Alhamdulillah,ketika lima bulan di Indonesia,saya telah diberikan kesempatan ruang dan peluang untuk menjejakkan kaki di puncak Bromo,Jawa Timur Indonesia.Perjalanan ke sana sekitar 3 jam dari Kota Surabaya.Kami terpaksa berangkat ke sana pada malam hari kerana pemandu arah yang juga supir (pemandu) seorang guru dan perlu mengajar di sekolah pada siang hari.Sedikit pengenalan tentang latar belakang Kawah Bromo ini untuk sahabat-sahabat blogger semua. Gunung Bromo merupakan Gunung Berapi yang masih aktif dan paling terkenal sebagai objek wisata di Jawa Timur Indonesia.Sebagai objek wisata atau tempat pelancongan,gunung ini menjadi menarik kerana ia juga merupakan gunung berapi yang masih aktif meletus.Bromo mempunyai ketinggian 2.392 meter di atas permukaan laut dan terletak di dalam empat wilayah iaitu daerah Probolinggo,Pasuruan,Lumajang,dan Malang.Bentuk Bromo ini seperti lembah dan mempunyai lautan pasir di sekitarnya.Gunung Bromo ini juga mempunyai sebuah kawah dan kawah ini ...
Berkongsi rasa, cerita dan coretan jiwa demi pendidikan anak bangsa.