'I will deduct your marks', 'A antum qara'tum?', 'Kathir aw qolil?'. Inilah antara zikir wajib yang diucapkan oleh beliau setiap kali kelas. Jadi, ini menjadikan kami akan mengambil berat subjek Ustaz ini kerana apa tidaknya, kalau datang ke kelas tanpa membuat bacaan, hukuman yang bakal diterima samada berdiri sepanjang kelas atau dihalau keluar. Setiap kali kelasnya, ada yang rasa takut, nak menangis dan macam-macam lagi. Seandainya kita kata sudah baca pelajaran untuk hari itu, namun kita tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Ujian lisan secara langsung akan dijalankan. Bila tidak dapat jawab, maka markah 'carry marks' akan dipotong dan perlu keluar dari kelasnya. Mungkin nampak agak 'keras', namun itulah antara pendidikan terbaik yang pernah aku dan sahabat terima. Aku masih ingat suatu hari itu kami ditanya samada telah buat bacaan atau tidak sebelum datang ke kelasnya, ketika itu aku turut sama berdiri mengatakan tidak. Kelihat...
Berkongsi rasa, cerita dan coretan jiwa demi pendidikan anak bangsa.