Skip to main content

SELAMAT BERANGKAT BUAT JEMAAH HAJI


Di bulan ini,sebahagian saudara-saudara kita telah mendapat panggilan menunaikan haji.Apakah istimewanya Haji ini sehingga semua kita mengimpikan untuk menunaikannya.Saya masih ingat ketika masih kecil dahulu menghantar ibu dan ayah tercinta ke Lapangan Terbang Hatyai Thailand untuk berangkat menunaikan haji.Saat itu mereka sungguh gembira apabila telah terpilih menjadi tetamu Allah walaupun terpaksa meninggalkan kampung halaman dan ayam di reban.Ibadah haji ini sangat istimewa.Ia melibatkan ibadah fizikal dan hati.Apatah lagi,waktunya telah ditetapkan Allah pada bulan tertentu sahaja dan tempatnya pula hanya di Makah.

Nabi pernah bersabda,"Haji yang Mabrur itu tiadalah balasan lain kecuali hanyalah syurga".Ikhlaskan niat kita untuk berangkat menunaikan haji.Kita ke Makah hanya mahu menunaikan ibadah dan menyempurnakan rukun Islam yang ke-5.Buangkan ke tepi niat-niat untuk melancong,membeli-belah jubah dan jilbab dan yang lain-lain itu.Bila telah terpilih menjadi tetamu Allah,kita ke sana meninggalkan harta,anak dan keluarga,kerja   juga pangkat.Kita semuanya bersusun-susun menuju ke Baitullah.Kalau semua itu ditunaikan dengan hati yang masih tidak ikhlas,ertinya haji itu hanyalah sia-sia.Bila hati ikhlas,semua yang kita laksanakan akan bahagia.

Mana-mana ibadah sahaja yang mahu dilaksanakan,semuanya perlu ikhlas niatnya.Jangan ia dirapuhkan dengan kepentingan dunia yang sementara.Saudaraku,bila seseorang telah mampu menunaikan haji namun masih beralasan untuk tidak mahu menunaikannya,dia sebenarnya telah menolak jemputan istimewa dari Allah menjadi tetamuNya.Sedarilah,bila umur telah sampai,belum tentu wang kita cukup.Tapi,apabila umur telah sampai,wang sudah cukup dan telah mendapat jemputan ke sana,bersegeralah kita berangkat ke sana.

Selamat Berangkat Menunaikan Haji buat semua.Doakanlah agar kami yang lain-lain bisa juga berangkat ke sana.






Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna...

Dengan Quizlet aktiviti pengajaran & pembelajaran menarik

Assalamualaikum dan Salam Pendidikan untuk semua. Dewasa ini, medidik generasi Alpha bukanlah satu perkara yang mudah. Generasi Alpha atau Gen-A adalah gelaran kepada anak-anak yang lahir pada tahun 2010 sehingga tahun 2014. Mereka kebanyakannya yang paling berpelajaran kerana telah mengikuti pendidikan formal seawal usia 3 tahun. Generasi ini berfokus terhadap gaya hidup berteknologi tinggi kerana mereka adalah anak kepada generasi Y dan Z yang lebih berkemampuan. Generasi ini mula mengenal hidup dengan telefon bimbit, ipad, komputer, playstation , google , instagram , facebook dan banyak lagi. Oleh itu, para pendidik yang mendidik mereka perlulah mempersiapkan diri bagi menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berteknologi. Kita sudah melihat bagaimana cara mereka berkomunikasi sesama mereka dengan bahasa singkatan dan lebih santai. Generasi ini banyak kehidupannya tertumpu kepada telefon bimbit atau gajet seperti telefon pintar, laptop dan pelbagai lagi. Tida...

CANTIK RUPA CANTIK BUDI

Oki Setiana Dewi-(Gambar Hiasan) Ingatkah kita kepada kisah Nabi Yusuf Alaihissalam dan Zulaikha.Zulaikha yang asalnya merupakan ibu angkat kepada Nabi Yusuf telah mula jatuh hati kepada baginda tatkala melihat rupa dan budi baginda.SubhanAllah, besar sungguh kesan keindahan rupa paras dan budi.Ramai yang mengimpikan rupa paras yang indah dan agak terlupa mengimpikan keindahan akhlak dan budi.Dikisahkan bahawa Nabi Yusuf juga mempunyai hati kepada Zulaikha tetapi kerana tingginya akhlak dan hormat baginda kepada golongan wanita serta kuatnya iman baginda, akhirnya Nabi Yusuf dipelihara oleh Allah daripada dugaan itu. Saya pilih yang cantik rupa dan cantik budi.Kalau cantik rupa sahaja tapi akhlaknya jelek, ia hanyalah sia-sia.Oleh itu, cantik rupa dan cantik budi ini harus bersama dan tidak boleh dipisahkan. Satu perkara yang harus diingat.Cantik rupa itu adalah reletif dan subjektif.Mungkin bagi saya cantik, namun bagi anda tidak cantik.Boleh jadi juga, bagi anda cant...