3 sesi pada satu hari.

Respon wakil pelajar:
1. Rentetan daripada isu jadual peperiksaan, terdapat kes melibatkan seorang pelajar yang menangguh semester, berdepan kesulitan apabila pertindihan waktu peperiksaan bagi subjek diambil serta menghadapi masalah status tidak daftar kursus. (Najib)
2. Penyusunan waktu bagi peperiksaan pada kali ini dilihat tidak sesuai dengan keadaan pelajar USIM, terutama apabila berlaku perturutan peperiksaan bagi dua subjek satu hari, serta kesuntukan waktu yang menyukarkan untuk rehat dan solat. Kebimbangan juga timbul berkaitan mutu jawapan oleh pelajar. (Abdullah)
3. Berlaku kesilapan dalam jadual peperiksaan yang dikeluarkan apabila terdapat subjek yang tidak memerlukan peperiksaan akhir, turut disenaraikan dalam jadual tersebut. (Azly)

Respon TNC AA:

A. ISU TEMPOH PEPERIKSAAN DUA MINGGU
1. Keputusan pihak Universiti memendekkan tempoh peperiksaan kepada 2 minggu disebabkan oleh kesuntukan masa bagi mencapai tarikh yang ditetapkan KPT untuk keluarkan keputusan peperiksaan bagi semester ini.
2. Pemendekan tempoh tersebut juga bagi memberi masa yang mencukupi kepada para pensyarah menanda kertas jawapan peperiksaan.
3. Selain itu, fasa atau proses tertentu yang perlu dilalui seperti janaan PNGK, mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Pra-Siswazah(JPPF), mesyuarat di peringkat fakulti serta Mesyuarat Senat yang memakan masa turut memberi kesan kepada keputusan pemendekan tempoh peperiksaan.
4. Bahagian Akademik telah berusaha yang terbaik dengan mengambil kira masalah sampingan yang cuba dielakkan, bagi mengelakkan kesan ‘berantai’ seperti penundaan tarikh daftar kursus untuk semester akan datang.

B. ISU TIGA SESI PEPERIKSAAN DALAM SATU HARI
1. Bahagian Akademik telah mengkaji keberkesanan perlaksanaan tiga sesi bagi satu hari, termasuk mengadakan simulasi dan melakukan perbandingan dengan universiti-universiti lain yang berpengalaman dalam perlaksanaan tersebut.
2. Pihak Universiti telah mengambil kira masalah-masalah yang mungkin berlaku, termasuk waktu solat dan masa rehat atau makan. Pembahagian sesi peperiksaan berdasarkan ketetapan seperti berikut:
i. Slot 1 (8.30 – 11.30 pagi) bagi subjek 3 jam masa peperiksaan
ii. Slot 2 (12.30 – 3.00 petang) bagi subjek 2 jam 30 minit
iii. Slot 3 (4.00 – 6.-00 petang) bagi subjek 2 jam masa peperiksaan
3. Memberi jaminan kepada pelajar bahawa tidak akan ada dua subjek yang diduduki secara berturutan sesi.
4. Draf akhir bagi jadual peperiksaan akan dikeluarkan sekali lagi dalam minggu ini. Pelajar diminta merujuk draf tersebut untuk mengetahui sebarang perubahan terkini. Sekiranya masih berlaku masalah berturutan sesi, pelajar diminta untuk segera berhubung dengan Bahagian Akademik.

Malaysian University English Test (MUET)
Masalah MUET di kalangan pelajar tahun akhir yang belum mencapai tahap diperlukan untuk bergraduasi.

Tuntutan/Cadangan MPP:
1. Menuntut agar ketetapan tahap MUET Band 3 dilonggarkan dengan pengecualian kepada pelajar tahun akhir pada sesi Akademik ketika ini.
2. Menuntut agar dirombak semula sistem pengajian bahasa termasuk perlaksanaan program ELSP dan relevansi subjek Bahasa Inggeris 3.
3. Bagi subjek Bahasa Inggeris 3 yang bertujuan memperkasa pencapaian MUET, dilihat membebankan pelajar, dicadangkan agar subjek tersebut dimansuhkan, ATAU tidak dimasukkan dalam sistem kredit penilaian pengajian pelajar.

Respon TNC AA:
1. Pihak Universiti secara kolektif telah menetapkan keputusan untuk keperluan Band 3 bagi pelajar yang ingin bergraduasi adalah muktamad. (Mesyuarat Senat Universiti kali ke-51, bil.3/2010)
2. Bahagian Akademik hanya menerima aduan berhubung isu Bahasa Inggeris 3 daripada pelajar FPQS. Tindakan sudah mula diambil dan kajian akan dilaksanakan secara menyeluruh berhubung dakwaan tersebut.
3. Pihak Universiti melihat keperluan ELSP tetap wujud, meskipun bukan menjurus kepada MUET. ELSP bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar bagi membudayakan bahasa Inggeris.
4. Salah satu keputusan dalam MPA adalah menjadikan semester pendek bagi Pelajar Tahun 1 untuk subjek pemantapan bahasa Inggeris secara khusus. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut masih belum diluluskan oleh Senat.

Isu-isu Berbangkit dari Kampus Pandan

1. Ketiadaan pensyarah tetap untuk sesi klinikal di hospital menyukarkan mereka untuk merujuk dsb. Pelajar memohon agar diadakan pensyarah yang bertugas secara tetap di tempat pelajar menjalankan klinikal.
2. Pelajar memohon agar waktu/tempoh bagi sesi klinikal dipanjangkan
3. Jadual kelas padat sehingga lewat petang/malam.

Respon TNC AA:
1. Berhubung masalah ketiadaan tenaga pensyarah yang tidak mencukupi, isu tersebut hanya bersifat sementara, dan akan dapat diatasi apabila sebahagian pensyarah yang kini sedang melanjutkan pengajian akan kembali bertugas sebaik tamat pengajian. Dijangka pada 2012, tenaga pakar di kalangan pensyarah akan mencukupi bagi menampung posisi pensyarah pemantau ketika tempoh klinikal,
2. USIM kini menggunakan khidmat doktor pakar di hospital klinikal sebagai TPS yang bertindak sebagai pensyarah pemantau, iaitu di Hospital Jelebu, Hospital Ampang, Hospital Tampin, Hospital Temerloh). Selain itu, doktor-doktor pakar dari UKM dan UM turut dibawa khas untuk tujuan yang sama.
3. Bagi cadangan untuk memanjangkan tempoh klinikal, adalah sukar kerana kekangan masa pengajian yang diperuntukkan untuk program perubatan.
4. Dicadangkan kepada pelajar untuk mengoptimakan pengalaman klinikal bersama doktor pakar, dengan inisiatif sendiri dalam mendapatkan lebih masa untuk ‘posting’ di unit-unit tertentu.
5. Kepadatan jadual kuliah/kelas sehingga lewat petang atau malam tidak dapat dielakkan akibat kekangan rutin yang turut dialami di kampus Nilai.
6. Berharap ia tidak menjadi masalah besar memandangkan terdapat cadangan daripada sebahagian pelajar Pandan untuk mengambil kelas tambahan bagi subjek Bahasa Mandarin.

HAL-HAL BERBANGKIT

Saudara Mohd Najib ‘Afif menekankan aspek penguasaan Bahasa Arab di kalangan siswa/i USIM. Beliau mencadangkan agar pihak Universiti mengambil kaedah modul berinovasi yang diperkenalkan oleh Dr. Norhayati, serta mengesyorkan agar modul tersebut dikembangkan di peringkat pelajar.

Respon TNC AA:

Akan mengambil maklum cadangan tersebut, dan menerima saranan untuk menjadikan USIM sebagai tapak pemula bagi mengembangkan produk inovasi yang dicipta oleh pensyarah USIM sendiri.
Saudari Nur Akalili Zubair membangkitkan masalah ketidakseimbangan struktur kursus bagi semester tertentu, memandangkan pelajar tidak diberi peluang untuk mengatur kursus yang ingin diambil bagi setiap semester.


Respon TNC AA:
1. Maklumat berkenaan kursus dan jumlah subjek yang ditawarkan kepada pelajar adalah sepenuhnya dari peringkat fakulti. Pelajar boleh bekerjasama dengan pensyarah untuk membuat sebarang aduan kepada pihak fakulti sekiranya berlaku masalah ketidakseimbangan subjek yang diambil.
2. MPP boleh berperanan melalui perbincangan bersama Timbalan Dekan Akademik di fakulti masing-masing berhubung perkara ini. Pelajar harus diingatkan bahawa meskipun kursus yang ditawarkan secara pakej, namun mereka tetap mempunyai hak untuk mengawal struktur kursus yang diambil bagi setiap semester, sama ada untuk menangguhkan subjek tertentu dahulu atau sebaliknya.



Disediakan oleh,


SETIAUSAHA MPP

SESI 2009/2010


Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna

TEKS UCAPAN MALAM PENGENALAN CALON

Berikut merupakan teks ucapan saya sebagai calon PRK USIM untuk kawasan umum.Ucapan ini telah dipersembahkan semasa Majlis Pengenalon calon PRK USIM di Kolej Kediaman Nilam Court.Setiap calon hanyalah diberikan masa selama 3 minit untuk menyampaikan ucapan.Intisari ucapan sebagaimana berikut : YBhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda,Naib Canselor USIM,YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohamed Asin Bin Dollah,TNC HEPA,YBhg. Prof. Dr. Bachok Bin M. Taib, Pemangku TNC Akademik dan Antarabangsa,Pegawai-pegawai Universiti,Dekan-dekan Fakulti,Para pensyarah dan hadirin-hadirat yang dirahmati. YBhg. Dato' dan hadirin yang dirahmati. Mohon izin untuk memperkenalkan diri yang kecil molek berada di hadapan kalian pada hari ini.Nama diberi Abdullah Bin Long.Pelajar FSU (Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa).Anak kelahiran jati negeri Kelantan.Calon Umum No. 15. Tiada gunanya Abdullah bin Long tampil ke hadapan dan menabur janji kerana setiap bait-bait kata akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah nanti.

JENAYAH ZINA & BUANG BAYI : DI MANAKAH POSISI KITA?

Saban hari, di dada-dada akhbar atau di mana sahaja, kita seringkali dikejutkan dengan kes buang bayi.Sehinggakan ada sesetengah pejuang hak asasi mencadangkan supaya diwujudkan tong sampah yang ke-4 iaitu untuk bayi.Kalau sudah ada tong untuk kaca, bahan bercetak dan bahan basah, maka tong ke-4 untuk buang bayi perlu diadakan.Sampai tahap itu orang kita berfikir kerana memikirkan parahnya masyarakat Malaysia kita hari ini.Asasnya, jenayah zina dan buang bayi ini puncanya apabila kita telah hilang asas akidah di dalam diri.Sibuk mengejar pembangunan material dan fizikal sehingga terlupa pembangunan jiwa dan rohani.Astaghfirullah al a'zim.Moga Allah melindungi kita daripada penyakit rohani ini. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kes buang bayi dan zina ini.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebulatnya kerana nafsu ini sudah lama wujud bahkan sejak zaman Nabi Adam lagi.Cuma, bagimana manusia menjaga dan mengawalnya sahaja agar selari dengan Islam.Bila bicara soal Islam ini