Skip to main content

Posts

MAAHAD DALAM KENANGAN

Salam Maahadian buat rakan-rakan semua.Disini,sengaja diletakkan gambar-gambar pemandangan di Maahad Muhammadi Lelaki yang mengingatkan kembali memori ketika di Maahad suatu ketika dahulu.Maahad telah mengajar dan membentuk diri ini sehingga boleh berdiri dan mengenal siapa diri sebenarnya.Semoga dengan gambar-gambar dari Maahad ini akan mengingatkan kembali asal usul diri ini dan sahabat dalam medan perjuangan pelajar dan mahasiswa. Ini Asrama Tuan Guru Nik Abdul Aziz.Bangunan inilah aku ditempatkan tatkala melangkah ke alam Peralihan di Maahad.Banyak kisah suka dan duka berlaku sepanjang aku menginap di sini. Inilah Dorm pelajar di Maahad.Semua pelajar baru ditempatkan di tingkat paling atas.Di sinilah,aku berlari-lari mengejar kehidupan sebagai pelajar yang berdikari. Masjid Islah di mana banyak mengukir sejarah ketika bergelar pelajar Maahad.Alhamdulillah,aku antara yang mengasaskan Maktabah di Masjid ini bersama sahabat yang lain.Apakah cerita sekarang Maktabah ini dengan Ustaz ...

PARLIMEN MAHASISWA

Parlimen Mahasiswa Perlu Mampu Tonjol Imej IPT PULAU PINANG, 7 Jan (Bernama) -- Pembentukan Parlimen Mahasiswa di setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) perlu mampu mengetengahkan imej tersendiri IPT tanpa ada pengaruh luar, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah. Beliau berkata asas itu penting memandangkan cadangan pembentukannya datang dari golongan mahasiswa yang mahu satu saluran bagi menyuarakan pandangan dan pendapat mereka. "Modelnya juga perlu berbeza bagi menonjolkan kematangan dan identiti mahasiswa di setiap IPT, format serta garis panduannya juga terpulang kepada pihak universiti."Ini sebagai latihan kepada mahasiswa dalam memperkasakan kokurikulum iaitu kemahiran insaniah dan teras kokurikulum khususnya dalam pengucapan awam dan kepimpinan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan kertas cadangan kerangka penubuhan Parlimen Mahasiswa oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universit...

SUDUT PIDATO ASTRO AWANI

Alhamdulillah,pada 5 April 2010,satu rakaman sudut pidato oleh Astro Awani telah diadakan di Kampus USIM,Nilai.Sudut Pidato ini merupakan rancangan terbaru Astro melalui siaran Astro Awani dan merupakan rakaman ke dua yang telah diadakan selepas di Universiti Malaya.Rakaman ini akan disiarkan pada 24 April ini jam 9.30 malam di Astro Awani.Seramai 6 pemidato telah menunjukkan bakat mereka iatu saya sendiri,Ikhwan,Ustaz Najib Taha,Akalili,Ummu Umairah dan Azri Naim.Seramai 3 orang pemidato terbaik telah dipilih oleh pendengar untuk dijadikan ahli panel diskusi bersama En. Dzul sebagai moderator dan bersama panel jemputan Astro Awani.Dengan tajuk yang dibawa mengenai keganasan Amerika terhadap dunia,Alhamdulillah saya telah terpilih bersama 2 pemidato yang lain iaitu Ikhwan dan Ustaz Najib Taha.Pada saya,saya tidak melihat Sudut Pidato ini hanyalah sekadar rakaman untuk Astro Awani semata-mata,namun lebih daripada itu.Peluang yang diberikan telah digunakan semaksima mungkin untuk menghid...

AKADEMI FANTASIA 8

Salam Hiburan buat semua warga Malaysia.Hari ini,bagaimana diperlihatkan kepada kita kegemaran rakyat Malaysia terhadap rancangan realiti hiburan khususnya Akademi Fantasia.Rancangan yan g diterbitkan oleh Astro ini bertuju an untuk melahirkan artis-artis yang berisfat seperti pisang goreng bagi membanjiri dunia hiburan tanah air.Akhirnya,pelajar-pelajar yang dilahirkan akan bergelar artis dan membawa gelaran selebriti.Inilah fenomena masyarakat kita pada hari ini.Apabila ditanya kepada kanak-kanak dan remaja,apakah cita-cita anda.Dengan selamba mereka akan berkata mahu menjadi artis dan bergelar selebriti.Apatah lagi,ibu bapa,keluarga dan pemimpin yang membudayakan dikalangan anak-anak muda untuk menjadi artis apabila tidak berminat lagi untuk belajar.Yang paling penting,boleh mengharumkan nama keluarga dan negara.Apa sudah jadi Malaysia ku tercinta? Adakah Falsah Pendidikan Negara dan Dasar Pendidikan Negara yang mahu melahirkan insan berilmu tidak berjaya atau telah gagal?Dimanaka...

PANDANGAN SUDUT PIDATO

Di sini hanyalah catatan pandangan peribadi daripada saya dan tidak dikaitkan dengan mana-mana pihak.Alhamdulillah, sudut pidato atau Mimbar Ilqa’ telah dilancarkan di kampus USIM baru-baru ini. Sesungguhnya, saya menyambut baik sudut pidato ini dan sebagai buktinya,saya telah menghadiri majlis pelancaran sudut pidato yang diadakan di Dataran Selera oleh Dato’ NC.Namun,pada pandangan saya,wujud beberapa kelemahan pada pelaksanaan sudut pidato ini samada ia sengaja diadakan atau tanpa sedar.Saya melihat kekurangan yang wujud ini wajar ditangani bersama. Saya menyifatkan kekurangan ini bersifat halangan dalam sedar kepada pelajar untuk berpidato dan melontarkan idea iaitu : 1) Sudut Pidato di USIM hanyalah dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab sahaja dengan mengenepikan Bahasa Melayu.Jadi,penguasaan bahasa yang kurang menyebabkan mahasiswa terhalang menyampaikan pidato dan pandangan. Cadangan : Perlu diwujudkan juga Pidato dalam Bahasa Melayu demi mendaulatkan baha...

Suara Dari Hati

Salam Semangat 1 Mahasiswa buat rakan-rakan seperjuangan semua.. Hari ini, sepatutnya bersama-sama kita memimpin universiti dan masyarakat ke arah kecemerlangan duniawi dan ukhrawi. Aku bimbang kalau-kalau sebenarnya kita khususnya aku dipimpin untuk kepentingan sempit orang-orang tertentu. Aku takut aku mula dipengaruhi oleh orang-orang yang akan menjahanamkan aku dan sahabat yang ada. Ini hanyalah andaian aku semata-mata dan bukan pengakuan yang hakiki.Aku mengharapkan ini tidak berlaku.... Kadang-kadang, aku mahu sahaja bertindak mengikut kata hati tapi aku bimbang ia hanya desakan emosi. Aku amat mengharapkan bantuan semua agar membantu aku memimpin bersama. Aku takut dihanyut arus kehidupan orang-orang yang lara dan akhirnya aku juga diselebungi dosa. Bimbang aku memikirkan keadaan ini.Harap-harap ia tidak berlaku..... Aku yakin,kalau tiada yang mengawalku sudah pasti aku akan melawan arus. Hati aku kata perlu tapi mereka kata jangan...Siapa mereka ini?Adakah aku benar berada di a...

PENGALAMAN DARIPADA SUARA SISWA

Salam Perjuangan Mahasiswa buat semua.. Bersyukur ke hadrat Illahi atas kurniaan nikmat yang tidak terhingga. Aku diminta untuk mencatatkan sedikit perasaan dan pengalaman sebagai panel dalam Suara Siswa baru-baru ini. Tiada apa yang unik untuk dikongsikan bersama kerana aku hanyalah orang baru dan pengalaman yang hanya sekali belum lagi mematangkan aku dengan Suara Siswa. Pertama, aku hanyalah menggantikan tempat YDP MPP USIM yang tidak dapat hadir kerana ditahan dalam wad di saat akhir. Segala persiapan yang dilakukan juga hanyalah di saat akhir dan menggunakan ilmu yang sedikit yang pernah dipelajari daripada guru-guru. Aku merupakan panel terakhir yang tiba di RTM pada ketika itu dan telah diberitahu akan digandingkan dengan dua orang panel yang hebat daripada MPP UPM. Syabas dan terima kasih kepada Bergambar bersama Rasyadan ( P.A YDP), Tobrani ( Bendahari MPP USIM, Qadri (MPP UPM), Zulkhairi (MPP UPM) dan Nawawi (P.A Hanif Exco Penerangan) Muhammad Zulkhairi dan Ahmad Qadri.Penga...