Skip to main content

INGAT PESAN BONDA

Salam Maal Hijrah buat kalian yang dicintai.Disebalik tabir ungkapan keramat Maal Hijrah,marilah sama-sama kita mengingati perjuangan junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. atas pengorbanan yang dilakukan demi melihat Islam sebagi Al-Deen dan terpacak dimuka bumi ini.Selaku ummat yang mencintai baginda,sewajarnya kita menjaga amanat yang diberikan lantas melaksanakan demi melihat kesyumulan Islam diterima oleh seluruh makhluk di muka bumi ini.Geram hati ini apabila melihat kekejaman yang dilakukan oleh Yahudi Laknatullah semalam yang telah membedil dari udara dan menyebabkan seramai 270 orang rakyat Palestin menemui syahid di tanah suci tercinta.Hati ini terus memuncak kemarahan apabila terpacul keluar dari Presiden Palestin yang mengutuk dan menyalahkan Hamas atas jenayah yang dilakukan Yahudi sedangkan seluruh negara Arab dan Eropah sibuk mengutuk Yahudi atas kekejaman yang dilakukan.Persoalan ialah Siapakah sebenarnya penyokong Ummat Islam?Fatah atau negara Eropah yang lain?Tepuk dada dan tanyalah selera masing-masing.Aku masih menanti dengan kesabaran tentang pendirian Malaysia terhadap kekejaman terbaru ini yang sedang berparti di Kuala Terengganu.

Teringat aku pesan bonda,"Belajarlah kamu rajin-rajin agar boleh membantu bonda dan adik-beradikmu dikemudian hari".Lantas fikiran ini diheret pula kepada bebanan tugas yang ditanggung sambil dipikul amanah selaku duta keluarga yang dihantar belajar.Pesan guruku pula"Belajar itu nombor 1,tapi kepimpinan dan persatuan pula bukan nombor 2".Aku ai Maahad boleh dikategorikan selaku pelajar yang aktif sejak bernaung di bawah bumbung MML lagi.Ekoran khusyuk melaksanakan tugas dan melibatkan diri dengan persatuan,bagiku pelajaran bukanlah utama selagi tugas dan amanah yang dipikul tidak dilaksana.Akhirnya,aku yang dulu bergelar pelajar yang bijak dan setanding dengan pelajar cemerlang yang lain telah ditinggalkan dalam pelajaran dan menyebabkan rakan-rakan rapatku menegurku.Ahh.Bikinku di dalam hati "Siapa yang nak lakukan segala tugas dan kerja ini kalau bukan aku?."Aku memikirkan orang lain tidak layak dan tidak berfikiran jamaah yang disertaiku melakukkan tugas ini.Namun, Alhamdulillah hidayah Allah pasti datang kepada mereka yang ikhlas berkorban di jalannya.Aku telah dibangkitkan dari lena kekhusyukkan lantas aku terus memecut digarisan penamat dan mampu memulihkan kembali kreadibiliti dan tanggapan masyarakat terhadapku yang telah tercalar.Aku mampu tersenyum lebar apabila guru-guruku berkata"Anta ini hebatlah mampu mendapat result setanding yang lain walaupun sibuk berpersatuan dan berprogram".Dengan syukur aku menjawab"Inilah keberkatan dek kerana membantu pelajar lain dan pastinya bantuan Allah kepada hambanya".Barulah aku mampu berhujah dengan mereka bahawa tugas dan amanah berpersatuan bukanlah liabiliti kepada diri tetapi keuntungan yang tiada tolak bandingnya.
Pesanku kepada rakan-rakan kampus dan Maahad,Ingatlah sejauh mana kita mahu menabur bakti dan berjasa kepada orang lain,berjasalah dahulu kepada diri dan kerabat terdekat dahulu.Kuburkan perasaan di dalam hati yang menganggap orang lain tidak layak memegang sesuatu jawatan dek kerana tidak sehaluan dengan pendirian dan pemikiran kita.Disana ada keberkatan dan keindahan yang akan memukau seluruh isi dunia...
Ingin aku tekankan di sini bahawa aku tidak pernah menyalahkan tugas dan amanah yang diberikan tetapi aku menyalahkan diri ini dalam melaksanakan tugas dan amanah dengan cuai.

Comments

Popular posts from this blog

BERSAMA KENALI USIM

Bulatan Iqra' sebagai lambang USIM yang bertekad mahu memartabatkan ilmu dan pendidikan di Malaysia dan di serata dunia. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah satu-satunya IPTA Islam milik penuh Kerajaan Malaysia.Dengan prasana dan kemudahan kampus yang masih baru,USIM yang sebelum ini dikenali dengan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) telah banyak melakar sejarah dan kejayaan.Baru sahaja meraikan usianya yang ke 10 tahun dan terletak di sebuah bandar baru di Nilai,Negeri Sembilan,USIM banyak mencipta kejayaan samaada di peringkat Malaysia atau antarabangsa.Banyak anugerah dan pencapaian yang diperolehi oleh warganya samada para pendidik dan mahasiswa. Antara perkara yang perlu kita tahu mengenai USIM ialah : 1)Mahasiswa dan mahasiswinya adalah mereka yang mengambil subjek Bahasa Arab dan subjek keagamaan Islam seperti Pendidikan Agama Islam,Pendidikan Syariah,Pendidikan Quran dan Sunnah Sunnah,dan jugaTasawur Islam ketika peperiksaan SPM. 2)Sistem Pengajiannya mengguna...

Dengan Quizlet aktiviti pengajaran & pembelajaran menarik

Assalamualaikum dan Salam Pendidikan untuk semua. Dewasa ini, medidik generasi Alpha bukanlah satu perkara yang mudah. Generasi Alpha atau Gen-A adalah gelaran kepada anak-anak yang lahir pada tahun 2010 sehingga tahun 2014. Mereka kebanyakannya yang paling berpelajaran kerana telah mengikuti pendidikan formal seawal usia 3 tahun. Generasi ini berfokus terhadap gaya hidup berteknologi tinggi kerana mereka adalah anak kepada generasi Y dan Z yang lebih berkemampuan. Generasi ini mula mengenal hidup dengan telefon bimbit, ipad, komputer, playstation , google , instagram , facebook dan banyak lagi. Oleh itu, para pendidik yang mendidik mereka perlulah mempersiapkan diri bagi menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berteknologi. Kita sudah melihat bagaimana cara mereka berkomunikasi sesama mereka dengan bahasa singkatan dan lebih santai. Generasi ini banyak kehidupannya tertumpu kepada telefon bimbit atau gajet seperti telefon pintar, laptop dan pelbagai lagi. Tida...

CANTIK RUPA CANTIK BUDI

Oki Setiana Dewi-(Gambar Hiasan) Ingatkah kita kepada kisah Nabi Yusuf Alaihissalam dan Zulaikha.Zulaikha yang asalnya merupakan ibu angkat kepada Nabi Yusuf telah mula jatuh hati kepada baginda tatkala melihat rupa dan budi baginda.SubhanAllah, besar sungguh kesan keindahan rupa paras dan budi.Ramai yang mengimpikan rupa paras yang indah dan agak terlupa mengimpikan keindahan akhlak dan budi.Dikisahkan bahawa Nabi Yusuf juga mempunyai hati kepada Zulaikha tetapi kerana tingginya akhlak dan hormat baginda kepada golongan wanita serta kuatnya iman baginda, akhirnya Nabi Yusuf dipelihara oleh Allah daripada dugaan itu. Saya pilih yang cantik rupa dan cantik budi.Kalau cantik rupa sahaja tapi akhlaknya jelek, ia hanyalah sia-sia.Oleh itu, cantik rupa dan cantik budi ini harus bersama dan tidak boleh dipisahkan. Satu perkara yang harus diingat.Cantik rupa itu adalah reletif dan subjektif.Mungkin bagi saya cantik, namun bagi anda tidak cantik.Boleh jadi juga, bagi anda cant...