Kali ini, izinkan saya untuk menulis serba-sedikit berkenaan dengan Pondok Modern Darussalam Gontor.Mungkin ada teman-teman saya di Malaysia yang tidak mengenali Pondok ini dan mungkin ramai juga yang telah mengenalinya sebelum daripada ini.Peluang saya berada di sini bagi menjalani Latihan Industri serta menjadi salah seorang warganya (pinjam penggunaan) akan saya gunakan untuk mengenali secara lebih dekat Pondok Modern ini.Sebetulnya, saya rasa amat bertuah kerana dihantar oleh USIM untuk menjalani Latihan Industri di sini dan ia merupakan peluang yang sangat bermakna dalam hidup ini.Untuk makluman teman-teman semua, saya kini menjalani Latihan Industri di institut Studi Islam Darussalam Gontor yang mana merupakan sebuah Universiti Islam yang diuruskan oleh Lembaga Pondok ini.Saya kongsikan kepada teman semua serba-sedikit mengenai Pondok berdasarkan sesi penerangan yang telah disampaikan sendiri oleh KH Syukri Zarkasyi, Pimpinan Pondok Modern Darussalam Gontor.Catatan-catatan ini a...
Berkongsi rasa, cerita dan coretan jiwa demi pendidikan anak bangsa.