Kita masih membincangkan berkaitan tools for 21st century learning yang boleh digunakan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Untuk entri kali ini, saya memilih untuk berkongsi salah satu tools yang boleh digunakan iaitu Quizizz. Quizizz boleh dimainkan secara langsung di dalam kelas bersama pelajar atau boleh juga dijadikan homework untuk pelajar. Sekiranya kita memilih untuk mengadakan game secara langsung di dalam kelas, ia boleh dilaksanakan secara berkumpulan (team), individu (classic) atau test. Pada pandangan saya, antara Quizizz dan Quizlet, Quizlet lebih menjadi pilihan dikalangan para pelajar. Walaupun demikian, Quizizz ini sesuai digunakan sekiranya mahu menilai kefahaman pelajar secara individu. Selain itu, ia boleh dijadikan soalan homework kepada pelajar di rumah. Saya sendiri akan menggunakan Quizizz sekiranya ingin menilai kefahaman pelajar secara individu dan ingin memberikan latihan kepada pelajar. Apa yang menarik mengenai Quizizz, guru dap...
Berkongsi rasa, cerita dan coretan jiwa demi pendidikan anak bangsa.