Skip to main content

PERGINYA SANG MURABBI

Aku masih ingat saat aku memohon untuk memasuki Maahad Muhammadi Lelaki, antara orang yang paling kuat memberikan sokongan dan dorongan kepadaku adalah ayahku sendiri.Bagiku, Maahad itu amat ganjil dalam kamus hidupku apatah lagi ia merupakan sebuah sekolah Ugama.Cuma, yang istimewa menurut hematku pada waktu itu adalah kedudukan Maahad itu yang sangat strategik di bandar Kota Bharu sahaja.Namun, tampil sang ayah iyang kuanggap sebagai Murabbi mengesyorkan untuk aku masuk ke Maahad ini.Katanya, dia mahu aku belajar sekolah Ugama dan membantunya dan keluarga suatu hari nanti.Saat itu, dia melihat Maahad sebagai Pusat Mendidik Ummah.

Pernah beberapa kali dia memintaku untuk mengajarnya cara-cara memakai serban.Bagi seseorang yang umurnya sudah menjangkau 60 tahun, umur yang ada merupakan waktu yang paling bermakna untuk dirinya lebih mengingati Allah.Mungkin kerana beliau terpaku dan terpesona dengan gaya serban yang dipakai, lantas dia tertarik untuk memakainya juga.Sungguh indah serban yang bermahkota di kepalanya.

Aku sebenarnya seorang yang sangat malu.Kinipun masih pemalu lagi.Tidak punya keyakinan diri yang tinggi.Orang yang gigih dalam memastikan aku berani tampil ke hadapan ialah dia.Aku masih ingat ketika dia menyuruhku untuk mengumandangkan azan di surau.Bagi budak kecil yang masih baru belajar mendalami agama, terasa sangat berat mulut ini melaungkannya.Orang yang datang memberikan sokongan dan meyakinkanku pada waktu itu dia ayahku.Bagi dirinya, tiada yang mustahil dalam hidup ini asalkan kita berani melakukannya.

Pantang dalam diari hidupnya jika masa dibazirkan begitu sahaja.Dia tidak boleh melihat anak-anaknya tiada aktiviti untuk dilakukan.Baginya, tiada waktu kosong untuk dileburkan.Semuanya perlu dipenuhi dengan jadual aktiviti harian.

Namun, kini dia telah pergi meninggalkanku sejak tahun 2004 yang lalu.Didikan yang diberikan itu sangat membekas dalam untukku.Walaupun waktu untuk aku bersamanya hanyalah sekejap, bagiku mungkin Allah lebih menyayangi dirinya.Siapapun dia pada pandangan umum, namun bagiku dia tetap Murabbiku....

Catatan khas untuk Allahyarham Long Bin Samad yang telah kembali ke rahmatullah pada 2004.

Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna...

Dengan Quizlet aktiviti pengajaran & pembelajaran menarik

Assalamualaikum dan Salam Pendidikan untuk semua. Dewasa ini, medidik generasi Alpha bukanlah satu perkara yang mudah. Generasi Alpha atau Gen-A adalah gelaran kepada anak-anak yang lahir pada tahun 2010 sehingga tahun 2014. Mereka kebanyakannya yang paling berpelajaran kerana telah mengikuti pendidikan formal seawal usia 3 tahun. Generasi ini berfokus terhadap gaya hidup berteknologi tinggi kerana mereka adalah anak kepada generasi Y dan Z yang lebih berkemampuan. Generasi ini mula mengenal hidup dengan telefon bimbit, ipad, komputer, playstation , google , instagram , facebook dan banyak lagi. Oleh itu, para pendidik yang mendidik mereka perlulah mempersiapkan diri bagi menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berteknologi. Kita sudah melihat bagaimana cara mereka berkomunikasi sesama mereka dengan bahasa singkatan dan lebih santai. Generasi ini banyak kehidupannya tertumpu kepada telefon bimbit atau gajet seperti telefon pintar, laptop dan pelbagai lagi. Tida...

Uji Kefahaman dengan Quizizz

Kita masih membincangkan berkaitan tools for 21st century learning yang boleh digunakan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Untuk entri kali ini, saya memilih untuk berkongsi salah satu tools yang boleh digunakan iaitu Quizizz. Quizizz boleh dimainkan secara langsung di dalam kelas bersama pelajar atau boleh juga dijadikan homework untuk pelajar. Sekiranya kita memilih untuk mengadakan game secara langsung di dalam kelas, ia boleh dilaksanakan secara berkumpulan (team), individu (classic) atau test. Pada pandangan saya, antara Quizizz dan Quizlet, Quizlet lebih menjadi pilihan dikalangan para pelajar. Walaupun demikian, Quizizz ini sesuai digunakan sekiranya mahu menilai kefahaman pelajar secara individu. Selain itu, ia boleh dijadikan soalan homework kepada pelajar di rumah. Saya sendiri akan menggunakan Quizizz sekiranya ingin menilai kefahaman pelajar secara individu dan ingin memberikan latihan kepada pelajar. Apa yang menarik mengenai Quizizz, guru dap...